Tak berakhir di situ, masalah ekzema saya kemudiannya berkembang seiring pertumbuhan usia. Daripada bulat kemerahan yang menyerang seluruh anggota badan, kini ia tertumpu pada satu bahagian tertentu sahaja seperti di bahagian kaki dan tangan. Bintik kecil berair yang apabila digaru akan pecah, membesar serta kegatalan menyukarkan saya untuk menikmati makanan dan melakukan kerja seharian.
Impak terbesar dalam hidup saya adalah saya kini terpaksa menggunakan surat rosak cap ibu jari kerana sering menyapu ubat pada bahagian jari untuk melegakan ekzema. Sesungguhnya ekzema memberi kesan besar kepada kualiti hidup saya.
Rawatan Ekzema di Klinik Dr Bazilah
Di Klinik Dr Bazilah, pesakit akan diberi konsultasi klinikal terlebih dahulu berdasarkan keadaan kulit dan sejarah penyakit. Penggunaan ubat topikal seperti krim dan salap yang mengandungi bahan pelembap intensif akan dicadangkan bagi mengurangkan iritasi. Ia berkesan untuk merawat setiap peringkat ekzema. Namun sekiranya langkah ini tidak berkesan, terapi sistemik melalui ubat oral atau suntikan akan disyorkan. Ia bertindak mengawal ekzema melalui sistem imunisasi. Dan sekiranya pesakit tidak menunjukkan tindak balas optimum melalui rawatan tersebut, penggunaan teknologi rawatan moden kepada pesakit menggunakan fototerapi UV akan diteruskan sekiranya diperlukan.
Bukan sahaja merawat, pesakit juga akan dididik untuk memastikan ekzema mereka tidak berulang kembali. Menyedari betapa pentingnya kefahaman pesakit mengenai ekzema, doktor di Klinik Dr Bazilah sentiasa menekankan kesedaran mengenai masalah penyakit kulit ini dan langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ekzema kembali menyerang.
Apa Itu Ekzema?
Punca Ekzema
Punca utama yang menyebabkan ekzema masih menjadi persoalan. Walaubagaimanapun, gabungan antara faktor asas dan faktor pencetus boleh menjadi antara punca mengapa seseorang diserang ekzema. Faktor asas merujuk kepada punca yang tidak dapat dielakkan seperti genetik keluarga dan sistem imunisasi. Manakala faktor pencetus merupakan faktor luaran yang menyebabkan ekzema bertindak balas dan menjadi aktif seperti tekanan, keadaan persekitaran serta kehadiran bakteria.
Bekerja dalam bilik berhawa dingin atau berada di bawah terik matahari merupakan antara contoh faktor pencetus kepada ekzema. Ekzema yang disebabkan oleh alahan boleh disembuhkan sepenuhnya jika punca alahan dapat dikenalpasti dan dielakkan. Walau bagaimanapun, ekzema yang disebabkan oleh genetik tidak dapat disembuhkan sepenuhnya namun dapat dikurangkan serangannya.
Rawatan Ekzema
Penjagaan kulit merupakan rawatan paling penting bagi pesakit ekzema. Ini kerana masalah ekzema melibatkan masalah kulit. Dengan memastikan kulit kekal sihat dan hidrat, ia dapat mengurangkan risiko serangan ekzema. Selain penjagaan kulit, berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan oleh pesakit untuk mengelakkan ekzema berulang:
- Elakkan penggunaan produk mandian yang boleh mencetus ekzema. Sabun yang mengandungi kandungan bahan pencuci yang kuat, menghasilkan banyak buih dan mengeringkan kulit adalah tidak sesuai untuk pesakit ekzema. Sebaiknya pilih sabun dengan pH7 dan bersifat melembap.
- Elakkan berada di kawasan yang panas dan kering. Cuaca panas boleh menyebabkan badan berpeluh, peluh pula merupakan salah satu faktor yang mencetus kepada ekzema. Berada dalam bilik berhawa dingin pula menyebabkan kulit menjadi kering, sekaligus menyebabkan kulit merengsa dan mudah diserang ekzema.
- Elakkan berada di kawasan berdebu dan dipenuhi hama. Hama dan debu boleh memangkin kepada pengaktifan ekzema. Pastikan persekitaran sentiasa bersih dan jauhi kawasan berhabuk seperti kawasan pembinaan.
Rawatan Ekzema di Klinik Estetik Dr Bazilah
Bukan sekadar fokus pada rawatan estetik, Klinik Dr Bazilah juga prihatin terhadap keperluan pesakit ekzema dengan menawarkan teknologi rawatan moden bagi mendapatkan hasil yang optimum. Setiap rawatan direka khas untuk memenuhi keperluan spesifik pesakit. Tiada pendekatan 'satu saiz untuk semua' – semuanya dipersonalisasikan supaya pesakit mendapat hasil yang benar-benar sesuai dengan masalah kulit mereka.
Rawatan yang dijalankan di Klinik Dr Bazilah diketuai oleh doktor kulit bertauliah yang sangat berpengalaman dan berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan komitmen ini, Klinik Dr Bazilah menjadi pilihan ramai untuk merawat masalah kulit, termasuk ekzema. Meskipun saya sekarang berada di Terengganu, sangat mudah untuk saya buat tempahan secara online. Lebih senang apabila saya juga boleh bertanyakan secara terus kepada kakitangan Klinik Dr Bazilah mengenai masalah kulit saya melalui mana-mana link di bawah:
Mudah diakses di sekitar Lembah Kelang, mereka yang mengalami masalah ekzema boleh berkunjung ke Klinik Dr Bazilah untuk mendapatkan rawatan. Berikut adalah antara cawangan Klinik Dr Bazilah:
Menghidapi ekzema bukanlah penghalang untuk hidup selesa. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal keadaan kesihatan kita dan nikmati kehidupan tanpa masalah kegatalan dan kerengsaan. Jangan biarkan ekzema terus menjejaskan kualiti hidup. Dengan pengalaman bertahun dalam bidang dermatologi, klinik Dr Bazilah sentiasa ada untuk berikan rawatan yang terbaik bagi masalah ekzema. Jom hubungi Klinik Dr. Bazilah hari ini untuk konsultasi!
Sebelum terlupa, Klinik Dr Bazilah dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang ya..
2 Ulasan
ya Allah, tengok pada tangan kaki ni.. mmg sakit kan.. gatal, pedih sakit.. semoga kembali sembuih dan x akan pernah ada lagi... ameeennnnnn
BalasPadammoga keadaan sis bertabah baik.
BalasPadam