Ramai ke yang dah claim duit bantuan yang kerajaan beri di bawah program e-Madani sebanyak RM100 tu? Eh, taktau ada bantuan e-Madani?
Kalau awak belum claim, jangan risau sebab masih ada masa untuk buat permohonan bagi dapatkan bantuan wang tunai e-Madani. Tapi memandangkan awak belum tahu tentang e-Madani, jadi saya kongsikan serba sedikit pasal e-Madani terlebih dulu.
Claim e-Madani RM100 Bantuan
e-Madani adalah suatu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 dengan cara pemberian wang RM100 secara one-off melalui akaun e-wallet terpilih. Sebanyak lebih 10 juta rakyat Malaysia dijangka akan menikmati manfaat ini.
Empat penyedia perkhidmatan e-wallet yang terlibat adalah ShopeePay, Touch and Go, Setel dan MAE. Mereka yang menerima bantuan e-Madani boleh buat penebusan RM100 melalui mana-mana penyedia perkhidmatan e-wallet ini. Kalau nak lebih untung, boleh pilih penyedia e-wallet yang tawarkan ganjaran apabila buat penebusan dengan mereka. Ada yang beri ganjaran dalam bentuk baucer, pulangan tunai (cashback), diskaun, reward points atau coins jika gunakan aplikasi mereka.
Tak daftar lagi untuk claim e-Madani? Jangan bimbang, tarikh untuk buat pendaftaran masih terbuka. Tarikh untuk mendaftar bermula pada hari ini iaitu 4 Disember 2023 dan akan berakhir pada 20 Februari 2024, jam 11.59 malam. Manakala tarikh akhir untuk buat belian menggunakan wang bantuan e-Madani adalah selewatnya pada 29 Februari 2023 jam 11.59 malam.
Tak susah pun nak daftar, pergi ke mana-mana penyedia perkhidmatan e-wallet yang saya nyatakan di atas, daftar dan tunggu wang masuk ke akaun e-wallet sekiranya layak.
Tebus Guna Touch&Go, ShopeePay, Setel atau MAE
Siapa yang layak untuk claim bantuan e-Madani? Mereka yang memperolehi pendapatan tahunan di bawah RM100,000 setahun layak untuk menerima bantuan ini. Selain itu, penerima haruslah berumur 21 tahun dan ke atas serta merupakan seorang warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, penerima e-BeliaRahmah adalah tidak layak untuk menerima bantuan ini.
Suami isteri pun layak untuk dapat bantuan e-Madani jika masing-masing berpendapatan kurang daripada RM100,000 tahunan ye. Jadi takdelah rasa macam tak adil kan kalau salah seorang je yang boleh claim. Jangan lupa juga untuk mohonkan bagi pihak emak ayah yang tak berapa pandai gunakan e-wallet. Boleh mereka berbelanja dengan wang bantuan sekiranya layak. Jangan pulak duit mereka kena sebat dengan anak-anak suda..
Cara Claim e-Madani guna Touch&Go
Langkah-langkah untuk tebus bantuan RM100 e-Madani menggunakan Touch&Go adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi Touch n Go di telefon pintar
- Pada halaman depan, klik pada bahagian Claim Your RM100 eMadani
- Tick pada kotak I agree
- Klik Claim Now
- Klik butang Continue (pastikan maklumat yang diberi tepat)
- Klik Submit Now
- Tunggu notifikasi makluman samada permohonan berjaya atau tidak.
