i-Saraan RM500 KWSP Kini Dinaikkan daripada RM300

Bangun pagi tadi saya terima notifikasi daripada aplikasi KWSP di handphone mengatakan bayaran insentif khas i-Saraan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 pada tahun ini. Yeay!


Bagi mereka yang tak bekerja dan tak dicarum oleh majikan macam saya, ini memang berita menggembirakan. Sebelum ini insentif i-Saraan yang diberikan kerajaan adalah sebanyak RM250 sahaja kemudian dinaikkan kepada RM300. Namun bermula tahun 2024, insentif khas i-Saraan ini dinaikkan kepada RM500 pula. Mana tak happy nya saya!


i-Saraan RM500 KWSP

Bagi yang masih belum tahu, i-Saraan adalah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP bagi membantu golongan yang tak mempunyai pendapatan tetap seperti surirumah dan peniaga untuk membuat caruman KWSP mereka sendiri. Saya ada kongsikan cara saya mendaftar i-Saraan sebelum ini di Jom Apply i-Saraan KWSP


i-Saraan RM500 KWSP Kini Dinaikkan daripada RM300


Untuk galakkan golongan ini membuat caruman mereka sendiri, kerajaan beri insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman, maksimum sehingga RM500 (bermula 2024) setiap tahun sehingga mencapai nilai terkumpul seumur hidup sebanyak RM5,000. Jadi sekiranya saya berjaya terima insentif khas sebanyak RM500 setiap tahun hasil caruman sendiri, maksimum saya boleh terima insentif ini hanyalah selama 10 tahun sahaja. Tapi okayla kan bila kerajaan nak kasi kita duit ekstra?


Saya mula apply i-Saraan pada tahun 2022. Pada masa itu saya tertarik untuk buat i-Saraan bila dengar kerajaan beri insentif khas sebanyak 15%. Bila ditolak tambah, saya rasa buat caruman di KWSP adalah sangat menguntungkan bila mana saya boleh dapat insentif khas 15% tak dicampur lagi dengan agihan pendapatan (dividen) tahunan yang diumumkan oleh KWSP pada setiap awal tahun.


Bagaimana Nak Mendaftar

Pada ketika itu, saya walk-in ke pejabat KWSP untuk buat pendaftaran. Walau bagaimanapun, proses pendaftaran juga boleh dilakukan hanya daripada rumah. Samada nak mendaftar secara atas talian atau menggunakan aplikasi di telefon bimbit, ianya mudah dan tak perlukan tenaga untuk beratur panjang seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Jika nak mendaftar, sila ke halaman ---> Pendaftaran i-Saraan dan lengkapkan maklumat yang diminta.


Setelah akaun KWSP i-Saraan dah berjaya dibuka, kita boleh mula buat caruman sendiri menggunakan aplikasi KWSP di telefon pintar. Sangat mudah kerana kita tak perlu ke bank untuk urusan menambah nilai caruman. Selain itu, kita juga boleh lihat bil semasa juga melalui aplikasi KWSP.


i-Saraan | Apa Perlu Saya Tahu?

Sama seperti maklumat yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini mengenai i-Saraan KWSP, beberapa syarat untuk mencarum i-Saraan masih kekal tak berubah. Walau bagaimanapun, ada sedikit perubahan pada nilaian maksimum yang boleh dicarum memandangkan jumlah insentif khas telah meningkat daripada RM300 kepada RM500. 


Jika sebelum ini, saya perlu mencarum paling kurang RM2,000 setahun untuk dapatkan maksimum insentif khas sebanyak RM300, namun sekarang nilai minimum yang perlu dicarum bagi mendapatkan insentif maksimum daripada kerajaan iaitu RM500 adalah sebanyak RM3,334 setahun. Tapi macammana kalau saya tiada duit nak mencarum sebanyak itu atau bagaimana pula jika saya mahu mencarum lebih daripada RM3,334?


Tiada masalah pun untuk mencarum kurang atau lebih. Jika saya buat caruman kurang daripada RM3,334..saya akan dapat insentif khas sebanyak 15% di darab dengan jumlah caruman saya pada tahun itu. Katakan saya hanya mencarum sebanyak RM1,000 sahaja, jadi nilai insentif khas yang saya akan terima adalah sebanyak RM150. Namun jika saya ingin mencarum lebih contohnya sebanyak RM5,000..saya tetap akan mendapat insentif maksimum sebanyak RM500 sahaja.


