Tealive Support Israel? Betul Ke?

Hari ini saya terima satu email yang masuk melalui ruang pertanyaan di blog nurzariniismail.com yang berbunyi;


Hi, saya nk dptkan kepastian ya, td saya ingat nk order minuman dari Tealive, sblm nk order saya tny rakan kerja kalau dia nk pesan juga, skali dia jawab Israel, jadi saya terkejut dan tanya apa kena-mengena Tealive dgn Israel sbb Tealive tu kan local. Dia beritahu yg dia ternampak posting pasal Tealive support Israel, betul ke? Saya tny dia betul ke apa yg dia baca, katanya dia nmpk seimbas lalu posting tu kt Tiktok tp dia mcm x endah nk baca, jadi saya cuba check kt Internet klu betul tp x nmpk pula psl org posting pasal ni, so saya nk minta kepastian klu perkara ni betul dan saya terlepas pandang, sekian terima kasih.

 

Tealive Support Israel? Betul Ke?


Bila dapat soalan begini, saya terfikir yang saya tak layak pun nak jawab soalan beliau sebab saya sendiri tak kenal siapa founder bagi produk Tealive apatah lagi saya tak tahu pun samada pendirian founder tersebut menyokong Israel atau tidak. Tapi kalau saya tak cuba jawab soalan ini mengikut pengetahuan yang saya ada, rasanya seolah saya bersikap selfish pula.


Tealive Support Israel? Betul Ke?


Jadi meskipun saya bukanlah orang yang layak untuk jawab persoalan di atas tapi untuk mengurangkan sedikit kekusutan beliau, saya keluarkan pendapat mengikut pengetahuan terhad yang saya ada dengan bantuan Google ya. Kalau tak bersetuju, boleh beri pendapat di ruangan komen. Kita boleh sama-sama tambah ilmu tentang hal ini. Yang penting, gunakan bahasa sopan okeh :)



Tealive Support Israel Ke?

Sebelum menjawab soalan di atas, kita ambil tahu terlebih dahulu tentang sejarah Tealive. Diambil daripada blog ringgitplus.com, Tealive sebenarnya bermula apabila Bryan Loo iaitu seorang usahawan muda yang lahir di Perlis membuka francais Chatime di Malaysia. Walau bagaimanapun beliau akhirnya disaman oleh syarikat induk Chatime yang beroperasi di Taiwan apabila beliau dikatakan melanggar syarat kontrak seperti yang telah dipersetujui sebelum itu. 


Tealive Support Israel? Betul Ke?


Bryan Loo kemudian menjenamakan semula hampir kesemua cawangan Chatime miliknya yang terdapat di Malaysia dalam masa  yang singkat dengan menukarkan namanya kepada Tealive. Inilah permulaannya Tealive terbina, ia bermula daripada Malaysia membawa sehingga ke seluruh dunia termasuk Australia, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. 


Jadi kalau ditanya adakah Tealive milik Israel? Tidak, ia milik orang Malaysia. Tetapi adakah Tealive support Israel? Sesungguhnya saya tidak tahu apakah pendirian Bryan Loo dalam hal ini, samada beliau menyokong Israel atau tidak.


Jadi Boleh ke Beli Tealive?

Walaupun begitu, saya tak sangsi untuk terus membeli Tealive kerana Tealive tak keluarkan apa-apa kenyataan yang boleh buatkan saya tawar hati untuk menyokong produk mereka. Tidak seperti Grab, saya akhirnya dah berjaya uninstall aplikasi Grab di handphone dua hari lepas akibat kenyataan foundernya yang tanpa segan-silu menyokong Israel laknatullah. 


Tealive Support Israel? Betul Ke?


Kalau sebelum ini, saya memang selalu top up Grab untuk isi minyak menggunakan Setel, tapi setelah berlaku kes founder Grab memecat pekerjanya akibat memarahi warga Singapura yang mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak di Malaysia pada bulan Jun yang lalu, saya akhirnya berhenti menggunakan aplikasi Grab. Namun pada ketika itu saya masih belum memadam aplikasi tersebut yang terdapat d dalam handphone.


