Pemindahan rumah boleh menimbulkan rasa stres dalam sesetengah orang sehingga ianya dapat menakutkan individu tersebut untuk mengelakan berpindah ke rumah baru. Jangan risau, sebenarnya proses pemindahan boleh diringkaskan agar ia dapat mengurangkan beban anda.
Soalan pertama yang sering ditanya oleh orang ramai: Adakah saya harus mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat pemindahan?
Anda boleh menjimatkan kos dengan pindah barang rumah sendiri, tetapi untuk pemindahan jarak jauh, adalah lebih senang jika anda dapatkan bantuan daripada pasukan pemindahan profesional.
Syarikat pemindahan yang menawarkan khidmat lori sewa di Klang atau berdekatan anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga anda, tetapi ia juga meminimumkan kemungkinan berlakunya kerosakan atau kehilangan harta benda semasa proses pemindahan.
Tips untuk berpindah:
1. Labelkan kotak mengikut bilik
Labelkan kotak mengikut bilik di mana barang-barang itu perlu diletakkan. Dengan ini, kotak tersebut boleh dibawa terus ke bilik tertentu.
2. Ketepikan kotak untuk barang yang paling penting
Barang penting yang anda perlu gunakan serta merta di kediaman baru harus disimpan dalam kotak khasnya sendiri, jadi anda tidak perlu membazirkan masa mencarinya sebaik sahaja anda tiba di rumah baru anda.
3. Kurangkan beban kerja
Pertimbangkan barang yang anda boleh buang sebelum anda memulakan proses pemindahan untuk mengurangkan beban kerja. Ini termasuk sampah dan barangan lama yang telah anda simpan lama tetapi tidak akan digunakan lagi. Contohnya, jika terdapat banyak buku yang anda tidak perlukan lagi, anda boleh memberikan buku tersebut kepada keluarga atau rakan, atau mendermakannya ke kedai buku terpakai.
4. Kemaskan barangan harian untuk semalam ke dalam beg
Letakkan barangan yang anda perlukan digunakan dengan segera, seperti peralatan mandian, pakaian tambahan dan tablet atau komputer riba, ke dalam beg seolah-olah anda akan melancong untuk tempoh yang singkat. Jadi, anda akan mempunyai beberapa item yang mudah untuk digunakan sementara anda masih menggemaskan kotak-kotak lain.
5. Pastikan kotak adalah ringan
Timbunan buku biasanya menjadi punca utama dalam menjadikan kotak lebih berat daripada yang sepatutnya. Cuba elakkan mengisi lebih daripada separuh kotak dengan buku, dan simpan separuh lagi untuk barangan yang lebih ringan.
Pertimbangkan pasukan Mover2U, mereka adalah pemindahan rumah profesional di Lembah Klang dengan lori sewa 1 tan hingga 5 tan untuk keluarga anda. Pasukan pemindahan mereka yang berpengalaman boleh membantu anda memindahkan barangan rumah dari awal hingga akhir dengan harga lori sewa pindah rumah yang murah.
Hubungi mereka melalui Whatsapp atau e-mel mereka hari ini untuk khidmat lori sewa di Shah Alam hari ini!
Nama Syarikat: Alwinz Biz Resources
Emel: contact@mover2u.com
Whatsapp/Nombor telefon: 016-879-1415
Kawasan servis: Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor
10 Ulasan
nak pindah rumah paling stress...linda akan rase hujung tahun nie...sebab suami nak berpencen dah, kitorg duduk kuarters..kena amik cuti bila nk mengemas...kikiki
BalasPadamAdda tak tahu la akan merasa ke tidak pindah randah ni. Tapi tips rini kongsi tu memang panduan terbaik untuk mereka yang akan berpindah. Bagus jugak eh ada perkhidmatan pindahkan barang camni. Memudahkan dari nak berulang angkat sikit-sikit sendiri.
BalasPadamterima kasih tips nya...
BalasPadamgood sharing. manalah tau ada rezeki duduk rumah sendiri. boleh amalkan tips-tips ni
BalasPadamtak suka kena pindah tapi tips tu mmg berguna! hehe
BalasPadamsy dah pindah 3 kali
BalasPadamckp laa...
dia punya penat tuuuu
waduhhhh
rs nk demam semggu
penah kena tipu dgn pemilik lori
BalasPadamms pindah dulu
eee geram je kalau igt balik
mentang2 kita pompuan
sng2 je di gula2 kan...
mmg sy x halalkan duit tu
sbb jelas2 menipu
saya juga plan nak pindah rumah yang lebih baik lepas ini...ternyata banyak tip yang bagus untuk mereka dan saya boleh guna ketika mahu pindah rumah
BalasPadamPindah rumah memang beban tersendiri buat dipikir. Tapi adanya jasa pindah untuk bantu emang memudahkan. Tapi alhamdulillah waktu aku pindahan dibantu keluarga hehee
BalasPadamJadi ingat dulu pas mertua saya masih jadi diplomat atau ambassador di beberapa negara, itu tiap kali penempatan atau selesai penempatan dan hrs balik Indonesia, reportnya astagfirullah 😂.
BalasPadamKalo cuma pindah beda kota, mungkin masih okelah, pakai lori, atau truk besar.
Tapi kalo pindah negara, lebih complicated dan mahal 😄. Dikirimnya juga harus pakai kapal. Dan biasa sampai ke Indonesia 2-3 bulan.
Dulu saya sempet envy Krn mertua pindah2 tinggalnya mengikut tugas kan. Tapi setelah tahu repotnya saat pindah, dahlaah, memang stress 😂