Pernah Dapat ke Insentif Khas i-Saraan?

Tentulah pernah. Kan saya beritahu saya telah mendaftar akaun i-Saraan pada tahun 2022, jadi saya ada terima insentif khas dalam akaun KWSP saya pada tahun lepas. Namun untuk tahun 2023, nilai insentif khas masih belum boleh diakses melalui aplikasi KWSP dan nilai agihan pendapatan juga masih belum diketahui. Dengar cerita, KWSP akan beri agihan pendapatan lebih tinggi pada kadar 5.5% sehingga 6.5%. Betul atau tidak, wallahualam. Kita tunggu saja pengumumannya nanti.


i-Saraan RM500 KWSP Kini Dinaikkan daripada RM300


Sebelum ini saya tak terfikir pun untuk dapatkan maksimum bayaran insentif khas daripada kerajaan melalui i-Saraan ini. Jadi saya hanya topap akaun kwsp mengikut masa yang saya rasakan perlu saja. Tapi bermula tahun lepas, saya target untuk dapatkan maksimum insentif memandangkan ia adalah salah satu cara untuk pastikan akaun saya berkembang tanpa perlu saya topup banyak menggunakan duit sendiri. Jadi sekarang saya mencarum secara lump-sum pada awal tahun supaya saya tak perlu fikir lagi nak topup tambahan pada setiap bulan. Lebih mudah dan tak memeningkan kepala.


Bersyukurlah pada mereka yang tak perlu bersusah untuk mencarum sendiri. Paling kurang majikan mencarum 13% bagi pihak pekerja ditambah lagi dengan caruman yang dipotong daripada gaji sendiri. Untuk golongan surirumah seperti saya, hanya ini sajalah cara untuk saya bersiap sedia sebagai persediaan di masa mendatang. Semoga tahun 2024 ini memberi lebih banyak rezeki yang berkah untuk kita semua..aamiin..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Semoga akan lebih banyak pintu rezeki terbuka untuk akk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..berbalik pada cuya juga, semoga sentiasa dilimpahkan rezeki kepada cuya untuk tahun ini dan seterusnya..

      Padam
  2. wahhhh best nyaaaa... sy pula yang happy hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau melibatkan duit bertambah, saya selalunya akan happy :D

      Padam
  3. katakan bulan ni kite x carum sbb x cukup duit, then bulan depan kena carum double ke mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu ikut bulan pun takpe anies sebab caruman ni memang akan dapat 15% bukan macam kiraan prorate agihan pendapatan (dividen) tiap tahun tu. asalkan ada masukkan duit melalui i-saraan tak kisah pada bulan berapa, tetaplah akan dapat 15% maksimum rm500 tu.

      berbeza dengan kiraan dividen tahunan sebab yang itu dikira berdasarkan prorate. btw ini saja yang saya tau, kalau salah maafkan saya haha

      Padam
    2. waahhhhh kalau mcm tu mmg mcm besttttt hehehe

      Padam
    3. saya pun agak je ni ana, kalau nak confirm kena call kwsp

      Padam
  4. semua akan happy bila sebut duit dan dengan kemudahan ini...moga golongan suri rumah terjaga kebajikan mereka ketika pencen nanti...persoalannya adakah tugas suri rumah boleh pencen bila cukup umur 55 tahun ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. persoalan ni saya boleh jawab dengan tepat mr hanafi. jawapannya tidak! haha

      Padam
  5. hari tu saya dapat mesej suruh hidupkan balik bayaran kwsp..insyaAllah..nak cuba hidupkan balik tahun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya masih tertunggu-tunggu bila dividen 2023 nak masuk ke akaun kwsp. lambat sangat ai delaynya

      Padam
  6. oo rupanya boleh mencarum sendiri ye. pilihan yg bijak sebab byk juga kebaikan dan insentif yg dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye mama. walau tak banyak tapi adalah juga sedikit yang golongan tanpa gaji tetap ni boleh dapat daripada kerajaan kan

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail