Eh, ada orang petik daun teh lah! Ambik gambar cepat sayang!
Haha, excited tau bila first time nampak orang petik daun teh live depan mata. Walaupun dah banyak kali masuk ke ladang teh BOH ni (tak silap rasanya dah empat kali masuk ke sini) tapi baru kali ni kami berjaya tengok pekerja ladang petik daun teh masa kami di sana. Itu yang excited tu.
Hari sebelumnya kami ke --> The Sheep Sanctuary untuk tengok biri-biri jinak.
Bila dah tengok depan mata tu, barulah saya tau rupanya ramai orang lelaki warga asing yang jadi pemetik daun teh. Saya ingatkan sebelum ni ramai kaum wanita India yang buat tugasan ini. Nasib baiklah kami masuk awal ke ladang teh, dapatlah tengok mereka yang sedang bekerja. Perjalanan pagi itu tak sesak, dapat tengok orang petik daun teh dan bergambar kat tempat best tanpa masalah gambar kena bom (photobomb).
Ladang Teh Boh Cameron Highlands
Disebabkan lokasi ladang teh yang kami pergi ni berhadapan dengan hotel penginapan kami iaitu Nova Hotel, jadi tiada masalah untuk kami keluar awal untuk naik ke ladang teh. Seawal jam 8 pagi lagi, kami dah berada dalam perjalanan menghala ke Ladang Teh BOH Sungai Palas. Kami tak keluar untuk sarapan pagi kerana memang niat awal kami untuk breakfast di cafe yang terdapat di ladang teh.
Seronok dalam perjalanan ke ladang teh kali ni kerana kami tak bertembung dengan kereta yang ingin keluar, jadi jalan tak sesak dan perjalanan kami lancar sahaja. Maklumlah jalan menuju ke ladang teh kan bengkang bengkok dan hanya ada satu jalan sahaja untuk keluar dan masuk Jadi bila masuk awal pagi, kenderaan masih tak banyak dan semua kenderaan masih dalam mode mahu masuk ke ladang. Dapatlah kami menikmati pemandangan di ladang teh dalam perjalanan santai.
Sedang suami memandu, saya terlihat ada kawasan ladang teh yang dipenuhi dengan pemetik daun teh. Saya beritahu suami dan suami kata, itu bukan orang tetapi guni. Jadi dengan kuasa zoom pada handphone, saya snap beberapa keping gambar dan barulah suami percaya yang itu adalah pekerja yang sedang memetik daun teh.
Pemandangan Ladang Teh Cantik di Waktu Pagi
Walaupun kami keluar awal tapi pada jam 8.30 pagi, matahari dah menyinari kami di sepanjang perjalanan. Nasib baiklah suhu di Cameron Highlands sejuk meskipun cahaya matahari terik memancar. Di setiap lokasi yang nampak menarik, kami berhentikan kereta untuk turun bergambar. Belum sampai lagi ke tempat parkir kenderaan di kaki gunung menuju ke restoran, kami dah berhenti tiga empat kali untuk bergambar.
Tak ada apa yang berbeza di ladang teh kali ini, sama saja macam keadaan sebelum ini yang kami pernah lawat. Cuma bezanya kali ini kami masuk awal pagi pada hari bekerja. Jadi mungkin sebab itulah kami dapat perjalanan yang tak terasa memenatkan. Kalau sebelum ini, nak sampai ke tempat parkir kereta pun makan masa sehingga lebih setengah jam walaupun memandu tanpa henti, namun kali ini rasanya perjalanan kami sangat lancar.
Sebaik sampai di tempat parkir kereta, kami masing-masing bersiap dengan topi setiap seorang. Dalam cuaca panas terik begitu, kami bersedia dengan topi kerana tahu perjalanan kami tidak akan mudah tanpa bantuan topi bagi melindungi wajah daripada terik mentari. Untuk naik ke cafe, kami perlu mendaki anak tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke lokasi dituju. Jadi kekuatan tenaga juga sangat diperlukan.
Bagi warga tua yang tak berapa larat nak mendaki anak tangga hingga ke atas, mereka boleh menaiki jeep yang disediakan di ruangan parkir. Tak pasti berbayar atau tak tapi yang pasti kami ada nampak makcik-makcik duduk dalam jeep untuk naik ke cafe. Jadi kalau malas nak berjalan, naik je lah jeep kan. At least dapat jugak sampai ke puncak.
Cafe Ladang Teh BOH
Sebaik sampai ke atas, suami dah warning siap-siap jangan beli aiskrim lagi sebab saya pantang nampak aiskrim. Hari sebelumnya saya dah habiskan RM26 semata-mata untuk beli aiskrim, jadi suami dah sound sesiap untuk tak beli lagi untuk hari itu. Kami juga tak pergi ke bahagian gallery BOH sebab dah pernah masuk sebelum ni, lagipun perut dah berkeroncong makanya lajulah langkah kaki menapak terus ke cafe yang disediakan.
Suami makan nasi lemak pandan dan saya pula makan bihun soto. Kami dah pernah rasa scones di situ sebelum ini dan rasanya tak berapa kena dengan tekak, jadi kami tak ambil scones. Lagipun kami dah plan nak makan scones di KHM pada keesokan hari. Untuk anak-anak, suami belikan donut oreo dan coklat muffin. Plannya kami nak cuba masala chai teh di sini tapi tak dijual pula. Jadi saya cuba teh cham tapi nampak gayanya kami terpaksa ke ladang teh Bharat keesokan hari untuk minum teh masala chai mereka yang pekat dan berlemak.
Tempat Menarik Wajib Pergi di Cameron Highlands
Ladang Teh BOH Sungai Palas ni adalah antara tempat menarik yang ada di Cameron Highlands wajib dilawati sekiranya awak tak pernah pergi lagi. Pengalaman tengok sendiri ladang teh dan bergambar di lokasi yang instagrammable tentunya tak patut dilepaskan. Lagipun sambil bercuti bolehlah exercise sikit, kan dah banyak makan sedap je sepanjang bercuti. Jadi bila kena berjalan untuk naik anak tangga ke puncak, elok juga untuk kesihatan.
Kalau taknak terperangkap dalam kesesakan masa naik ke ladang teh, bolehlah pergi seawal pagi. Nak lagi best, tidur je di Hotel Nova. Ia luas, dekat dengan Ladang Teh BOH Sungai Palas dan yang penting harga bilik pun tak terlalu mahal.
6 Ulasan
rindunya nak pergi cameron lagi.. last pergi sebelum covid. sekarang ni nak pergi memang tak sanggup sbb jem je time weekend.
BalasPadamKena pergi time weekdays wak sebab kurang sikit jem. Saya pergi ni pun hari Rabu, balik Jumaat
Padamtengok org petik teh raaa m seronoknyaaaa kerja kat sini. pd hal yg bekerja tu tgk kita kata dlm hati, kalau laa aku jd mcm dia jln2 sana sini, seronoknyaaaaa,😁
BalasPadamAah kan, dulu masa saya kerja watson terfikir camni la, 'best diorang kerja office'. Tapi sekarang bila dah tak kerja saya fikir pulak bestnya keje kat watson..aduh hahaha
Padamsemoga saya pun boleh pergi ke Cameron Highlands suatu hari nanti....nak tengok juga orang petik teh depan mata...
BalasPadamAamiin, semoga Allah izinkan untuk tuan ke Cameron Highlands suatu hari nanti..
Padam