Bing Image Creator | Cara Buat Gambar Sendiri dengan AI

Baru terjebak!


Super excited bila saya pertama kali cuba teroka Bing Image Creator untuk hasilkan gambar AI. Kalau dulu, saya gunakan ChatGPT untuk hasilkan gambar AI..sekarang saya boleh buat gambar AI juga dengan gunakan Google Bing. Tapi memandangkan saya masih dalam proses cuba jaya, jadi banyak lagi yang saya taktau. Cuba tengok gambar kat bawah, cantik tak? Ia adalah gambar yang saya buat menggunakan Bing Image Creator.


Bing Image Creator | Cipta Gambar Sendiri dengan AI

Bing Image Creator | Cipta Gambar Sendiri dengan AI

Senanglah lepasni. Kalau nak update blog tapi takde gambar, saya boleh buka Bing Image Creator dan buat gambar sendiri tanpa perlu nak cari gambar kat Google lagi. Bila ambil gambar dalam Google, kita kena kasi kredit pada owner gambar dengan cara mention source gambar yang diambil. Kalau tidak, kita boleh disaman kalau tuan gambar tak suka gambarnya diguna pakai oleh orang lain. Atau mungkin juga kita akan dimaki oleh owner gambar sebab guna gambar mereka tanpa izin.


Jadi lepas ini, tak perlu ambil gambar orang lain lagi. Kita buat gambar sendiri menggunakan Bing Image Creator.


Bing Image Creator

Awak dah tau ke belum pasal Bing Image Creator ni? Kalau belum, jom saya cerita sikit tentang Bing Image Creator. Ia merupakan satu tools yang boleh digunakan untuk mencipta gambar dengan cara mengubah teks kepada gambar atau disebut sebagai text-to-image dengan bantuan artificial intelligence (AI). Kita cuma perlu masukkan teks sebagai arahan kepada AI untuk hasilkan gambar yang kita kehendaki.


Dilancarkan pada 21 Mac 2023, Bing Image Creator tercipta hasil kerjasama antara Microsoft dan OpenAI dengan bersandarkan DALL E sebagai salah satu program yang mengolah gambar AI. Walau bagaimana pun, hanya PC dengan windows 10 dan 11 sahaja yang boleh mengakses program ini. 


Awak ingat tak, viral di Instagram dan Twitter sebelum ini poster individu yang menjadikan karakter diri mereka sendiri sebagai watak dalam filem Disney. Awak pun boleh macam tu tau, caranya? Gunakan Bing Image Creator lah untuk hasilkan poster tersebut. Saya pun tak terlepas untuk buat sama. Kalau awak nak cuba buat jugak, boleh ikut step kat bawah ni ye.


Bing Image Creator | Cipta Gambar Sendiri dengan AI


Cara Buat Gambar Guna Bing Image Creator

  1. Buka Microsoft Edge (yang ni biasanya ada di dekstop).
  2. Di laman carian, taipkan Bing Image Creator. Klik.
  3. Log masuk pada akaun Microsoft awak. Kalau tak pernah buka akaun, boleh daftar akaun baru. 
  4. Pada bahagian atas, ada kotak untuk menulis teks arahan. Masukkan teks ini,

Disney pixar movie poster about zarini. Please make the poster ambient like ‘Up’ movie. The character in the poster is a woman who works as a typist. The woman wear scarf to cover her hair and wear glasses with books on hand. The poster has a building background. 3D animation. 


Akhir sekali tekan create dan gambar awak akan keluar seperti mengikut arahan yang diberi. Ada beberapa pilihan gambar yang diberi, jadi awak boleh save gambar yang paling awak suka. By the way, awak boleh tukar teks kat atas ikut kehendak sendiri, contoh tukar nama saya tu kepada nama awak dan pandai-pandai sendiri nak letak pekerjaan apa okeh!


Tapi sayang seribu kali sayang, nak buat gambar menggunakan Bing Image Creator ni ada had limit juga tau. Di sebelah kanan kotak untuk menaip teks arahan, ada simbol petir berwarna oren. Tiap kali bila kita dah hasilkan gambar, bilangan nombor di sebelah petir akan berkurangan. Tanda petir itu merujuk kepada bilangan gambar yang boleh kita hasilkan dengan kelajuan tinggi. Bila bilangan nombor pada petir dah habis, ia bermakna gambar yang kita hasilkan akan ambil masa yang panjang untuk dihasilkan.


Walau bagaimanapun, ia akan kembali di reset kepada nombor asal iaitu 15 pada keesokan hari. Jadi kalau hari ini awak dah gunakan kesemua 15 petir, janganlah risau. Kembali semula pada hari seterusnya okeh! Petir ini juga boleh dibeli jika mahu tapi kenapa nak beli kalau boleh dapat percuma?Kecualilah kalau awak memang bekerja dalam bidang yang perlu hasilkan banyak gambar baru, jadi membuat belian adalah yang terbaik.


Bing Image Creator | Cipta Gambar Sendiri dengan AI

Ha, itulah serba sedikit yang saya faham tentang Bing Image Creator ini. Nak cerita panjang lebar pun, saya sendiri tak berapa tahu. Kalau ada tambahan informasi nanti saya akan tambah kemudian ye. Jadi jom cuba buat gambar sendiri.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. perasan juga orang selalu buat gambar kartun gitu... kira viral gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kan, dulu taktau diorang amek dari mana. sekarang baru tau rupanya kat bing image ni

      Padam
  2. saya kalu buat nak muka ala2 miss universe gituuuu🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau gambar awak ala miss universe, kita nak jadi tukang pakaikan crown kat kepala miss universe tu la ahaha

      Padam
  3. teknologi ni mmg di luar pemikiran kita, kan kalu kita berada di 10 thn yang lps...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, banyak kelebihan dan keburukan teknologi sekarang tapi harapnya kita tak tersalah gunalah kan

      Padam
    2. tunlaa gunakan sebaiknya. bkn utk bertujuan negatif lg merosakkan

      Padam
  4. Yalah kan...lepas ini saya pun nak create gambar sendiri untuk kegunaan blog...terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang baru ini

    BalasPadam
  5. Teman saya sudah banyak yg coba, tapi saya belum 🤣🤣. Dulu pernah buat dari PicsArt kak. Cuma bukan pakai sistem text to image. Melainkan kita kasih foto yg mau diubah jadi image AI. Cuma hasilnya tak seperti saya, terlalu cantiiiik, yg ada saya malu nak pajang 🤣🤣. Dahlaah, sejak itu tak coba lagi hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ada ya feature dalam Picsart boleh convert foto to image AI? Tak pernah coba lagi. Tapi jika AI gambar mu terhasil begitu cantik, enggak papa lah. Itu tandanya AI pun approve yang kami itu cantik, seharusnya kamu setuju aja sama pandangan AI hihi

      Padam
  6. menariknya. tapi kan.. semua ni mama tak biasa guna spt ms edge tu mmg tak penah tau apa function dia hihi.. tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. ms edge tu di bawah microsoft mama, cumanya komp/laptop dengan latest microsoft 10/11 saja yang boleh akses bing image creator ni

      Padam
    2. oo ok boleh cuba nanti. cantik gambar2 ai tu

      Padam
  7. jadi pengin coba ... karena kemarin coba tapi bukan pake yang ini kelihatan e kurang maximal

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha sila coba wak, semoga hasil akhirnya keren ya

      Padam
  8. wow... sgt membantu... sy br tau bing image creator ni... tq rini

    BalasPadam
    Balasan
    1. welkem kakmim, jom kita sama-sama tambah gambar AI dalam library!

      Padam
  9. Banyak implikasinya AI ni, lepas ni orang yang buat arts dah susah nak cari makan, gambar2 dari kamera pun jadi kurang nilainya melainkan untuk koleksi peribadi sahaja. Tq sharing, nanti boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak tu tapi kalau pandang dari positive side, kerja kita as a blogger jadi lebih senang sebab boleh hasilkan gambar dalam sekelip mata. btw saya post artikel latest di blog ini guna gambar daripada bing image creator..hihi

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail