Saya ke Majlis Anugerah Apresiasi di sekolah Ameera dua hari lepas di PASTI Padang Midin Terengganu. Jadi saya nak simpan sedikit kenangan untuk tatapan masa depan Ameera nanti. Teringat masa Auni pertama kali naik ke pentas untuk ambil piala Pelajar Cemerlang semasa pra sekolah, kali ini giliran adik pula untuk naik ke atas pentas untuk terima piala pertamanya.
Lawatan ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu |
Disebabkan pihak PASTI mengadakan dua program dalam masa serentak, iaitu Majlis Anugerah Apresiasi dan Majlis Perasmian Bangunan Baru PASTI, jadi kehadiran tetamu agak ramai dengan jemputan ibu bapa dan keluarga yang datang untuk melihat majlis graduasi anak masing-masing serta kehadiran penduduk sekitar bagi memenuhi undangan perasmian bangunan baru sekolah. Meskipun begitu kedua-dua majlis berjalan lancar walaupun majlis agak lambat dimulakan akibat masalah yang tak dapat dielakkan.
Hari Anugerah Apresiasi
Sedih pula rasanya bila Ameera dah nak habiskan persekolahannya di PASTI As-Salam. Rasanya ini adalah antara sekolah pra (sebelum masuk sekolah rendah) yang paling menyeronokkan bukan saja buat anak malah juga kepada ibu bapa. Kalau dulu masa di sekolah pra, Auni langsung tak pernah sertai apa-apa permainan sekolah atau aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah tapi di PASTI As-Salam, banyak aktiviti yang Ameera sertai.
Pasti As-Salam Padang Midin
Tak pasti samada sekolah pra Auni yang dahulu ada anjurkan aktiviti sekolah atau tidak tapi apa yang saya ingat, saya tak pernah terima surat kebenaran untuk Auni sertai apa-apa aktiviti di sekolah sepanjang dia bersekolah di pra. Dari awal persekolahan sehingga akhir, Auni tak pernah terlibat dengan aktiviti sekolah (sekiranya ada) atau aktiviti luar sekolah. Aktiviti yang saya maksudkan adalah aktiviti bukan pembelajaran.
Auni saat menerima piala pertamanya di pra sekolah |
PASTI merupakan sekolah berbayar dan pra sekolah adalah sekolah kerajaan. Mungkin ini sebabnya mengapa ada perbezaan antara sekolah PASTI dan pra sekolah. Sebab itu tak banyak aktiviti yang Auni dapat sertai dahulu. Yuran yang dikenakan di PASTI As-Salam adalah RM90 sebulan dan jumlah bayaran yuran ini adalah berbeza bagi setiap PASTI.
Banyak aktiviti yang dijalankan di PASTI As-Salam. Antaranya Ameera pernah dipilih untuk sertai latihan pemilihan pemain bagi team bola jaring, dipilih menyertai pertandingan mewarna antara PASTI, dapat sertai perkhemahan sekolah, sertai program simulasi Haji dan lawatan ke Pusat Sains serta turut membuat persembahan untuk graduasi sekolahnya. Ini adalah perkara yang tak pernah dilakukan oleh Auni semasa di sekolah pra dahulu.
Pemilihan pemain bola jaring |
Wakil pertandingan mewarna |
Aktiviti perkhemahan |
Program Simulasi Haji |
Jadi kalau ada ibu bapa yang berada di sekitar Terengganu sedang membuat timbang tara samada nak hantar anak ke PASTI As-Salam atau tidak, saya sokong 200% sekiranya ibu bapa mendaftarkan anak-anak untuk belajar di PASTI ini. Saya tak berapa maklum tentang PASTI yang lain tapi di PASTI As-Salam, saya sangat berpuas hati dengan hasil didikan guru-guru kepada Ameera.
Ameera bukan saja boleh membaca surah Al-Quran dengan lancar, malah juga boleh menghafal bacaan dalam solat dengan baik. Mungkin ada ibu bapa yang kata anaknya lambat membaca ABC bila dihantar anak ke PASTI tapi bagi saya, saya boleh ajar Ameera membaca rumi di rumah, jadi saya harapkan cikgu di PASTI untuk mendidik Ameera dengan bacaan jawi dan keagamaan di sekolahnya.
Tahniah Ameera |
Gembira bila lihat Ameera membuat persembahan di atas pentas pada hari apresiasi sekolah. Saya rasa ini adalah antara moment indah yang ibu bapa paling nantikan. Dapat tengok anak berani dan yakin di atas pentas, serasa sekejap pula masa berlalu bila Ameera dah pandai menjaga diri sendiri.
Terima Kasih Cikgu
Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik dan menjaga Ameera selama ini terutama guru kelas Ameera iaitu Cikgu Mira dan Cikgu Yaa. Jasa baik kalian tak dapat saya balas. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan berpanjangan dunia dan akhirat buat cikgu dan keluarga cikgu. Sedih pulak rasa..
Semoga Ameera dan Auni membesar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia akhirat..aamiin..
29 Ulasan
saya pula yang rasa sejuk hati bila ameera boleh baca surah-surah al-Quran. alhamdulillah.... terang hatinya...
BalasPadamin shaa allah aamiin..harap berpanjanganlah ameera dapat membaca alquran
Padamaminnn aminnnn
Padamtahniah ameera!
BalasPadamselamat melangkah ke darjah satu!
rasanya nanti ramai ke kawan2 PASTI ameera yang bakal 1 sekolah dgn dia darjah 1?
salah seorang bff ameera dah pindah, jadi memang tak dapat nak satu sekolah. nasib baik dia ada beberapa orang bff lain lagi. harap satu sekolah la..
Padamalaa siannyaaaa
Padamtapi tak apa laa
nanti ameera cari bff baru
kawan smpi bila2
;-)
Alhamdulillah, Tahniah adik.. office ldy dekat situ.. kat Bukit Payung :D
BalasPadamoh yeke? kat mana tu ladybird? saya selalu jugak ke bukit payung tu
PadamJika dari kecil ada asas agama yang kukuh...insha Allah mereka mudah untuk belajar bila masuk ke sekolah rendah nanti
BalasPadamin shaa allah aamiin..harap berpanjanganlah hendaknya
PadamAlhamdulillah tahniah Ameera. Eh banyak dapat piala
BalasPadambanyak sangat piala pihak sekolah sediakan sampai tertukar-tukar piala masing-masing..huhu
Padamnanti Rini tulisla tentang batu tu.. nanti Ldy ceritekan pada anak2.. dgn cr begini lebih nampak.. semalam dalam kereta bg contoh lembu (jaga lembu ngn jaga orang ) pd anak-anak.
BalasPadamin shaa allah ladybird. cuma nak start bercerita tu macam tak datang pulak..haha..nanti saya tulis ye
Padamtahniah ameera
BalasPadamterima kasih tc rabia
Padamanak nombor 2 mmg lbh aktif drpd anak sulung yaaa?
BalasPadamtapi nampak macam anak sulung saya ni lebih aktif berbanding adik dia kalau kat rumah
PadamAlhamdulillah. Tahniah Ameera, semoga terus membesar menjadi anak solehah kebanggaan keluarga. Doakan SS juga ada zuriat yang soleh solehah mcm ameera. Ramai kawan2 SS hantar anak2 dorang ke PASTI dan SS tak nafikan kebanyakkan PASTI memang bagus dan sekarang menjadi pilihan ibu bapa.
BalasPadamsemoga allah kurniakan ss rezeki zuriat yang soleh solehah penyeri keluarga tak lama lagi. in shaa allah aamiin
PadamPASTI ni bagus kan? aktif.. byk aktiviti.. 3/4 anak² sy di PASTI tp sygnya zaman pkp.. limited semuanya
BalasPadamzaman pkp memang sedih betul. anak saya sampai rindu nak jumpa kawan2 time tu. kenangan buat kita jugak hidup dalam keadaan darurat wabak kan
PadamTerkadang itulah beda antara sekolah negeri dan swasta yaa ☺️. Sama seperti di sini kak. Kalo milih pemerintah, biasa kegiatan pun tak sebanyak di sekolah swasta 😄.
BalasPadamBiaya perbulan PASTI yg kakak pilih pun tak mahal, Rm90 perbulan. Masih reasonable dan terjangkau. Soalnya di sini ada sekolah pra swasta yg harganya bisa jutaan per bulan. Saya pun bingung apa saja yg didapat anak di sana 😅
mungkin kualiti pembelajaran dan sekolahnya lebih baik bila biaya hingga jutaan per bulan ya fanny. di sini pun ada cuma saya memang dah plan nak masukkan anak di pasti sebab ada sepupunya yang belajar di sini juga
Padamwaahhhh tahniahhh Ameera! banyakkknya dpt anugerah!
BalasPadamterima kasih auntie
PadamAlhamdulillah tahniah Ameera, saya pon suka hantar anak ke PASTI.
BalasPadamsaya first time hantar ameera ke pasti. auni dulu hantar ke pra. banyak jugak beza yang saya nampak bila hantar ke pasti ni ye
PadamTahniah Ameera. Semoga terus cemerlang. Adda rasa ikut sekolah jugak kot yang pra tu rini. Kat sini pra sekolah aktif. Selalu ada aktiviti luar. Kalau anak terpilih ikut pertandingan luar pun cikgu maklumkan lepas cikgu tapis siapa yang layak.
BalasPadam