Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Sejak episod kali pertama ke Thailand pada April tahun ini, kami sekali lagi masuk ke Thailand untuk menghabiskan cuti sekolah pertengahan tahun pula. 

Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Berbeza daripada sebelumnya, kali ini kami masuk pula melalui jalan Pengkalan Hulu, Perak. Meski terdapat perkara yang berlaku hingga menyebabkan kami terpaksa bergerak pulang lebih awal, namun pengalaman singkat mendaki masuk Skywalk Betong sudah amat menggembirakan kami sekeluarga. 


Tiket Masuk ke Skywalk Betong Thailand

Disebabkan perjalanan masuk ke negara jiran ini tidak dirancang, jadi kami terpaksa bermalam di Malaysia kerana kebanyakan bilik hotel di kawasan sekitar Betong telah penuh ditempah disebabkan cuti sekolah. Kebetulan pula ada yang membatalkan tempahan masuk ke Hotel Pengkalan Hulu City, jadi kami ada bilik untuk bermalam pada malam itu setelah penat meronda sekitar Betong mencari bilik kosong.


Bangun pagi itu, hujan turun tanpa henti sehingga jam 9 pagi. Jadi kami tidak berkejar untuk masuk ke Thailand kerana tahu tentu di negara itu juga sedang hujan. Kami hanya santai sahaja bergerak keluar daripada hotel. Anggaran jam 11 pagi baru kami selamat tiba di negara jiran selepas menguruskan perihal kastam dan imigresen di pintu masuk sempadan.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand
Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Sebelum ke Skywalk, kami berjalan-jalan dahulu di sekitar Mongkollit Tunnel dan seterusnya ke OKBetong. Sempat juga kami ke Amazon Cafe untuk secawan kopi dan tak lupa untuk masuk ke 7Eleven untuk membeli burger dan teh aisnya yang sedap dan wangi. Pada anggaran jam 12 tengahari barulah kami tiba di kaki bukit menuju ke Skywalk Betong.


Di kaki bukit menuju ke Skywalk, terdapat khidmat motorsikal dan tuktuk disediakan. Sekiranya pengunjung menaiki pacuan empat roda, mereka boleh terus menuju ke Skywalk menaiki kenderaan sendiri dan bayaran sebanyak 40 baht bagi parkir akan dikenakan. Bagi yang menggunakan khidmat motorsikal dan tuktuk, bayaran adalah sebanyak 50 baht bagi perjalanan naik dan turun untuk setiap seorang.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Pada awalnya kami mahu menaiki tuktuk untuk ke Skywalk tetapi apabila driver menyumbat semua penumpang masuk ke dalam tuktuk tanpa memikirkan keselesaan pengunjung, jadi kami pilih untuk menaiki motorsikal sahaja. Bayangkan dalam sebuah tuktuk bersaiz kecil itu disumbat masuk lebih 10 orang dan mereka masih menyuruh kami masuk untuk mengisi ruang. Taknoklah makcik! Bayaran bagi menaiki motorsikal yang dikenakan adalah 30 baht sekepala untuk perjalanan naik dan 20 baht untuk perjalanan turun. Jumlah keseluruhan 50 baht sama sahaja seperti menaiki tuktuk.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Sebaik tiba di bangunan Skywalk, kami dikenakan bayaran sebanyak 200 baht bagi harga tiket setiap seorang. Bayaran tiket hanya dikenakan kepada dewasa dan percuma buat kanak-kanak. Kami juga perlu membeli alas kasut dengan bayaran 20 baht sepasang. Tujuan alas kasut dipakai adalah untuk mengelakkan kekotoran di dalam bangunan. Tak mengharapkan dapat melihat kawanan awan karpet kerana tahu kami terlalu lambat untuk itu tapi saya mengharapkan untuk dapat beberapa keping gambar yang cantik di atas gunung berbukit bukau.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand
Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand
Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Walaupun tiada gumpalan awan di sekitar namun pemandangan masih lagi cantik dan awesome! Ditambah pula hujan di awal hari, pendakian kami pada tengahari itu redup dan berangin. Sesekali cahaya matahari menyimbahkan sirnanya namun tiada yang dapat merenggut kegembiraan kami mendapatkan posing yang terbaik untuk dijadikan kenangan. Malah tidak ramai yang berada di atas deck pada ketika itu sehinggakan kami mampu mengambil gambar bebas photobomb.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Saya sempat berbual dengan penjaga bangunan di situ dan katanya jumlah tetamu yang datang pada pagi itu adalah seramai 2000 orang! Bayangkan kepadatan laluan di atas deck dan di dalam lif, tentu sukar untuk bergambar. Tambahan pula pada awal pagi itu hujan, tentu sukar sekiranya kami naik pada awal pagi. Syukur kami tidak perlu berhimpit dengan jumlah pengunjung yang ramai.


Apa Yang Menarik di Skywalk Betong

Sebenarnya kelebihan Skywalk Betong terletak pada ketinggiannya yang berada kira-kira 2038 kaki dari paras laut. Dengan ketinggian sebegini, mudah untuk kita berada di antara kawanan awan sekiranya berada pada masa dan waktu yang sesuai terutamanya pada awal pagi. Berada pada ketinggian melebihi kebiasaan, tiupan angin yang agak kuat sesekali menerbangkan tudung yang dipakai. 


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Terdapat tiga tingkat di atas bangunan Aiyerweng. Tingkat paling bawah mempunyai lunjuran keluar yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan di bawah dan atas tanpa gangguan. Pada penghujung laluan, terdapat lantai berkaca yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan terus ke dasar. Pada tingkat kedua dan ketiga, angin bertiup lebih kencang berbanding di tingkat paling bawah. Perkhidmatan lif disediakan namun saiz ruangan yang kecil tak memungkinkan pengunjung untuk naik secara berkumpulan. Tak mengapa, tangga hanya berada di sebelah. Pengunjung boleh mengambil gambar yang instagram-worthy di atas setiap tingkat. Tandas pula disediakan di tingkat bawah sebelum masuk ke bagunan Skywalk.


Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand
Tiket Masuk ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Berhadapan dengan bangunan Skywalk, terdapat satu laluan kecil yang boleh dinaiki pengunjung. Di atas puncak terdapat bangunan kecil yang boleh dimasuki untuk bergambar. Pengunjung boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan bangunan Skywalk atau jutaan pokok di atas bangunan ini. 


Meski percutian kami tidak sampai sehari pun di bumi Thailand, namun kami seronok kerana pengalaman berada di atas Skywalk Aiyerweng merupakan pengalaman baru bagi kami. Selain itu, kami sempat menikmati makan tengahari yang sedap dan menyelerakan di restoran makan selepas menghabiskan masa di atas Skywalk. Bagi sesiapa yang merancang untuk ke sini, bolehlah membuat persiapan rapi samada dari segi mental atau fizikal. Fizikal tu boleh faham kenapa tapi kenapa mental? Mental sebab boleh stress juga jika pasangan asyik berposing suruh kita ambil gambar mereka saja kan. Haha..sorry husband. Btw happy holiday! Kap khun kap..



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Waah 3 lantai utk skywalk nya yaa kak 👍👍. Menariiik. Pantas ramai, Krn memang cantiiik view dia. 😍😍

    Tapi ketinggiannya tak salah kah? Mungkin seharusnya 2038 feet dari paras laut, bukan meter 😅.

    Kalo meter, mengalahkan burj Khalifah bangunan ini. Burj Khalifah hanya 828 meter soalnya. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..betul fanny! Kamu benar! Thanks ya udah ngomonging. Aku udah siap tukar ketinggian yang betul :D

      Padam
  2. sukaaaa tgk kawasan sekitar mcm niiii...
    tu dah pengsan or buat2 pengsan?😁😁

    tu diaaa 2000 org? separuh drpd jumlah tu mesti org malaysia kan? hahha

    BalasPadam
  3. Nampak comel alas kasut merah jambu itu.
    Kiranya masa pergi itu tidak ramai orang sebab gambar semua takde orang luar.

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail