Bermula dengan peperangan Palestin - Israhell, kemudian diikuti banjir yang melanda rumah emak dua hari lepas dan kini kes kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan berdekatan rumah saya akibat bermain air di kawasan dinaiki air, membuatkan hati saya tak henti berdoa. Kelihatannya tahun 2023 mempunyai lebih banyak cerita suka duka di saat tiba ke penghujungnya.
Banjir dan Lemas
Bersyukurnya saya kerana tahun ini, banjir yang melanda rumah emak tak terlalu besar..hanya di paras lutut saya sahaja. Dan kerja mencuci lantai dan selut cepat diselesaikan dengan bantuan daripada pemuda Jabatan Amal. Mereka ini walaupun melakukan kerja berat dengan mencuci lantai di rumah orang lain, namun masih menolak huluran tangan abah yang berisi duit belanja minum sebagai tanda terima kasih membantu kami yang tak punya kudrat untuk menguruskannya sendiri.
Saya amat berterima kasih kepada Jabatan Amal kerana sentiasa membantu kami di saat rumah ma dan abah dilanda banjir. Semoga Allah berkati jasa mereka dan semoga diberi kebaikan dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Tanpa bantuan mereka tentunya saya masih terkial-kial membersihkan rumah abah dan ma hari ini tanpa dapat mengemaskini blog yang dah hampir seminggu saya tinggalkan.
Alhamdulillah juga kali ini tak banyak barang emak yang ditenggelami air. Hanya peti ais sahaja yang ditenggelami air manakala barangan lain selamat dan masih utuh berada ditempatnya sebagaimana saat akhir kami tinggalkan rumah sebelum banjir berlaku. Walau bagaimanapun jalan perhubungan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu masih tak dapat dilalui akibat ditenggelami air dan saya terpaksa pulang ke rumah menggunakan jalan alternatif semalam.
Lemas
Setelah sampai ke rumah, saya pergi pula ke lokasi pencarian seorang kanak-kanak lelaki akibat lemas di kawasan berhampiran rumah. Meskipun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, namun kawasan sekitar masih diterangi lampu dengan kehadiran ramai penduduk kampung yang mengharapkan agar kanak-kanak itu cepat ditemui.
Pelajar berusia 11 tahun itu pernah saya temui pada tiga hari yang lepas ketika saya dan suami membawa anak-anak bermain di kawasan kejadian. Pada ketika itu, mangsa bermain bersama adiknya dan saya hanya terpandang wajahnya sekilas lalu namun suami sempat bercakap dengan beliau. Apabila kejadian ini berlaku, terkejut kami kerana mangsa tersebut adalah kanak-kanak yang kami temui sebelum ini.
Saya tak pasti samada ibu bapa kanak-kanak tersebut ada bersamanya atau tidak namun arus air memang sangat laju di kawasan itu. Sebab itulah saya dan suami mengawasi Auni dan Ameera saat bermain air. Kami juga sangat berhati-hati untuk melangkah kerana risau arus yang kuat mampu menolak kami masuk ke dalam sungai. Lagi pula, memang sudah beberapa kali berlaku kejadian lemas di kawasan tersebut sebelum ini. Jadi kami tak mahu ambil ringan walaupun seluruh kawasan kelihatan sedang berpesta dengan air yang mengalir di atas jalanraya.
Pada jam 11 pagi hari ini, jenazah mangsa telah berjaya ditemui berada di dasar sungai dalam keadaan meniarap dengan kedalaman air anggaran 150cm. Allahurabbi. Allah Maha Besar. In shaa Allah anak kecil itu akan terus masuk ke syurga Allah tanpa hisab. Semoga ibu bapanya redha dan semoga adiknya yang berusia 9 tahun membesar dengan kuat mental dan fizikal. Aamiin..
Inilah punca mengapa saya yang berangan-angan nak sentiasa update blog secara consistent tak dapat berpegang pada janji kerana keterbatasan waktu akibat perkara yang datang mendadak secara tiba-tiba. Menjelang banjir, kami dah mulai sibuk menyimpan barang untuk diangkat ke tempat tinggi, melakukan operasi berpindah dan sekarang terpaksa melalui fasa mencuci, mengemas kembali dan menyimpan. Sesiapa yang pernah melalui fasa banjir pasti faham benar keadaan yang perlu kami lalui ini.
Doakan semoga ma dan abah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik berpanjangan ya. Dan semoga arwah adik Harraz Ilman berada di kalangan orang beriman dan bertaqwa. Aamiin.
16 Ulasan
Semoga musibah banjir ini cepat berlalu
BalasPadamalhamdulillah..semua pps dah ditutup sekarang. terima kasih untuk doa wp :)
PadamAllahu akbar....
BalasPadamsalam takziah buat keluarga mangsa lemas tu...
hiba pula rasa... anak yang kita jaga selama ni pergi sebegitu...
semoga segala urusan rini sekeluarga dipermudahkan...
kami di sini doakan semoga banjir kali ni tak seteruk sebelum2 ini...
aminnnn
aamiin..alhamdulillah semua dah selesai. terima kasih untuk doa ya anies :)
Padamamin aminnn...
Padamso macam mana keadaan terkini?
tak apa
BalasPadamblog ni tak lari mana pun
yg penting urusan2 lain dpt dilakukan sebaiknya...
alhamdulillah semua dah siap diuruskan. baru hari ini saya dapat melawat ke blog anies, lepas ini in shaa Allah saya kerap blogwalking ke blog awak ya
Padamterima kasihhhh ;-)
PadamUjian yang kita dapat atau terima semuanya bawa kebaikan..sama ada percaya atau tidak...mudah-mudahan tahun 2024 lebih baik daripada tahun sebelumnya
BalasPadambetul tu, saya pun beritahu anak-anak begitu. sama macam konsep doa. kadang ada yang allah makbulkan dan ada yang tidak tapi keduanya adalah yang terbaik untuk kita kan
PadamTak sangka juga teruk sebenarnya banjir kali ni dari segi bilangan yang dipindahkan, cuma nampak bantuan agak lambat juga. Apa pun syukur banjir cepat surut dan harapnya tidak akan banjir semula.
BalasPadamsebenarnya banjir kali ini di rumah mak tak terlalu besar tapi dengar cerita di kelantan agak besar juga terutama yang duduk bersebelahan dengan thailand. semoga dijauhkan lagi banjir melanda kami, penat sudah mental dan fizikal menghadapi serangan banjir ini rasanya..aamiin
Padambesar dugaan org yg kena banjir ni, walaupun separas lutut tapi kalau ada selut semua mmg naya.. baguanya pemuda2 yg tolg bersih rumah tu. alfatihah buat adikyg meninggal . mama yg cuma baca je ni pn terasa trauma
BalasPadamalhamdulillah untuk semua permulaan yang agak menyedihkan di awal tahun baru dah berakhir mama. terima kasih untuk doanya ya :)
PadamSedihnyaaa baca yg ttg anak kecil itu 😔. Tak terbayang sedih ibu bapaknya ðŸ˜.
BalasPadamDah mulai musim hujan, saya pun kuatir ttg banjir. Juga ttg banyak virus dan penyakit yg selalu ada.
Saya baru balik dari east Europe, sampai Jakarta kemarin sakit 🤣. Ntah karena udara kotor lah ini. Atau karena sebelumnya terpapar suhu minus, tiba2 di sini suhu 30 🤣. Jadi badan langsung drop
Semoga THN baru ini banyaklah rezeki dan berkat untuk kita semua.
harapnya fanny dah kembali sihat dan semoga kita semua dimurahkan dengan rezeki yang berkat untuk tahun baru ini..aamiin
Padam