Qunut Nazilah | Usaha Kecil untuk Pembebasan Palestin

Qunut Nazilah adalah sesuatu yang saya baru tahu tahun ini. Saya pun masih tak hafal bacaan qunut nazilah ini tapi anak-anak dah expert menghafal dan membaca. Di sekolah, cikgu pasangkan bacaan qunut nazilah setiap hari sebagai salah satu amalan doa untuk saudara kita di Palestin.


Hati saya asyik terdetik, apalah yang saya boleh lakukan lagi untuk membantu Palestin yang ditindas. Selain share post tentang kekejaman Israhell di social media, boikot produk barangan Israel dan doakan pembebasan Palestin setiap kali selepas solat, rasanya macam terbatas sangat usaha yang saya boleh lakukan. Usaha kecil apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu Palestin?


Qunut Nazilah | Usaha Kecil untuk Pembebasan Palestin


Tapi persoalan saya itu seolah terjawab semalam ketika saya sedang mendengar radio IKIM fm. Salah satu ayat yang buat saya terngiang-ngiang di telinga adalah jangan berhenti berdoa. Allah lebih sukakan orang yang memohon dan merayu kepadanya dan Allah sentiasa mendengar rayuan hambanya. 


Allahu..saya dapat jawapan terus kepada persoalan saya. Jangan ada keraguan dengan Allah dan jangan berhenti berharap dan berdoa. Walaupun sakit melihat penindasan yang dilakukan oleh Israel laknatullah tapi doa adalah senjata orang mukmin. Tiada daya upaya kita, hanya Allah yang Maha Perkasa dan Maha Membalas.


Qunut Nazilah dan Doa

Di hari Jumaat yang penuh berkah, diiringi hujan renyai-renyai seawal pagi, rasanya eloklah saya kongsikan serba sedikit maklumat tentang qunut nazilah. Saya pasti ramai yang dah tahu dan hafal doa bacaan qunut nazilah, tetapi dengan harapan untuk mengumpul sedikit pahala dan mendapat keredhaan Allah, saya juga ingin kongsikan berkaitan qunut nazilah di blog ini. Mana tahu perkongsian yang sedikit ini menjadi asbab saya mengumpul pahala berpanjangan nanti..in shaa Allah, aamiin..


Diambil daripada laman web Harakahdaily, qunut membawa maksud berdiri dalam solat manakala nazilah pula bermaksud musibah yang sangat berat. Jadi boleh disimpulkan bahawa qunut nazilah adalah doa khas yang dibaca ketika sedang solat untuk memohon bantuan Allah saat sedang ditimpa bencana, wabak penyakit atau serangan musuh.


Nabi Muhammada saw pernah membaca qunut nazilah ketika berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat nabi yang merupakan penghafaz al-Quran daripada golongan Ansar dalam peristiwa ekspedisi dakwah ke Bir Ma'unah (sumber wiki). Nabi Muhammad juga membaca qunut nazilah selama sebulan secara berterusan. Cuba bayangkan, nabi sendiri berdoa tanpa henti takkan lah kita pula nak berhenti berdoa kan.


Cara Baca Qunut Nazilah (sumber wiki)

  1. Qunut boleh dibaca dalam setiap lima waktu sembahyang fardhu ketika ditimpa bencana dengan cara mendoakan kebaikan untuk orang Islam dan kehancuran dan laknat ke atas orang kafir.
  2. Qunut nazilah dibacakan ketika ikhtidal selepas rukuk pada rakaat terakhir (sama seperti membaca doa qunut Subuh tapi digantikan dengan doa qunut nazilah).
  3. Sunat membaca qunut nazilah selepas bacaan qunut harian.
  4. Disunatkan imam membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum.


Doa Qunut Nazilah


اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا، ونعوذ بك من شرورهم، اللهم بدد شملهم، وفرق جمعهم، وشئت كلمتهم، وزلزل أقدامهم، وسلط عليهم كليا من كلابك يا قهار، يا جبار، یا منتقم يا الله، یا الله، یا الله، اللهم يا منزل الكتاب، ويا مجري الشحاب، ويا هازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم


Bacaan qunut nazilah dalam rumi,

Qunut Nazilah | Usaha Kecil untuk Pembebasan Palestin

Allahumma Inna Naj-Aluka Fi Nuhuri Ak-Da’ina. Wa Na-Uzu-Bika Min Syuru-Rihim, Allahumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-Ahum Wa Syattit Kalimata-Hum Wa Zal-Zil 'Aqda-Mahum, Wa Sallit Alayhim Kalban Min Kilabik, Ya Qahhar, Ya Jabbar Ya Muntaqimu Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah. Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab, Ya Mujriyas-Sahab, Ya Hazimal Ahzab Ihzim-Hum Ihzim-Hum. Ihzim-Hum..Wan-Surna 'Alayhim.


Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami! Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan kepada mereka anjing-anjingMu! Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa! Wahai Tuhan Yang Maha Gagah! Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Wahai Tuhan yang mengerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Kalahkanlah Mereka, Menangkanlah kami ke atas mereka.


Marilah kita sama-sama mendoakan kemenangan Palestin agar bebas daripada belenggu zionist terlaknat Israel. Semoga juga negara sekutu Israel mendapat juga balasan setimpal kerana tak berusaha mempertahankan Palestin daripada terus dibom dan dibedil secara bertalu-talu. Ini adalah kekejaman yang dipertahankan oleh pemimpin besar dunia, semoga mereka mendapat kesan yang maha dahsyat kerana membenarkan genocide berlaku. Kucing mati dibaling batu pun dah cukup buat kita sakit hati, ini pula berpuluh ribu mati sebab dibom pun para pemimpin dunia masih diam membisu. Betul-betul memalukan.


From the river to the sea, Palestine will be free! Free Palestine!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. sy mula kenal qunut nazilah ms form 1. ddk asrama subuh kn solat kat surau. so time tu palestin tgh bergolak jg. so ustaz hari2 baca qunut ni so secara tak langsung kami boleh jd smpi hafal. alhamdulillah masih igt smpi skrg. kalau x bacakan utk palestin, bacakan jg utk saudara2 kita di syria, yaman dan di mana2 sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, dalam keadaan kita ditindas pun boleh baca juga kan. saya masih bertatih menghafal. maklumlah orang dah tua, lambat nak menghafal..huhu

      Padam
    2. x pe boleh buat slow2... insya allah lama2 boleh hafal dgn jayanya💪

      Padam
  2. Honestly bacaan qunut tidak banyak dilakukan oleh Orang2 di sini kak..mungkin Krn Mazhab berbeda, saya tak tahu juga. Saya tau bacaan qunut, tapi dari kecil sampai skr, lingkungan saya memang tidak menggunakan ayat itu stiap sholat.

    Skr, sejak peristiwa Palestine ini, saya jadi banyak dengar lagi ttg qunut nazilah ini. Setelah baca artinya, merinding, terasa kuat sangat efek doanya. Krn itu saya nak coba pelan2 hapalkan, dan baca dlm sholat. ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke? qunut subuh atau qunut nazilah? kami di sini baca qunut nazilah sejak peristiwa palestine di bom tahun ni. sebelum ini takde pun bacaan qunut nazilah di sekolah. semoga kita juga dapat menghafal bacaan qunut ini sama-sama ye

      Padam
  3. jgn putus asa, kita teruskan berdoa. buat apa yg mampu utk saudara kita di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah tak berhenti lagi berdoa untuk kemenangan Palestin setiap kali lepas solat. Semoga lah zionist israel diberi kekalahan besar dan memalukan mereka..aamiin

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail