Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT

Kalau sebelum ini, saya ambil masa lama untuk siapkan sekeping template poster ucapan Selamat Hari Raya, tahun ini tak lagi. Saya bangun daripada tidur pagi ini terus saya buka komputer untuk cuba ilmu baru yang saya dapat pada malam sebelumnya. Eh, sedar tak sedar rupanya saya dah berjaya siapkan tiga keping poster ucapan Hari Raya dengan bantuan AI tanpa usaha keras, effortless!

Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT
Poster janaan ChatGPT


Tak susah rupanya, tanpa kemahiran graphic design pun rasanya saya boleh jana lebih daripada sepuluh poster sehari dengan bantuan AI. Benda baik haruslah dikongsi kan? Jadi hari ini saya nak kongsi cara untuk hasilkan poster Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan ChatGPT.


Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT

Setiap kali Hari Raya Aidilftri menjelma, kita pasti nak hasilkan poster ucapan untuk dihantar kepada sahabat handai. Ada sesetengah orang akan memilih untuk gunakan template sedia ada sebagai poster tetapi bagi saya, saya lebih senang gunakan Canva untuk hasilkan poster yang berbeza daripada orang lain. Tapi sekarang dengan bantuan AI, kita semua boleh hasilkan poster tersendiri.


Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT


ChatGPT sebenarnya tak dapat menghasilkan gambar secara langsung. Tetapi ia memberi arahan kepada alat penjana imej lain seperti DALL-E untuk mencipta gambar berdasarkan prompt atau teks arahan. Sekiranya gambar yang dihasilkan tak mengikut spesfikasi yang kita mahukan, kita masih boleh mengubah gambar tersebut dengan memasukkan arahan teks yang baru.


Langkah Hasilkan Poster dengan ChatGPT

1. Sign up
Pergi ke ChatGPT dan register akaun baru atau login kalau dah ada akaun.


2. Tulis Prompt
Di bagian prompt, tulis deskripsi poster Hari Raya yang diingin. Contohnya, 'Poster Hari Raya yang  terdapat sebuah rumah kayu berwarna coklat dan dilangit dihiasi dengan bintang dan bulan'.


3. Hasilkan Gambar
Tekan 'enter' untuk membuat gambar. ChatGPT akan hasilkan sekeping gambar berdasarkan prompt. 


4. Download
Sekiranya berpuas hati, boleh download gambar dan upload ke sosial media.


5. Edit Gambar
Jika tak berkenan dengan poster tersebut, boleh masukkan prompt baru dan tekan 'enter'. Kemudian boleh edit gambar poster yang didownload menggunakan Canva.


Walaubagaimanapun, gambar yang dihasilkan oleh ChatGPT tidaklah sempurna. Lihat gambar poster yang saya jana dibawah ini, banyak objek yang tak dikehendaki berada di dalam poster ini. Antaranya terdapat garisan di tengah, dot di bahagian tepi, bentuk ketupat yang berbeza. Di bahagian bawah, terdapat lampu yang berkilau di bawahnya serta ada kesan comot. Daun di bahagian tepi juga tidak konsisten.


Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT
Poster janaan masih banyak perlu dibaiki


Oleh sebab itu, meskipun gambar telah dijana menggunakan ChatGPT, ini tak bermakna poster kita sudah siap. Kita kena masuk ke halaman seterusnya iaitu membuat proses editing menggunakan Canva. Dengan menggunakan Canva, kita boleh buang objek yang tak dikehendaki, mengubah kedudukan objek, menambah gambar dan menukar teks ucapan.


Macam banyak kerja kan tapi sebenarnya AI dan kurangkan kerja untuk kita kerana kita hanya perlu fokus untuk drag dan edit sahaja selepas ini. Untuk idea template, ChatGPT yang lakukan. Saya edit gambar poster yang saya jana dengan menggunakan Canva dan di bawah ini adalah hasil akhirnya. 


Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna ChatGPT

Hasilnya mungkin tak sempurna tetapi ia amat memudahkan saya dalam menghasilkan poster Hari Raya. Saya tak jumpa kami sekeluarga yang memakai baju kurung dan berbaju melayu, jadi hanya gambar waktu percutian ini sahaja jadi gambar pada poster. Mungkin selepas ini saya perlu perbanyakkan elements Hari Raya di dalam poster tapi sebagai pemula yang baru belajar, saya kasi lulus kepada diri sendiri. Tepuk bahu sendiri..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail