Menjerit ketakutan saya dan suami bila tiba-tiba beberapa ekor biri-biri datang menyerbu sebaik kami jejakkan kaki ke dalam The Sheep Sanctuary Cameron Highlands.
Kenapa biri-biri ni berani sangat? Kami yang takut bila kena serbu macamtu!
Pengalaman pertama kali masuk ke The Sheep Sanctuary di Cameron Highlands tentunya tak dapat dilupakan saya dan keluarga terutama sekali Auni dan Ameera. Sebaik saja nampak biri-biri berlari ke arah kami, budak berdua tu dah start menjerit dengan suara nak menangis. Siapa tak cuak kan bila tiga empat ekor biri-biri datang ke arah kami sambil buka mulut. Menjeritlah kami satu keluarga.
The Sheep Sanctuary Cameron Highlands
Rupa-rupanya baru kami tau semua biri-biri di sini memang dah target bila nampak kotak makanan di tangan pengunjung bermaksud ada makanan untuk mereka. Padanlah beberapa ekor biri-biri berlari ke arah kami sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam The Sheep Sanctuary sambil buka kotak makanan. First experience memang gabra beb.
Pada awalnya, semua geli nak beri makanan pada biri-biri sebab tangan bertemu dengan mulut dan air liur mereka tapi bila dah biasa, kami pula yang tambah beli makanan untuk diberi pada biri-biri. Suami bayar RM38 keseluruhan bagi tiket masuk dua dewasa dan dua kanak-kanak. Kami turut diberi dua kotak makanan biri-biri dalam bentuk dedak. Bila masuk ke The Sheep Sanctuary, kami beli lagi makanan tambahan untuk diberi kepada biri-biri sebanyak RM10 dalam bentuk rumput panjang. Harga bagi tiga kotak makanan adalah RM10 dan RM4 untuk sekotak.
Keluasan The Sheep Sanctuary ini taklah begitu besar tapi keseronokan memberi makanan kepada biri-biri menyebabkan kami habiskan masa hampir dua jam di sini. Walaupun panas terik, namun cuaca di Cameron yang sejuk dengan kehadiran biri-biri yang manja buatkan kami tersenyum daripada saat mula-mula masuk sehinggalah keluar untuk pulang.
Tempat Menarik Cameron Highlands Wajib Pergi
Bukan saja biri-biri, kehadiran alpaca dengan leher panjang dan bulu menutupi mata juga mencuit hati kami. Setiap kali makanan masuk ke dalam mulut alpaca, terasa giginya yang keras bertemu dengan jari jemari kami. Geli tapi comel! Kelebihan leher panjangnya buatkan alpaca sentiasa berjaya mencuri makan rumput yang digenggam di tangan. Penat tau nak lari daripada mereka ni.
Tanpa segan silu alpaca akan terus menghala ke arah tangan jika ternampak kami menggenggam makanan. Sehinggalah kami terpaksa buat pusingan 360 darjah untuk elakkan daripada alpaca mencuri makan di sekeliling kami. Nak selamatkan makanan, terpaksalah genggam kuat-kuat sambil berpusing :P
Apa yang paling saya elakkan di sini adalah bahan buangan biri-biri terutama air kencing. Tanpa amaran, mereka akan menyahtinja di mana saja mereka berada sebaik pundi penuh. Jadi hati-hati bila berada di sekeliling mereka. Nasib tak baik, terkenalah pancutan air kencing si biri-biri atau kalau tak berhati-hati masa berjalan, terpijaklah coklat berbentuk bulat kecil hasil perkumuhan mereka.
Setelah penat habiskan masa bersama biri-biri serta alpaca, kami ke ruang atas The Sheep Sanctuary pula untuk makan aiskrim Cameron Highlands sambil menikmati pemandangan dari atas. Macam-macam pilihan aiskrim berjenama PUKU ada dijual dan kami ambil perisa aiskrim coklat, mangga, strawberry dan keledek manis. Tapi yang paling sedap bagi saya dan suami adalah aiskrim perisa coklat. Setelah makan, kami turun lagi untuk kembali bergambar dengan biri-biri.
Tapi kami berjaya ambil gambar macam yang kami nak di ---> Ladang Teh BOH Sungai Palas sambil tengok pekerja petik daun teh.
Kalau awak nak pergi ke The Sheep Sanctuary, lokasinya sangat senang dicari. Terletak di kawasan Kea Farm, The Sheep Sanctuary berada di seberang jalan berhampiran dengan kedai PUKU aiskrim. Jadi masa tengah beli barang di Kea Farm, bolehlah masuk juga ke The Sheep Sanctuary untuk cuci mata sambil beri makan kepada biri-biri. Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang, saya sarankan awak untuk pergi ke The Sheep Sanctuary ni pada weekdays untuk elakkan kesesakan dan traffic jam yang tinggi.
10 Ulasan
memang akan terkejut bila diserbu mcm tu hehehe
BalasPadamserius rasa nak lari awal2 kena serbu tu :D
PadamNampak gemuk dan jinak biri2nya
BalasPadambulu gebu masing2 tapi ada je yang dah kena cukur bulu, tapi yang penting semua jinak ye
Padampernah pergi masa awal-awal dia buka.. waktu tu ada kambing je.. skrg dah ada banyak binatang. ada llama lagi
BalasPadamOh, mesti time tu kosong lagi kan? Sebab saya tengok gambar kat internet, padang rumput tengah2 tu pun belum ada rumput
Padamhaiwan2 tu excited nmpk kita dtg bw rezeki utk diorg.
BalasPadambagus pihak pengurusan buat aktiviti mcm ni. bkn shj dpt dekati haiwan, pd ms sm dpt memupuk rasa kasih terhadap haiwan2 mcm ni... ye laa... org ramai bela kucing anjing... kannn..
aah betul tu. Lepastu nampak la tempat tu terjaga je dengan biri-biri semua gemuk makan cukup. Paling kurang lain dari kebiasaan pengunjung boleh experience kan
PadamMereka selalu diberi makan, Krn itu jadi manja yaaa 😄. Belum sempat saya ke Cameron Highland nih. Bebrapa kali nak kesana, tapi cancel selalu. Nanti nak ajak anak2 main kesana. Pasti senang mereka lihat sheep manja begini 😄
BalasPadamIya, lepas ni boleh cuba ke Cameron ya. Nyaman sekali di sana
Padam