Dealer Emas ORO Design Kuala Terengganu

Sejak anak-anak makin membesar dengan jayanya ini, saya rasa semakin keseorangan pula bila duduk di rumah. Kalau dulu, banyak job review yang masuk tapi sejak saya jadi selective memilih job dan payment, jadi kebanyakan masa sekarang saya hanya ber krik krik seorang diri.


Di saat saya tengah kebosanan, saya terbaca tentang Quantum Metal yang kini sedang hadapi masalah untuk selesaikan bayaran kepada pelanggan mereka. Kenangan lama saat terlibat dalam dunia emas kembali muncul di minda. Kalau dulu saya pernah di scam oleh Tok Belagak pada tahun 2014, kini pada tahun 2024 ramai pula yang terkena dengan Quantum Metal. Agaknya cerita scam emas ini akan kembali setiap 10 tahun sekali, macam acara wajib berlaku setiap dekad ye?


Dealer Emas ORO Design Kuala Terengganu

Baca punya baca tentang emas, tak terbendung pula perasaan rindu saya nak menjual emas. Kalau dulu saya siap boleh menjual goldbar seberat 100 gram tapi lepas kejadian di scam, banyak koleksi emas saya terpaksa dijual. Rasanya dah tiba masanya saya nak kembali menjual emas sekarang. Rindu nak bau emas dan rindu nak timbang emas. Disebabkan rasa rindu itu, jadi saya mendaftar jadi dealer bagi emas ORO Design.

Dealer Emas ORO Design Kuala Terengganu

Akhirnya saya bergelar dealer emas bagi ORO Design beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang tak familiar dengan ORO Design, ia adalah jenama emas yang dah diperakui menjual emas tulen dan boleh dipercayai. Samada nak buat belian melalui atas talian atau berurusan sendiri di kedai emas, semuanya boleh dengan ORO Design. Buat masa ini saya masih belum mempunyai simpanan emas daripada ORO Design tapi in shaa Allah lepas ini saya akan tambah sedikit demi sedikit. 


Goldbar, Dinar, Syiling Emas dan Barang Kemas

Selain daripada emas 999, emas kegemaran semua iaitu 916 juga ada di ORO Design. Bukan sahaja barang kemas biasa seperti rantai, gelang dan cincin, saya juga boleh dapatkan goldbar, dinar dan syiling emas di ORO Design. Kedai fizikal ORO Design terletak di Penang dan Cyberjaya (bakal dibuka Mei ini) namun bagi mereka yang duduk agak jauh daripada negeri ini, mereka boleh saja buat belian melalui dealer sah ORO Design macam saya.

Dealer Emas ORO Design Kuala Terengganu

Nak cuci mata di mana? Boleh ke view.orodesign.biz untuk lihat koleksi emas yang ada. Bagi goldbar dan dinar, tiada kos upah dikenakan namun bagi barang kemas biasa, ada kos upah yang perlu ditambah dalam setiap belian ya. Kalau tak tau bagaimana nak kira, boleh saja tanyakan pada saya tentang harga emas harian. Untuk buat belian pula, boleh maklumkan kepada saya nombor kod barang kemas yang dimahukan dan saya akan buat belian melalui HQ.


Kenapa Harga Emas Makin Tinggi?

Semalam suami tanyakan pada saya kenapa harga emas meningkat naik secara tiba-tiba. Siapa sangka kan harganya pun dah mencecah RM400/gram. Kalau sebelum ini saya ada kongsikan tips untuk beli emas, tapi saya pun tak buat belian pada waktu itu kerana harganya berada pada all time high (ATH). Eh, sekarang ia buat lagi ATH secara mendadak sehingga buatkan ramai yang FOMO untuk buat belian.


Mengikut kefahaman saya yang terbatas ini, punca kenaikan harga emas berlaku adalah disebabkan oleh kebimbangan masyarakat akan berlakunya perang dunia ketiga akibat perang yang berlaku sekarang antara Israel dan Palestin. Kalau dulu Israel cuma mengebom Palestin, tapi beberapa minggu lepas Israel mengebom kedutaan Iran menyebabkan Iran membalas balik dengan mengebom pusat ketenteraan Israel.


Ini menyebabkan berlaku kebimbangan masyarakat sekiranya US dan UK akan bergabung dengan Israel untuk mengebom Iran memandangkan Israel adalah negara sekutu mereka. Walau bagaimanapun, Presiden Rusia telah membuat kenyataan akan membalas serangan US sekiranya mereka menyerang negara sekutunya iaitu Iran. Pertempuran kesemua negara besar ini berkemungkinan akan mencetuskan perang dunia ketiga dan inilah yang menakutkan penduduk dunia.


Sekiranya berlaku peperangan, wang fiat tidak akan berguna kerana proses import dan eksport akan terhenti. Pada masa ini, emas menjadi pilihan untuk disimpan kerana sifatnya yang kalis inflasi dan tidak jatuh nilai dalam jangka masa panjang. Negara yang mengalami peperangan akan mengalami kejatuhan nilai wang fiat namun tidak bagi emas. Sebab itulah harga emas melonjak naik kebelakangan ini.

Dealer Emas ORO Design Kuala Terengganu

Jadi kalau awak nak buat belian emas pada masa sekarang, saya cadangkan tunggu sehingga harga turun terlebih dahulu bagi dapatkan harga diskaun tapi jika awak nak beli emas dengan gunakan duit raya anak-anak, bolehlah berbuat demikian kerana simpanan emas ini tak akan susut nilai (kecuali jika kita hilangkan emas itu). Tapi kalau simpan duit raya anak-anak dalam bentuk wang fiat saja, in shaa Allah tak lama nanti menyusut bukan saja akibat inflasi malah juga sebab ibu bapa tersalah guna. Ngee..

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. membeli emas ni bagus.. stp tahun harga emas semakin naik, .. xpernah emas turun nilai..

    BalasPadam
  2. beli emas bagus sbb tiap tahun tetap naik tak pnh turun hehe

    BalasPadam
  3. bila berdagang dgn emas ni konsep dia mudah je. beli emas dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli emas dpt emas... bkn beli emas tp sangkut... kelemahan org kita nk cpt kaya... tu yg ramai x serik2

      Padam
  4. p/s salam aidilfitri utk rini sekeluarga maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  5. bla nk buat open house? sy nk dtg ni🤣🤣🤣 gurau je

    BalasPadam
  6. saya tak berapa minat barang kemas. memang takde koleksi. entah la perempuan jenis apa pun taktau. hahaha. tapi itulah, emas ni bagus sebenarnya kalau ada buat simpanan. sebab nilainya yang takkan susut malah makin naik.

    BalasPadam
  7. Saat ini saya rasa macam tak tentu melihat situasi. Saya memang tak pegang uang cash banyak. Di rekening bank juga secukupnya. Mostly saya simpan dalam saham, tabungan emas dan gold bar. Tapi tuh laah melihat situasi, hrg emas naik tinggi,tapi saya concern dengan saham saya yg banyak tumbang nih 🤣.

    Kalo emas saya akan selalu rutin beli tiap bulan memang. Blm tertarik jual Krn memang gold bar dan tabungan emas di bank saya akan pakai saat pensiun nanti

    BalasPadam
  8. ada org yg cari emas setiap kali raya

    BalasPadam
  9. siapa beli emas 5 thn lps skrg jual dah untung byk...harga emas payah nak trn. kalau naik tu, ya!

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail