Kami ada satu lokasi kedai nasi arab yang kami suka makan di bandar Kuala Terengganu. Maklum sajalah orang lelaki kan makannya banyak, jadi suami suka ajak saya dan anak-anak makan di kedai nasi arab kerana portionnya yang selambak banyak.
Disebabkan portion nasi arab besar, jadi kebiasaannya saya akan order kebab atau shawarma sahaja di kedai nasi arab. Kalau terasa nak makan nasi, saya kongsi saja nasi dengan Auni. Auni juga penggemar nasi arab sama macam ayahnya. Jadi kami wajib order dua menu nasi dan makanan sampingan lain untuk saya dan Ameera jika ke kedai nasi arab.
Kedai Nasi Arab Terengganu
Pertama kali makan nasi mandy di Restoran Aroma Arab Global, suami terus anggukkan kepalanya. Itu maksudnya lulus. Sedap dan boleh repeat lagi. Tapi di saat membuat bayaran selepas makan, suami buat anggukan kali kedua. Double approved! Itu maksudnya menu sedap dan harga pun murah. Wajib datang makan lagi. Sampaikan sekarang tiap kali rasa nak makan nasi arab, suami akan ajak kami terus ke Aroma Arab Global.
Setiap kali ke sini, kami akan order mandy chicken untuk Auni dan suami akan cuba makanan yang berlainan. Suami pernah order nasi mandy, madghud lamb dan maqluba lamb tapi nasi madghudlah yang paling tak berapa kena dengan tekak, katanya. Saya pun rasa yang sama. Untuk mandy dan maqluba, kedua-duanya lulus.
Aroma Arab Global
Saya pula hanya makan menu shawarma dan kebab. Sesekali saya tukar angin dengan makan nasi mandy. Saya suka ambil shawarma berbanding kebab. Kenapa? Walaupun kebab sama sahaja dengan shawarma tetapi bezanya kebab dihidangkan siap-siap dalam gulungan dan diletakkan segala sos dan sayur-sayuran di dalamnya manakala bagi shawarma, ia dihidangkan di dalam pinggan sahaja dan saya boleh susun sendiri makanan mengikut cara yang saya mahukan.
Selain itu, hidangan shawarma adalah untuk hidangan dua orang makan manakala kebab adalah untuk seorang makan. Jadi saya akan berkongsi makan dengan Ameera. Lagipun saya tak suka letakkan fries di dalam gulungan kebab saya, sebab itu saya lebih prefer shawarma berbanding kebab.
Sedap dan Murah
Cerita kelakar berlaku minggu ini bila mana suami tak mahu makan nasi kerana diet tetapi dia masih mahu mengisi perut. Semasa berada di meja makan, suami perasan poster gambar menu fahsah lamb dilekatkan di dinding. Dalam gambar nampak seperti ada roti dalam pinggan dan di sebelahnya ada kuah di dalam mangkuk.
Gara-gara poster ini, suami terpedaya :P |
Suami tanpa bertanya, terus buat tempahan untuk dua pinggan nasi mandy, satu pinggan fahsah lamb dan juga satu hidangan shawarma. Kami masih bergelak ketawa sambil bersembang semasa tempahan disediakan oleh staf restoran.
Semasa kami sedang bersembang, seorang staf berjalan keluar bersama hidangan roti dalam dulang di tangannya dan melepasi meja kami terus ke meja pelanggan yang berada di luar kedai. Melihat kepada saiznya kami terkejut dan sempat berkata, 'besarnya roti tu, mesti nak makan ramai-ramai'. Auni pula menyampuk, 'kot-kot roti abi besar tu jugak' sambil kami bergelak ketawa.
Hidangan yang pertama sampai ke meja kami adalah nasi mandy diikuti dengan shawarma dan yang terakhir adalah fahsah lamb. Buntang mata suami bila lihat menu yang diordernya itu sama seperti menu besar yang kami lihat sebelum ini. Menu yang sama! Dan ia dihidang di dalam dulang!
Dengan dua menu nasi dan satu hidangan shawarma ditambah dengan satu dulang hidangan fahsah lamb, awak rasa kami dapat habiskan semuanya tak? Mestilah tidak. Saya langsung tak sentuh hidangan shawarma saya, terpaksa bungkus untuk dibawa pulang. Nasi yang kami dah makan terpaksa kami habiskan, tapi tetap juga tak habis dan fahsah lamb? Pun tak habis.
Saya bungkus ayam lebihan nasi mandy yang masih banyak untuk diberi kepada si bulus Lulu dan kami bungkus juga lebihan fahsah lamb yang masih banyak. Sayang kalau dibuang, kan dah membazir. Untuk keseluruhan makanan kami hanya membayar RM63 sahaja termasuk minuman. Murah kan?
Berapa harga fahsah lamb? Satu dulang dengan kuah kambing hanya RM17!
4 Ulasan
murah la utk portion byk mcm tu
BalasPadamNampak kebesaran roti arab tu.. Boleh mkn smpai 2 3 org.. yg penting sedap kalau murah tu kira bonus la kan..
BalasPadamWaaah memang muraaah. 😍😍😍. Dan kalo sedap plus besar, makin jadi langganan lah ini. Saya punkalo dah makan di resto arab, pasti tanya juga kak. Porsi ya seperti apa. Kalo terlalu besar, pesan 1 buat bersama.
BalasPadamJimat betul. Bolehlah bawa balik lebihan makanan lagi.
BalasPadam