Cara Claim e-Madani guna ShopeePay
- Buka aplikasi Shopee di telefon pintar,
- Pada halaman depan, klik pada butang eMadani - Get free RM600
- Klik Claim Now
- Klik Verify Now
- Tick pada kotak I agree dan tekan Next
- Ambil gambar kad pengenalan dan selfie bersama IC
- Klik butang Confirm
- Isikan maklumat diperlukan dan tekan Confirm
- Buat pengesahan dan tekan butang Confirm
- Tunggu notifikasi makluman samada permohonan berjaya atau tidak
Cara Claim e-Madani guna Setel
- Buka aplikasi Setel di telefon pintar,
- Pada halaman depan, klik pada butang eMadani
- Verify dahulu akaun untuk menebus
- Tekan Claim Now
- Lengkapkan maklumat diperlukan dan klik Submit
- Tunggu notifikasi makluman samada permohonan berjaya atau tidak
Cara Claim e-Madani guna MAE
- Buka aplikasi MAE di telefon pintar,
- Pada halaman depan, klik pada butang eMadani
- Klik Setuju
- Tick pada bulatan I have read and agree
- Isi maklumat diperlukan dan klik Submit
- Tunggu notifikasi makluman samada permohonan berjaya atau tidak
Kalau awak dah claim bantuan RM100 e-Madani, boleh saya tahu awak guna e-wallet yang mana satu? TnG? ShopeePay? Setel atau MAE? Boleh bagitau reason kenapa awak pilih penyedia perkhidmatan itu? Saya tengah berkira-kira lagi nak claim guna e-wallet mana ni..help please..
20 Ulasan
dah claim cuma belum dpt je lagi
BalasPadamdah masuk ke belum tu duit awak? kita dah dapat
Padamdapat dah tp blom belanja lg... tak tahu nk bli apa🤣
Padamada yg dpt dah semlm. rezeki. pastu kn usik dgn member. kena belanja air sedap hari ni🤣
BalasPadamhaha..apa mintak air je, mintak open table terus la 😆
Padamsiannn org nak kawen kn pau byk2 kang ada x ckp duit hantaran nnt🤣
Padamsy dah masuk dah.. pg td check MAE... hehehe
BalasPadamalhamdulillah dah masuk, samala kita kakmim. sep sikit
Padamsaya claim kat tng..dah dapat.. lebih mudah kat tng sebab tak perlu ambil gambar ic untuk verify macam kat shopee.
BalasPadamaah, samala kita Ada. Lagipun senang nak beli barang kat fizikal store sebab TnG ada banyak pilihan merchant yang kita boleh pilih
PadamBantuan seperti ini memang banyak diberi oleh negara kepada rakyatnya yang masuk kriteria sejak pandemi kemarin kan. Alhamdulillah di indonesia pun masih berjalan kak.
BalasPadamTapi saya dan suami tak dapat lah, karena batas annual income dah exceed dari yg ditentukan 😁.
Cuma bedanya, kalo di Indonesia bisa ditarik tunai lewat ATM. Jenis bantuannya pun macam2, ada yg untuk sekolah, ada yg untuk bantuan usaha. Nominal juga macam2. Cuma saya tak seberapa tahu kalo nominal Krn memang tak dapat 😊
alhamdulillah juga walaupun tak dapat kerna itu bermakna kamu tergolong dalam golongan tangga gaji besar. saya jarang dapat bantuan kerna nggak kerja dan biasanya bantuan hanya boleh dipohon guna nama suami. cuma kali ini semua boleh mohon, memang happy sangatla kami yang selalunya nggak dapat papa ini
PadamWah sayangnya hanya untuk Malaysia saja ya hehe.
BalasPadamIya hanya untuk malaysian saja wak
PadamSemoga rezekinya selalu dilancarkan
PadamAda Baki rm 65 je lg
BalasPadamAkak tinggal lagi RM30 je haha
Padamalhamdulillah emadani mama dah habis dah pon, takperasan qr scan MAE auto masuk emadani dulu huhu
BalasPadamsaya masih ada RM30 lagi mama. haritu nak cuba bayar bil guna t&g tapi tak dapat padahal ada lagi duit, bila fikir balik baru teringat yang itu duit emadani..patutlah tak boleh guna untuk bayar bil
Padamrasanya penggunaan tu ada yg boleh dan ada yg tak
Padam