Bulan Ramadan yang lepas, saya dan keluarga pergi ke Cameron Highlands. Entah kenapa di bulan yang panas dan tak boleh makan di siang hari itu, suami ajak saya pergi ke sana. Tentu penat kan sebab kena berjalan masa berpuasa? Walaupun berat hati tapi bila namanya holiday, kami sekeluarga auto gembira.
Sebenarnya suami mahu ke Cameron pada bulan semua umat Islam sedang berpuasa adalah untuk elakkan kesesakan. Memang ternyata di bulan puasa tak ramai yang bercuti di Cameron Highlands. Kalau sebelum ini, walaupun kami pergi pada hari bekerja namun Cameron Highlands memang akan sentiasa packed dengan orang ramai tapi kali ini kami bebas bergambar tanpa gangguan seperti kebiasaannya apabila berada di sana.
Lagi best pula kali ini kami dapat berbuka puasa di padang lapang Cameron Highlands dan menikmati saat matahari jatuh beramai-ramai. Pengalaman baru bagi kami. Kami juga sempat melawat masuk ke tempat baru yang belum pernah kami kunjungi sebelum ini. Lokasi yang kami sangka hanyalah tempat untuk membeli hasil tanaman penduduk Cameron Highlands, rupanya tersembunyi satu lokasi pelancongan yang penuh berwarna-warni dikenali sebagai Agro Market Cameron Highlands. Sangat cantik!
Agro Market Cameron Highlands
Agro Market terletak di tepi jalan Brinchang dan sangat mudah untuk dilihat. Daripada jalan besar, kita akan nampak palang penghadang bagi parkir kenderaan. Walaupun begitu, kenderaan yang masuk ke lokasi parkir tidak dikenakan bayaran pun. Kami pada awalnya masuk ke Agro Market dengan niat untuk membeli strawberry sahaja kerana kami perasan ada deretan kedai di dalamnya.
Walaupun deretan kedai yang ada tidaklah banyak namun cukup bagi kami yang hanya nak beli strawberry dan coklat untuk dimakan saat berada dalam bilik hotel. Disebabkan tak banyak kedai yang ada, jadi kami berpusing-pusing di kawasan sekitar dan ternampak satu kedai bunga dengan deco yang kiut. Apa lagi, saya pow suami untuk belikan saya jambangan bunga baby breath dan ros yang berharga RM10. Kerana berada di tingkat dua, jadi kami teruslah berjalan-jalan pula di bahagian atas.
Eh, pada masa itulah baru saya perasan ada kaunter masuk untuk ke Agro Market. Walaupun pintu masuk nampak bersaiz kecil je tapi bila masuk ke dalam, penat juga kami dibuatnya..nak pula kami semua tengah berpuasa. Harga tiket masuk adalah berbeza untuk dewasa dan kanak-kanak seperti berikut:
Dewasa : RM25
Kanak-kanak (4-10 tahun) : RM10
Kanak-kanak bawah 4 tahun : Percuma
Disebabkan kami tak plan pun nak masuk ke dalam Agro Market pada awalnya, jadi masing-masing cuma sarung baju sempoi saja. Bila dah sampai di sana, barulah rasa menyesal sebab tak pakai baju cecantik. Next time kena pakai baju yang cun melecun sikit barulah seronok nak bergambar.
Taman Bunga dan Taman Haiwan
Ada dua section utama dalam Agro Market ini iaitu taman bunga dan taman haiwan. Dalam taman bunga pula terbahagi kepada beberapa bahagian seperti zon flora, taman kaktus, taman rahsia, mangga cinta, mini santorini dan taman warna-warni. Dalam taman haiwan pula, ada beberapa jenis haiwan ditempatkan dalam satu kawasan tertutup seperti burung parrot, merak, itik, ilama dan biri-biri.
Taman Bunga Agro Market
Saat masuk ke dalam taman bunga Agro Market, saya dah rasa menyesal kerana pow suami belikan bunga sebelum ini. Mana nak letak bunga ini masa saya bergambar dalam taman yang dipenuhi dengan jutaan bunga?! Mata dah rambang bila tengok terlalu cantik central garden di depan mata saya dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni. Akhirnya dalam semua gambar yang diambil, saya tak dapat elakkan untuk pegang bunga disamping saya.
Puasa ke tu dik? |
Terlalu banyak pula gambar rasanya yang saya dah kongsikan walaupun sebenarnya masih banyak lagi gambar lain yang menarik ada dalam simpanan saya. Apa kata kalau awak ke Cameron Highlands selepas ini, masuk ke Agro Market untuk sesi bergambar. Kalau sebelum ini kita selalu pergi ke Agro MARDI dan Lavender Garden, kali ini cipta kelainan di Agro Market pula.
Walau macammana pun, kena tengok juga kepada jumlah pelawat yang datang. Kalau ramai yang datang pada masa kita tengah nak bergambar, jenuh juga gambar kena photobomb nanti. Jadi waktu terbaik nak pergi ke Cameron Highlands ada pada bulan puasa :P
14 Ulasan
Ooooo tahu dah kat mana....cadangnya nanti kak SA nak pi CH gak bawak anak dara tu berjalan...
BalasPadamwaahhhh ini lah Cameron Santorini yg fyp di tiktok tu! mmg berbaloi juga pergi waktu bulan puasa sbb kurang sesak dgn manusia hehehe
BalasPadambetul tu...bulan puasa tak ramai orang...sis Rini pergi time weekend @ hari bekerja nie?
BalasPadamAishhh..Lama betul x gi cameron =)
BalasPadampernah terfikir nak ke kameron waktu puasa hr tu, tp duk fikir2 jerk, perginya x.. huhuhuhu
BalasPadamdah lama tak ke CH, cantiknya tempat ni semua gambar cantik2
BalasPadamcantik semua gambar, terutamanya gambar 1st tu..
BalasPadamMenarik + tak terfikir nak berjalan waktu bulan puasa. Ok.. panjang umur, nak cuba tahun depan.
BalasPadamHahaha tapi kalo bulan puasa, saya biasanya dah malas nak bepergian 😂.
BalasPadamWalaupun lama di Penang, sesekali rutin ke KL, tetap saja Cameron Highland inj belum sempat saya datangi kak. tak pernah sempat.
Makin cantik yaaa ❤️❤️
gambar tu kalau ejas sikit dan share kat socmed dgn hashtag #honeymoonatSantorini kompem ramai percaya
BalasPadamhahahahaha
sy x penah ke CH lg
BalasPadamnnt sy cari laa taman rahsia tu
Lama dah tak jalan kat CH. Entah bila la nak ada rezeki lagi ke sana.
BalasPadamSusah juga kalo tak ramainya pas puasa yaa 🤣. Saya sendiri jarang ke KL saat puasa. Karena mikirnya tiap ke KL pasti nak kuliner. Saat puasa, jadi tak bisa banyak yang dicoba 😄
BalasPadamCH salah satu yg saya belum pernah datangi walo pun seriiing sangat bolak balik ke KL. Mungkin Krn masalah transportasi sih. Lumayan jauh dan lebih nyaman kalau sewa kendaraan. Nak pakai public transport, takut get lost pula 😅
Tapi cantiiik sangat tempatnya kak. Gelak juga liat ilama yg tertidur letih macam tu 🤣
Pernah pergi Cameron Highlands
BalasPadam