Karnival Pantai Terengganu Penuh Kenangan

Kalau sebelum  ini dikenali sebagai Pesta Pantai Terengganu, sekarang ia dikenali sebagai Karnival Pantai Terengganu. Dan untuk makluman, sekarang sedang berlangsungnya Karnival Pantai Terengganu di Pantai Teluk Ketapang! Tapi berita tak seronoknya adalah, hari ini merupakan hari terakhir ia berlangsung. 

Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Jadi kalau awak berada di Terengganu, awak masih berpeluang nak pergi ke Karnival Pantai ini ya!


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori

Saat menjejak kaki ke lokasi Karnival Pantai, kami berada di rumah budaya Marang yang sangat mengembalikan kenangan kepada saya. Dalam pagar rumah, di hujung sebelah kanan terdapat perigi tanpa air yang menarik perhatian saya. Terus terimbau kenangan berada di rumah arwah atok dan nenek di Kelantan. 


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Sebaik masih ke dalam rumah budaya pula, lagi kuat kenangan lama bertamu. Di ruang tamu disediakan permainan congkak dan terdapat dua orang wanita sedang bermain permainan tersebut. Di tepi dinding rumah, terletak sebuah televisyen lama berpintu kayu seperti yang pernah ada di rumah arwah nenek. Dengan butang pelbagai saiz, saya rindu nak menonton tv di dalam rumah lama arwah nenek. Semoga arwah nenek dan atok ditempatkan di kalangan orang beriman dan bertaqwa. Aamiin..


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori

Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Di dalam setiap pagar rumah budaya masing-masing disediakan gerai jualan untuk pengunjung membeli makanan atau cenderahati. Selain rumah budaya Marang, terdapat juga rumah-rumah budaya lain daripada kesemua lapan daerah yang ada di Terengganu. Seperti kebiasaan jika masuk ke tempat sebegini, saya akan tertarik untuk mendapatkan makanan zaman dulu kala yang sukar diperolehi seperti gula-gula nisan. Selain itu, ada juga makanan yang biasa ditemui seperti lempeng, kerang bakar, kerepok lekor dan makanan tradisional Terengganu yang lain.


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori

Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Di rumah budaya Kemaman, kami dihiburkan dengan persembahan kanak-kanak. Mereka menyanyikan lagu negeri dengan menggunakan gitar kecil. Sangat comel dan bersemangat semuanya. Meski dalam hujan renyai dalam panas terik, ramai penonton menyaksikan persembahan kanak-kanak comel itu. Sempat kami beli beberapa barangan cenderahati berasaskan batang buluh dan kayu untuk dijadikan kenangan.


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Masuk ke rumah budaya Hulu Terengganu, kami dihiburkan dengan tiupan seruling dan melihat beberapa golongan veteran bermain permainan dam aji. Kami sempat bermain congkak di rumah budaya Kuala Nerus sambil menikmati lempeng di bawah ruang makan yang disediakan. Meskipun saya ke sana pada waktu tengahari selepas habis kelas Public Mutual, namun keadaan tetap sesak di Karnival Pantai kerana pengunjung mahu melihat keunikan budaya yang terdapat di Terengganu. 


Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori

Karnival Pantai Terengganu Penuh Memori


Saya tak pernah jemu sekiranya pergi ke tempat sebegini. Semakin meningkat usia, semakin terasa seronoknya kehidupan pada zaman dahulu tanpa gajet dan peralatan elektronik. Tinggal dalam rumah kayu beratap rumbia, menonton tv besar berpintu kayu dengan tombol pelbagai saiz, menikmati sejuknya air perigi di waktu pagi dan bermain di laman dengan bebas tanpa rasa takut akan kedatangan penculik memang sesuatu kehidupan yang sukar dinikmati sekarang.


Jadi kalau awak berada di Terengganu pada hari ini, masih sempat sekiranya awak mahu pergi ke Karnival Pantai Terengganu yang sedang dijalankan di Pantai Teluk Ketapang. Sambil melihat keunikan rumah budaya, bolehlah mengimbau kembali memori sewaktu kecil saat berada di rumah nenek.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail