AI Gambar Generator Online | ImageFX Google AI

Saya nak buat gambar AI tapi macammana caranya? 


Senang saja. Kalau sebelum ini saya kongsikan cara untuk jana video AI, kali ini saya nak kongsikan cara untuk hasilkan gambar AI pula. Dah sedia ke? Sebelum bermula, cuba tengok gambar di bawah. Nampak realistik kan? Saya gunakan ImageFX Google untuk generate gambar-gambar ini.


AI Gambar Generator Online | ImageFX Google AI

AI Gambar Generator Online | ImageFX Google AI

AI Gambar Generator Online | ImageFX Google AI


AI Gambar Generator Online

Terdapat banyak platform online yang membolehkan kita mencipta gambar AI secara percuma. Salah satu daripadanya adalah Google Image FX. Dengan teknologi ini, sesiapa sahaja boleh menghasilkan imej berkualiti tinggi dengan hanya menggunakan arahan teks (text prompt) tanpa perlu kemahiran grafik yang tinggi.


Dengan bantuan AI generator seperti ini, kerjaya seorang graphic designer dan entrepreneurs akan jadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Tak perlu bersusah payah sediakan prop untuk ambil gambar produk lagi selepas ini, hanya guna bantuan AI dan boom! Gambar kita telah tersedia.


Image FX Google AI

Google ImageFX adalah alat generasi gambar AI yang dikembangkan oleh Google. Alat ini menggunakan teknologi Imagen 2, yang membolehkan kita untuk mengubah teks menjadi gambar dengan sangat mudah. ImageFX juga dilengkapi dengan features canggih seperti watermark digital yang tidak kelihatan, yang membantu mengidentifikasi gambar yang dihasilkan oleh AI.


Cara Menggunakan Google ImageFX

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan Google ImageFX:


1. Sign up 

Pergi ke website rasmi ImageFX Google AI dan register akaun baru atau login kalau dah ada akaun.


2. Tulis Prompt

Di bagian prompt, tulis deskripsi gambar yang diingini. Contohnya, "seorang anak kecil bermain di taman dengan latar belakang matahari terbenam." Pastikan untuk tambahkan detail seperti gaya atau warna yang diinginkan.


3. Pilih Format Gambar 

Pilih format atau saiz yang dikehendaki. Contoh 1920 x 1080 px bagi saiz media sosial post.


3. Hasilkan Gambar

Klik "Create" untuk membuat gambar. ImageFX akan hasilkan beberapa gambar (maksimum empat) berdasarkan prompt.


4. Download

Sekiranya berpuas hati, boleh download gambar dan upload ke sosial media.


5. Edit Gambar

Jika mahukan perubahan pada gambar, boleh edit pada prompt mengikut apa yang dimahukan dan tekan kembali "Create". Siap! Senang kan? 


AI Gambar Generator Online | ImageFX Google AI
Gambar kartun ini dijana menggunakan ImageFX


Tips untuk Prompt yang Baik

Text prompt adalah arahan ringkas mengenai gambar yang ingin dihasilkan dari segi bentuk, warna pakaian dan sebagainya. Lagi detail prompt, lagi precise hasilnya. Contoh prompt adalah seperti berikut:


"Digital painting seorang wanita di bawah langit berbintang dalam gaya futuristik."
"Landskap kampung yang tenang dengan sawah padi dan gunung di background."


Untuk hasilkan prompt yang baik, berikan deskripsi yang jelas. Pastikan untuk memberikan detail yang cukup tentang gambar yang diinginkan, termasuklah objek, latar belakang, gaya, angle kamera dan scene lokasi. Sentiasa bereksperimen dengan features yang disediakan. Gunakan features seperti "expressive chips" untuk menambahkan variasi pada prompt.


Dengan Google ImageFX, kita boleh jana gambar yang kreatif dan menarik dengan mudah. Jadi, jom cuba sekarang juga dan lihat bagaimana gambar yang awak hasilkan!

Catat Ulasan

3 Ulasan

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail