Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu Review

Kali terakhir saya dan suami menikmati makanan di kedai Jiwa Kopi sebelum ini adalah pada ketika ia masih berada di lokasi lama berderetan kedai roti Ikhwan. Sekarang kedainya telah berpindah ke seberang jalan berhampiran dengan lokasi terdahulu. Secara jujurnya saya lebih sukakan suasana kedai lamanya yang agak luas berbanding sekarang.


Masih saya ingat saat pertama kali saya dan suami membuat sesi brainstorming untuk membuka kedai, kami berbincang di Jiwa Kopi. Kami memilih lokasi ini kerana suasananya yang tenang dengan kehadiran pelanggan yang minima (kerana masih awal pagi), jadi sesi perbincangan kami berjalan lancar dalam keadaan yang harmoni.


Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu Review

Sekarang jika ingin buat sesi brainstorming di sini lagi rasanya tentu agak sukar kerana saiz kedai yang agak kecil tak memungkinkan kami untuk berbincang tanpa didengari oleh pelanggan lagi. Walau bagaimanapun, suasana kedai masih lagi comel seperti waktu dahulu. Dan kini kedai Jiwa Kopi ini dilengkap dengan menu bingsu. Namanya juga telah ditukar menjadi Jiwa Kopi dan Bingsu. Kombinasi aiskrim dan kopi, kedua-duanya kegemaran saya!


Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu

Disebabkan kami telah mengalas perut di rumah sebelum keluar, jadi kami cuma membuat order menu yang tak begitu berat namun boleh menambahkan lemak di badan. Kami pilih chicken and beef bbq pizza dan aglio olio lamb chop. Untuk minuman, kami order bingsu mangga serta kopi panas butterscotch dan cappucino. 


Review Makanan

1. Chicken and Beef BBQ Pizza

Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu Review

Saat pizza dihantar, terkejut kami suami isteri melihat saiznya. Besar! Harga bagi satu hidangan pizza adalah RM29 dengan 6 potongan. Malangnya hanya satu potongan sahaja yang dapat kami habiskan di kedai, selebihnya kami terpaksa takeaway kerana rasanya yang agak pahit. 


Entah di mana silapnya, namun kata suami rasanya seolah terlebih letak serbuk penaik pada doh crust menyebabkan rasanya pahit. Saya juga dapat rasa pahit itu tapi disebabkan saya terlebih makan lamb chop, jadi mulut saya dipenuhi dengan rasa sos blackpaper. Ameera juga beritahu rasa pizza tak sedap tapi susah juga nak percaya kata-kata si kecil ni kerana dah dengar abinya kata tak sedap, jadi mungkin dia pun terikut sama. Lapisan atas crust penuh dengan cheese tetapi terasa agak kering kerana kurang sos. Jadi untuk menu pizza saya beri 2.5/5 rate sahaja. 


2. Aglio Olio Lamb Chop

Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu Review

Harga bagi satu hidangan aglio olio lamb chop adalah RM36 dan agak berpatutan memandangkan terdapat 3 keping hirisin lamb chop dihidangkan bersama seafood aglio olio kami. Walau bagaimanapun, lamb chop agak kenyal pada sesetengah bahagian, jadi agak sukar kami menelannya. Jika lamb chop lembut, tentu saya akan beri rate 4/5 kerana menu aglio olio sedap dan tak terlalu pedas. Sos blackpaper yang pedas dah cukup memeriahkan suasana apabila adik asyik mengadu yang dia tergigit ketulan biji blackpaper.


3. Bingsu Mangga

Kedai Jiwa Kopi dan Bingsu Kuala Terengganu Review

Siapa yang tak suka aiskrim kan terutama kepada kaum hawa dan kanak-kanak. Jadi untuk bingsu mangga, rate saya beri adalah 4.5/5. Tak dapat perfect 5 kerana buah mangga sesetengahnya masam. Jadi, kami hanya makan mangga manis sahaja dan terpaksa bazirkan mangga yang masam. Boleh nampak kan dalam gambar warna berbeza buah mangga. Mangga yang kekuningan itu betul-betul masam. Masam oi nak telan >_<


4. Butterscotch dan Tiramisu Coffee

Kedua-dua kopi panas kami sedap. Cukup gula, cukup lemak dengan rasa pahit yang seimbang. Saya beri 4.5/5 bagi kedua-duanya.


Nak Makan Lagi tak di Jiwa Kopi dan Bingsu?

Suami jawab tak kot sebab selera suami bukan pada kopi dan aiskrim tapi lebih kepada makanan. Tapi bagi saya, untuk mengopi sambil makan aiskrim..saya mahu lagi makan di sini. Anak-anak tentulah bersetuju dengan saya. Cuma kami mungkin elakkan untuk ambil pizza kerana rasa doh crust agak tak begitu menyelerakan. Yang lain, in shaa Allah boleh repeat. Kalau awak nak cuba menu yang terdapat di kedai Jiwa Kopi dan Bingsu ini, boleh ke alamat seperti di bawah:


449, Lorong Pasar, 
Kampung Hiliran, 
21000 Kuala Terengganu, 
Terengganu

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Pernah makan disini rabia suka mkn di sini byk pilihan dan ayat ayat quotes dia cinta cinta gitu 💜

    BalasPadam
  2. Sayangnya pizza pahit. Tadi saya pikir pahit Karana banyak bagian agak hangus. Ternyata memang dari dough nya sudah berasa pahit ya kak. Tapi saya pun kalo hanya makanan yg kurang sedap, sementara kopi sedap, masih mau untuk balik lagi

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail