Alhamdulillah..sebelum berakhirnya cuti sekolah, sempat juga kami bawa anak-anak pergi bercuti. Walaupun tak jauh hanya ke negeri sebelah, tapi anak-anak seronok betul. Mungkin sebab dah lama tak keluar berjalan-jalan, itu yang masing-masing teruja.
Menginap di Timurbay Seafront Residence Kuantan
Kami tiba di pintu pagar Timurbay Seafront Residence pada jam 3 petang. Sebelum dibenarkan masuk, kami perlu buat bayaran deposit bilik sebanyak RM100 dan servis cleaning sebanyak RM80 sebelum boleh mengambil kunci di lobi bangunan. Tapi memandangkan pintu pagar dikawal oleh pengawal, jadi kami tidak dapat masuk ke dalam bangunan apartment selagi tidak dibenarkan. Kami perlu mengisi butiran yang diperlukan oleh staf Timurbay Seafront melalui Whatsapp sebelum dikonformasi oleh pengawal di pintu masuk.
Walaupun ruang lobi tak berapa jauh tapi apa yang memenatkan adalah ruang parkir kenderaan terletak agak jauh daripada lobi utama dan kami perlu menolak beg menuju ke lobi sambil menuruni tangga kerana lobi terletak di tingkat dua dan ruang parkir kami berada di tingkat 2A (perlu naik dua pusingan tangga). Fuh! Nasib baiklah kami hanya bawa sebuah beg beroda sahaja, jika tidak tentulah terkial-kial masng-masing nak angkut beg menuruni tangga.
Sampai di lobi, kami terus ke lif untuk naik ke bilik. Disebabkan masa di kaunter, tiada makluman diberitahu oleh staf tentang kunci bilik, jadi kami assume yang kunci bilik boleh kami ambil di box yang terletak di level yang sama dengan bilik tapi bila masuk ke dalam lif, eh tak boleh tekan pula pada butang lif. Jadi kami tanya pada seorang pakcik yang kebetulan berada dalam lif dan beliau beritahu kami perlu ambil kunci di box yang terletak di aras lobi. Terpaksa kami turun balik ke lobi untuk ambil kunci di sana.
Bila dah siap ambil kunci, kami teruslah menapak ke bilik yang terletak di tingkat 6. Suasana di luar bilik sepanjang koridor nampak biasa saja. Tak begitu menarik pun. Kunci yang diberi pun agak susah nak digunakan. Tiada access card untuk buka pintu tapi hanya diberi kunci biasa. Saya perlu pusingkan kunci dalam dua ke tiga kali sebelum pintu betul-betul dikunci atau dibuka. Diletakkan sekali dengan access card bagi lif, jadi memulas kunci bersama access card agak menyusahkan. Asyik terbelit pula pada tali. Tapi kami taknak asingkan kunci daripada talinya kerana kalau hilang kunci boleh dicas sehingga RM100 setiap satu. Naya..
Kelebihan Menginap di Timurbay Seafront Residence
Bila masuk saja ke dalam bilik, bukan anak-anak saja yang excited..mak budak pun excited sama. Hampir kesemua kelengkapan bilik yang diperlukan saat bercuti ada disediakan dalam bilik kami. Sehinggakan toto, tikar dan baju solat yang kebiasaannya tidak disediakan di mana-mana hotel, turut disediakan. Malah mesin basuh front load dan peti ais bersaiz besar pun ada (tapi tak guna pun, sebab kami makan di kedai).
Excited tengok swimming pool jiran |
Dalam bilik tersedia dua buah katil, satu katil bersaiz queen dan satu lagi bersaiz single. Katil single berada di dalam sebuah bilik kecil yang terletak bersebelahan ruang TV. Manakala katil queen terletak di luar bilik bersebelahan dengan balkoni. Balkoni pula mengadap kebahagian swimming pool hotel bersebelahan iaitu Swiss Hotel. Excited anak-anak nak mandi kolam bila tengok bucket berisi air di kolam menumpahkan isinya. Maaf ye anak-anak, kolam kita tak ada bucket tau..haha.
Kelebihan menginap di Timurbay Seafront Residence ini adalah:
1. Dekat dengan kedai makan dan pusat bandar. Di depan apartment, ada deretan kedai daripada kedai kopi, kedai makan masakan panas dan kedai serbaneka yang saya boleh tujui tanpa menaiki kenderaan. Kalau terasa nak cari makan agak jauh, jarak pusat bandar hanya anggaran 15km dan tidak jauh juga dengan lokasi yang ingin kami tujui iaitu Pantai Teluk Cempedak.
2. Lengkap dengan semua kemudahan diperlukan. Semua kelengkapan ada disediakan termasuklah iron dan iron board, sejadah, baju solat, hanger, hair dryer, dapur memasak elektrik, dapur memasak biasa, tong gas, baldi, penyapu, peti ais, periuk nasi, periuk masak, pinggan, cutleries, microwave dan macam-macam lagi keperluan rumah yang dirasakan perlu, ada di sini. Cuma yang kurang adalah toilettries..hanya sabun mandian sahaja disediakan dalam tandas. Yang lain yilek.
3. Bersebelahan pantai. Kami boleh keluar menuju ke pantai yang terletak bersebelahan hotel hanya dengan berjalan kaki. Walaupun begitu, setiap kali ingin keluar dan masuk, kami perlu touch access card di pintu yang terdapat di tepi pantai. Aktiviti pantai seperti mandi manda boleh dilakukan. Ada juga deretan kenderaan ATV tersedia bagi pengunjung yang ingin membuat sewaan. Saat sunrise tentu cantik bila berada di tepi pantai tapi sayangnya kami malas nak keluar untuk mengejar matahari terbit saat pagi menjelang.
4. Swimming pool yang luas untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada beberapa buah swimming pool tersedia untuk kanak-kanak dan dewasa. Meski tanpa bucket untuk melimpahkan air daripada atas, anak-anak tetap bermain dengan gembira. Sekejap mereka masuk ke kolam dewasa, kemudian ke kolam kanak-kanak, kemudian ke bahagian jacuzzi dan masuk pula ke dalam infinity pool. Balik ke bilik, terus tertidur akibat kepenatan.
5. Banyak kemudahan lain tersedia. Bilik gym, BBQ pit, sauna, court dan ruang patio turut terdapat di Timurbay Seafront Residence. Walau bagaimana pun, kami tak gunakan kemudahan ini kerana tiada dalam keutamaan kami. Niat hati hanya nak spend time dengan family sambil mandi kolam dan pusing bandar Kuantan saja, jadi tiada keperluan untuk menggunakannya.
6. Berada dalam guarded area. Jangan bimbang tentang keselamatan semasa berada di sini kerana ia dikawal ketat oleh pengawal. Iyalah, nak masuk saja kami kena konfimasikan dengan no kad pengenalan dan booking proof apatah lagi bila nak masuk ke dalam lif dan naik ke bilik. Kami perlu ada access card untuk menggunakan lif dan perlukan kunci bilik pula untuk masuk ke bilik. In shaa Allah selamat.
Apa Yang Tak Best di Timurbay Residence Kuantan?
Setiap perkara yang best tentu ada juga yang tak berapa best kan. Ini adalah beberapa perkara yang saya rasa agak mengganggu:
1. Tandas agak kotor. Saya boleh nampak kulat kehitaman yang terdapat pada toilet bowl dan di bahagian lantai tandas. Biasanya kulat pada lantai saya boleh pejam mata dan anggap tak nampak saja tapi bila nampak ada pada tempat toilet bowl, rasanya yang itu agak kurang memuaskan kerana warna permukaan mangkuk berwarna putih, jadi mustahil cleaner tak nampak kulat tersebut dan bersihkannya.
2. Tempat parkir yang jauh. Bagi warga tua, agak sukar untuk mereka berjalan menuruni tangga sambil mengangkat beg untuk ke lobi hotel dan menuju ke bilik. Jadi sebaiknya semasa mendaftar masuk, minta ruang parkir yang berdekatan lobi untuk elakkan terpaksa berjalan jauh. Ini kerana kenderaan wajib diparkir hanya pada nombor parkir yang telah diberi, jika tidak kereta boleh diclamp dan denda RM100 dikenakan jika kenderaan diparkir di petak lain. Atau boleh juga tinggalkan warga tua di lobi terlebih dahulu bersama bagasi semasa mahu check in atau check out sementara awak mengambil atau memarkir kenderaan.
3. Jangan lupa untuk ikat plastik tong sampah dan letak di luar pintu semasa mendaftar keluar. Kami fikir duit service cleaning sebanyak RM80 yang perlu dijelaskan masa awal check in akan dipulangkan semula kalau bilik dibersihkan sebelum keluar, eh rupanya tidak ya. Jadi meskipun bilik dalam keadaan bersih dan plastik sampah telah diletakkan di luar pintu bilik macam yang diberitahu, tiada pulangan wang bagi service kebersihan.
Ada nampak apa-apa yang pelik tak dalam gambar ni? Saya baru tahu pada hari kedua. Kalau awak hebat, cubalah jawab di ruangan komen ya.. |
Saya tak gunakan wifi semasa berada di Timurbay Seafront Residence jadi saya tak pasti tentang kelajuan internetnya. Sepanjang berada di sana, kami tak memasak kerana hanya makan di luar tapi microwave sangat membantu dan penapis air adalah salah satu perkara terbaik yang ada di dalam bilik.
7 Ulasan
Pernah stay sekali jer sebab nak merasa hihii.. Bayar harga per night apartment 2 bilik harga RM400 lebih.. huhu.. but is nice sebab dpt yg corner lot menghadap laut.. :D
BalasPadamanak-anak paling suka bercuti kalau ade kolam kan.. seharian habiskan masa di kolam renang pun xpe.. :)
BalasPadamalamak toilet kurang bersih mcm tu yg potong mood hehe
BalasPadamanak-anak suka sebab dapat pengalaman yang berbeza semasa bercuti
BalasPadamgood sharing. harap pihak residence perbaiki la kelemahan. bab parkir tu patut sediakanlah buggy ke, lif ke
BalasPadamKeanehan fotonya, meja tak ada kaca kah kak? Macam berlubang 😄😅.
BalasPadamTapi tempat ini baguuuuus memang . Fasilitas lengkap selayaknya apartemen residence kan.
Tapi memang kalo tinggal di semacam residence biasa ada fee utk cleaning.
Honestly saya tak berani booking residence macam nih kalo ke Malaysia, Krn THN lalu ada kluar warning kalo foreigners tak boleh menginap di residence seperti ini for short stay. Long stay boleh, tapi short tak bisa.
Ntahlaah apa msh berlaku atau tak.cuma gara2 terbaca itu, saya memilih aman saja, stay in hotel.
mama pernah sampai sini tapi tak penah menginap, cantik bilik dan kawasan luar dia. view lawa
BalasPadam