Sehinggalah keluarnya kenyataan Anthony Tan iaitu founder Grab yang merupakan warganegara Malaysia beberapa hari lepas. Dalam postingnya di sosial media, beliau dengan jelas menunjukkan sokongannya kepada Israhell. Jadi saya tak tunggu lama terus uninstall aplikasi Grab di handphone. Kalau sebelum ini saya ada terfikir 'tak payahlah delete app sebab mungkin nak guna lagi, lagipun points pun banyak', tapi lepas kenyataannya itu, saya tak fikir nak terus support Grab. Jadi goodbye lah Grab..


Btw kalau awak pening nak boikot produk mana yang pro Israel, boleh lihat di ---> Senarai Produk Makanan dan Barangan Israel untuk Diboikot.


Walau bagaimana pun saya tak tahu samada pendirian founder Tealive menyokong Israel atau tidak. Namun jika pada suatu hari nanti beliau keluarkan kenyataan menyokong Israel, tentulah saya tak teragak-agak untuk masukkan Tealive ke dalam list minuman untuk diboikot. Sehingga ke saat ini, saya masih percaya yang Tealive tak support Israel dan saya masih mahu membeli Tealive.


Posting Tentang Tealive Support Israel di Tiktok

Saya telah buat carian di Tiktok dan tak jumpa walau satu posting pun yang menunjukkan Tealive support Israel. Walau bagaimanapun saya ada jumpa satu video yang menunjukkan minuman Tealive dengan caption 'company doesnt supp*rt gen*cide'. Mungkin sahabat kepada si penanya tersilap pandang pada caption dan buat kesimpulan awal yang Tealive support Israel. Entahlah, mana saya tau kan sebab saya cuma agak saja. Apa-apa pun kena tanya member tu balik untuk elakkan kecelaruan ya.


Tealive Support Israel? Betul Ke?


Harapnya tulisan saya yang panjang lebar ini menjawab pertanyaan saudari. Maaf kalau ada kesalahan atau kekurangan kerana saya juga hanya membuat penilaian melalui pembacaan yang minimum. Semoga Palestin beroleh kemenangan dan zionist Israhell laknatullah mendapat kekalahan besar dan mendapat balasan setimpal di dunia dan akhirat. Aamiin..

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Balasan
    1. gak benar mas, haha. silakan baca sehingga habis ya

      Padam
  2. Rasanya rakan si penanya tu tersilap pandang la... sebab nampak logo richiamo tu pun ada sekali dgn tealive, richiamo tu kan kan mmg produk muslim xkanlah kan... selagi xde statement dpd founder tealive, kita beli je

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun agak macam tu sebab kalau tengok sekali lalu memang ingat video tu kata tentang produk yang support israel, lagipun tulisan tak berapa clear jugak kat situ

      Padam
  3. betul tu sblm nk boikot melulu, lebih baik buat research sikit.. kena rajin sikit lah kan akak.. TQ kak share psl tealive ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. risau jugak kalau terboikot produk yang bukan pro israel, tak pasal sales mereka jatuh, kesian pulak. harap posting ni membantula sikit mereka yang nak beli tealive lepasni

      Padam
  4. Ammi masih belum uninstall apps Grab sbb masih banyak baki dalam tu dan nak habiskan reward juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. plan saya dulu nak collect points bebanyak sebab tu guna grab tapi bila tengok foundernya terlalu angkuh mendongak dada, rasa macam takyahla collect points. semua duit dalam app saya guna buat isi minyak lepastu terus tutup akaun

      Padam
  5. Aaamiiin, saya pun selalu berdoa utk saudara2 kita di Palestina.

    Selagi ada produk lokal yg jelas2 tidak memihak ke isra.hell, bagus kita pakai itu saja.

    Kalo tealive tidak ada satu statement apapun ttg dia pro si isriwil atau tak, tak apalah ttp beli. kec ada statement tak sengaja yg membela.

