Saya cuba buat kek cawan coklat cip dua hari lepas untuk minum petang. Eh, tak sangka menjadilah.
Jadi saya nak simpan resepi yang saya gunakan untuk buat cupcake itu supaya senang saya nak rujuk nanti bila terasa nak makan cupcake coklat. Anak-anak pun boleh buat sendiri bila dah besar nanti dengan tengok resepi di sini. Ha, kan senang.
Rasanya buat cupcake coklat ini lebih senang daripada nak buat cupcake vanila. Sebab saya pernah buat cupcake vanilla yang super kembang masa dibakar tapi bila dah sejuk, eh dia jadi kecut pula. Pada asalnya saya dah happy tengok cupcake yang mengembang cantik tapi kecewa pula bila tengok dia auto mengecut bila sejuk.
Taknak membebel panjang kerana sejak dua menjak ini otak saya seolah kekurangan maklumat untuk bersembang dan menulis, jadi saya terus kepada resepi kek cawan coklat cip ini ya. Jom kita..
Cupcake Coklat Resepi Sukatan Cawan
Bahan-bahan
Cara Penyediaan
- Masukkan telur, susu, minyak, esen vanila dan gula perang dalam mangkuk besar dan gaul dengan menggunakan hand whisk.
- Dalam mangkuk yang sama, ayak serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan tepung gandum. Kemudian kacau sebati.
- Masukkan garam dan coklat cip. Gaul sekata.
- Akhir sekali senduk masuk ke dalam bekas acuan cupcake sehingga 3/4 penuh. Saya masukkan ke dalam bikar bermuncung tajam terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasukkan ke dalam acuan.
- Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
- Untuk pastikan samada cupcake telah betul-betul masak, boleh cucuk dengan lidi satay atau besi pencucuk. Jika lidi keluar bersih tanpa lekatan kek di batangnya bermakna cupcake sudah masak.
Resepi Cupcake Senang dan Sedap
Senang kan? Dalam resepi ini, kita cuma perlu asingkan bahan basah dan bahan kering. Campur dahulu bahan basah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan bahan kering. Untuk elakkan campuran berketul, kita ayak terlebih dahulu bahan kering. Gunakan saja hand whisk kerana kita tak perlu campuran terlalu kembang bimbang jika naik terlalu tinggi ia akan mengecut pula bila dah sejuk. Untuk cara membuat cupcake dalam versi video, boleh tengok di bawah ya.
Saya kurangkan kuantiti gula dalam resepi ini. Resepi asal gunakan satu cawan gula perang dan setengah cawan coklat cip. Disebabkan saya tak mahu cupcake yang saya buat terlalu manis rasanya, jadi saya kurangkan sukatan gula kepada 3/4 cawan dan coklat cip kepada 1/4 cawan sahaja. Jika awak nak gunakan semi-sweet chocolate chips, bolehlah gunakan sukatan 1/2 cawan ya.
Menggunakan adunan ini, saya hasilkan 14 biji cupcake dengan besar saiz acuan seperti dalam gambar. Mungkin lepas ini saya boleh gunakan saiz acuan yang lebih kecil kerana lebih senang nak makan. Sekali suap saja dah habis. Untuk awak yang rancang nak buat cupcake coklat untuk birthday atau jamuan akhir tahun sekolah, bolehlah cuba buat cupcake coklat cip ini. Sedap dan senang. Selamat mencuba ya!
23 Ulasan
sedapnya sis...
BalasPadambila tengah lapar, memang jadi sedap ni LB. tapi time banyak makanan, yang ni tak pandang pun haha
PadamTerliur tengok.
BalasPadambuatla na, senang je ni
PadamBila lah rajin tu nak datang semula ya, lama tak buat cupcake
BalasPadamkena seru rajin tu datang melawat, saya pun banyak malas je yang ada..taktau macammana nak suruh malas ni balik rumah dia
Padamdh beli choc chip konon nk buat cookies tp x terbuat... semoga rajin nk mengcupcake.. teringin plak tgk ni
BalasPadamkalau kakmim nak buat, kena tambah coklat lebih sikit. saya buat ni versi tak manis
Padamsedapnya..:)
BalasPadamnak offer tapi dah habis pulak ciknor
Padamwahhhhh TQ kak mim share resepi! nanti nak try juga hehe
BalasPadameh silap orang ni ana haha
PadamCantik kejadian cupcake coklat tu . Kembang elok .
BalasPadambuat cupcake coklat lebih senang daripada vanila cupcake. saya buat vanila cupcake haritu kuncup je hasilnya walaupun masa bakar kembang bukan main
PadamKue fav zaman kecil 😍😍😍. Saya JD nak buat lah...anak2 kalo dah ada cemilan kue seperti ini, langsung sukaaa.
BalasPadamIni cantiiik jadinya.
Saya baru tau pula, ada kue yg tadinya kembang, pas dingin jadi kuncup balik 😅. Memang macam2 problem pada baking ini ya kak 😁
betul tu, banyak kena belajar bila nak baking. saya pun baru tau bila dah jadi kat diri sendiri. sebelum ni memang baking pakai confidence je haha
Padamdapat makan panas2 ni fuhhhhhhh
BalasPadamheaven!
kan, saya memang suka makan time panas. ada crunchy dia pastu bau harummm
Padamsy tak tahu laa tempat lain
BalasPadamtime raya tak ada pula orang hidangkan cupcake kan?
ke... masa open house je?
macam tak pernah nampak kan orang yang hidang cupcake masa raya?
PadamBest nak buat..tapi confirm kena bebel ngn ibu sebab benda manis hehe
BalasPadamtak manis pun resepi ni cuya, instead saya rasa saya kena lebihkan gula @ coklat sebab memang kurang manis
Padameh..senangnya resipi. Nanti nak cuba buat la. Tenkiu rini.
BalasPadam