    Di Indonesia LG ada case heboh kak. Salah brand skincare lokal terkenal SCARLETT, lagi diboikot Krn owner-nya tak sengaja buat pernyataan sampai menangis kalo dia sedih dengan kondisi perang yg skr. Tapiii, video yg dia pakai utk menekankan rasa sedihnya ternyata video dari sisi isriwil 😅. Yg artinya sudah jelas dia pro ke sana . Krn blunder nya itu, akun Scarlett dan akun dia juga langsung ramai dikecam. Padahal produk mereka lumayan hype. Untung saya tak pakai 😅.

    Kalo Kaka uninstall grab, ada alternatifnya kah? Kalo di indonesia masih ada Gojek dan Bluebird untuk taxi. Jadi memang tak terlalu pusing utk alternatif. Saya sendiri selalu pakai Bluebird Krn taxi nya tak mahal, pakai meter dan mobil juga nyaman. Driver pun LBH sopan drpd driver gocar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama macam kes grab di malaysia ni wak. grab upload post sedih dari sisi israel. jadi memang nampak yang dia pro israel. hasilnya kena boikot tapi grab cuba nak ambil hati dengan derma pulak pada palestin tak silap 1mill tapi damage has been done kan, people still dont belive them.

      Akak tak install alternatif grab pun sebab just install grab haritu nak dapat point je sambil shopping. Bila dah takde grab, just shopping macam biasa tapi takde points collect dah la

      Padam
  6. Persoalan boikot amat kompikated sebenarnya...apabila kita boikot sesuatu produk...jualan akan terjejas dan beri kesan kepada ramai pihak ternasuk tauke itu sendiri...orang yabg terjejas teruk sudah tentu pekerja dan tauke akan rasa juga tempiasnya...namun kebaikan boikot ini memebri rasa takut kepada pihak yang berkaitan kerana kuasa beli itu datang dari orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, satu lagi untuk tambahan, bila boikot ni orang akan mula cari local brand untuk buat belian. jadi secara tak langsung boleh naikkan market local brand which is good kan sebab bila cukup waktu depa bantu orang susah dengan bayaran zakat pulak

      Padam
  7. kalau grab tu mmg terang2 dah. bini dia tu pun org israel kan? bla tau ttg hal ni sy terfikir no wonder grab cpt bnr dpt msk pasaran saham US. pasti ada tgn2 ghaib yg mempercepatkan usaha tu. kalau fasal tealive ni so far x de dgr apa2 lg. tp sy mmg dah lama x minum tealive heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thumbs up...saya pun tak gemar Tealive. Lbh support produk Muslim spt Coolblog, Mokti's dll. Baik Tealive@ Chatime saya Pangkah ..BMF.

      Padam
    2. saya pun dah lama tak minum tealive anies tapi harap orang tak boikot la tealive ni sebab bukan sekutu israel yang kita tau kan. pasal founder grab tu betul apa awak cakap tu, memang laju naiknya siap masuk nasdaq lagi. tentu ada yang bantu tu..

      Padam
    3. saya support mana2 brand yang tak support israel srikandi tapi kalau favourite memang coolblog instead of tealive sebab harga pun lebih mesra poket

      Padam
  8. Balasan
    1. gak sama, chatime daripada taiwan while tealive dari malaysia mas

      Padam
  9. bab boikot ni susah nak kata.. kalau mcm ada brg yg kita boleh elak beli, elakkan.. buat mana yang boleh, jgn tak buat langsung kan.. tapi sebelum yu kaji dulu... liez ni nasib xberapa minat minuman-minuman mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memang suka minum boba brown sugar tapi jarang jugak nak beli sebab pernah minum dulu almost everyday terus naik berat haha, jadi sekarang bila betul2 teringin je baru beli

      Padam
  10. Berhati2 juga sekarang ni ada yang pukul rata, semua yang mahal2 support Israel walhal banyak juga company local.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya pun kalau nak membeli sekarang akan check dulu samada pro israel atau tak. Taknak support israel supported product tapi taknak jugak buat local produk terkesan kalau kita salah buat tanggapan yang barang mereka tu support israel kan

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail