Pernah jatuh motor masa kat universiti jadi punca kenapa saya menolak bila suami suruh bawa motor sampailah sekarang. Dengan harapan isterinya akan kembali belajar bawa motor, jadi suami belikan motorsikal atas nama saya tapi..
..saya yang dah agak trauma dengan kenderaan tanpa stereng bulat, akhirnya hanya jadikan motor tu sebagai hiasan di porch kami. Tambah lagi memeriahkan suasana bila saya menang pula cabutan bertuah sebuah motorsikal. Sekarang kami ada dua buah motor yang saya langsung tak berani nak sentuh :(
Bila suami kata 'jom naik ATV sorang satu', saya akan terus jawab 'NO!'. Kalau nak naik, biar saya jadi pembonceng. Kalau tak, saya lebih rela jadi tukang duduk tepi track sambil tengok suami bawa ATV. Semuanya gara-gara jatuh motor, terus melekat trauma sampai ke tua.
Pengalaman Masuk Kebun Durian Naik ATV
Tapi pengalaman buat aktiviti ekstrem menaiki ATV masuk ke dalam kebun durian dan rambutan melalui perjalanan yang berliku tanpa permukaan rata selama dua jam, memang buka mata saya yang sukan ATV ni sebenarnya menyeronokkan! Dah lama saya tak rasa adrenalin mengalir keluar non-stop sejak last saya berhenti kerja dulu. Dengan ATV, semua adrenalin dan peluh keringat saya habis diperah! Haha..
Tak pernah terfikir pun yang saya akan naik ATV tambah pulak bila saya trauma nak bawa motor kan. Tapi bila join team Marang ATV Eco Tour masuk ke dalam kebun durian, eh rasanya saya dah pro lah bawak ATV (perasan sangat padahal selalu jadi orang last dalam group). Disebabkan saya sangat teruja dengan experience baru ni, jadi saya nak kongsikanlah apa yang saya buat sepanjang perjalanan saya meredah hutan belukar demi mencari erti sebuah perjalanan menaiki ATV.
Dibantu oleh Marsyal Marang ATV Eco Tour
Trip kami petang tu bermula pada jam 4.30 petang. Disebabkan lokasinya tak berapa jauh dari rumah, jadi kami tak ambil masa yang lama pun untuk sampai. Lagipun kediaman owner terletak di tepi jalan besar dengan ruang parkir yang luas, tak susah nak cari dan tinggalkan kereta kami di situ.
Perjalanan kami ke kebun durian menaiki ATV adalah secara berkumpulan dengan diiringi oleh beberapa orang marsyal. Tugas marsyal ni adalah untuk guide perjalanan dan pastikan keselamatan peserta daripada berlaku sebarang masalah yang tak diingini. Empat orang marsyal temani perjalanan kami. Kesemua marsyal sangat steady walaupun ada peserta yang terbabas masuk ke dalam semak dan ada yang terlanggar ATV orang lain (saya la tu :P). Mereka handle masalah kami dengan tenang dan cool sepanjang perjalanan.
Disebabkan saya tak pandai bawak ATV, jadi saya berbesar hati untuk jadi peserta terakhir dalam barisan. Tak risau pun sebab marsyal berada di belakang saya sebagai orang terakhir, jadi kalau saya lambat pun masih ada orang di belakang. Maksudnya dalam perjalanan berkumpulan ini, seorang marsyal berada di kedudukan paling depan, seorang di kedudukan terakhir dan dua orang di bahagian tepi.
Masuk Kebun Durian untuk Makan-makan
Saya pilih ATV dengan transmisi automatik manakala suami pilih transmisi manual. Kami bermula dengan meredah jalan kampung sebelum memasuki jalan bertar kecil untuk tiba di kebun durian. Angin petang sejuk menyapa pipi dan sesekali kami terserempak dengan penduduk kampung yang sedang melakukan aktiviti harian mereka. Saya nikmati pemandangan redup berangin dengan hati yang berbunga kerana perjalanan masih mudah, jalan tar kan..jadi no hal :P
Tak jauh perjalanan, akhirnya kami sampai ke tempat tujuan. Hentian pertama kami adalah di kebun durian untuk sesi makan-makan. Makan apa? Makan durianlah. Seronok betul kami dalam trip ni sebab dapat makan durian dengan harga murah daripada market. RM8 dan RM10 je per kilo! Mana nak dapat harga kat luar macamni kan. Btw kos makan ni tak termasuk dalam kos sewa ATV, jadi jangan lupa untuk bawak duit ekstra kalau rasa nak makan durian.
Mendaki Cerun Tinggi untuk Cabar Diri
Kami tak banyak makan kerana masih taktau kemana hala tuju selepas itu, risau termuntah pulak kalau bawa perut penuh dalam perjalanan. Setelah selesai makan, marsyal bawa kami melalui perjalanan sempit dan bertanah merah serta berbukit bukau. Sempatlah jadi peristiwa ada yang terbabas masuk ke dalam semak samun sebab tak sempat tekan brek ATV mereka di laluan berselekoh. Ha, dekat sini saya dah start gabra, risau takut terjoin sama masuk dalam semak. Seram beb!
Mayday! Mayday! |
Kali ini marsyal bawa kami ke tanah lapang yang berbukit bukau supaya kami boleh mendaki naik dan turun melalui cerun curam. Takut rasanya kali pertama nak cuba mendaki bukit dengan kecerunan 45 darjah menaiki ATV tapi bila dah sampai atas, tak begitu susah pun sebenarnya. Ameera dan Auni pun tak terlepas peluang untuk bawa sendiri ATV di tanah lapang ini. Bila dah pusing dua tiga kali, rasanya taklah begitu susah nak kendalikan ATV saya ni.
Redah Bukit Bukau Demi View Instagrammable
Seterusnya kami dibawa pula melalui perjalanan meredah bukit bukau demi menikmati pemandangan atas bukit yang cantik mempersona. Berada di atas bukit dengan pemandangan langit membiru dilatari permukaan tanah merah serta kehijauan pokok di sekeliling membuatkan saya jadi super excited. Memang saya suka bergambar dengan pemandangan instagram-worthy, jadi berada di sini buat saya tak duduk diam.
Disapa angin lembut perbukitan dengan pemandangan menenangkan, kami sempat bergambar bersama kesemua peserta. Tak sempat rasanya saya nak bergambar sepuas hati kerana setelah sesi bergambar ini berakhir, kami kembali bergerak menuju ke hentian seterusnya dan ia merupakan destinasi kami yang terakhir sebelum bergerak pulang.
Demi Rambutan Kami Meredah Lopak
Untuk tiba ke lokasi terakhir, kami perlu melalui ladang kelapa sawit. Perjalanan tak begitu sukar namun penglihatan kiri dan kanan agak terhad kerana kami banyak melalui jalan yang semak dan berlopak. Matlamat kami kali ini adalah untuk pergi ke kebun rambutan kepunyaan pemilik ATV. Disebabkan ia milik owner, jadi kami boleh makan rambutan secara percuma sebanyak mana yang kami mahu. Yay!
Aktiviti selama dua jam itu tanpa sedar dah jadikan saya pandai mengendalikan ATV. Tak sangka kenderaan yang saya takuti dulu, boleh saya jinakkan kini. Kalaulah saya tahu bawak ATV ni sangat menyeronokkan, takdelah saya nak bergaduh dengan suami semata-mata taknak bawak sendiri ATV dulu. Haha..minta maaf ye encik suami..
Banyak Lagi di Marang ATV Eco Tour
Saya diberitahu yang pihak Marang ATV Eco Tour bukan saja bawa peserta pergi ke tempat yang saya kongsikan di atas, tapi mereka juga bawa peserta ke tempat menarik yang lain contohnya ke kandang rusa dan meredah sungai kecil namun ia bergantung juga kepada keadaan dan masa. Mungkin boleh tanyakan kepada pihak Marang ATV Eco Tour kalau awak ada spesifik request nak kemana.
Saya cadangkan kalau awak nak naik ATV nanti, boleh join slot pada waku pagi kerana agak terkejar juga kami nak tunaikan solat Asar bila join slot waktu petang. Selain itu, tak payah berangan nak bawak beg besar dengan kelengkapan kamera bagai sebab saya pun tak berani nak bawa kamera saya untuk bergambar. Sukan ekstrem wak, risau pecah lens kamera menangis nak ganti baru nanti.
Apa pun pengalaman ni memang best! Terima kasih kepada marsyal yang banyak membantu semasa perjalanan dan in shaa Allah, kalau takde aral kami akan join lagi ATV ride ni di Marang ATV Eco Tour. Kalau awak nak cuba sukan lasak ATV dan rasai sendiri pengalaman masuk kebun durian sambil bawa ATV, awak boleh klik mana-mana link di bawah untuk tanyakan tentang harga dan itinerary mereka okeh! Enjoy!
8 Ulasan
Menarik untuk dicuba ni. Belum ada pengalaman naik ATV lagi. Ada tempat menginap sekali ke di situ?
BalasPadamRasanya takde tempat menginap tapi kawasan sekitar tu banyak je rumah inap wak
Padampuas ati bila dah sampai kebun durian kan. budak pn tentu suka naik atv
BalasPadamaah mama, kenyang makan durian lepastu makan angin pulak naik atv
Padammantopp naik ATV then mkn duriannnn
BalasPadamkalau dkt ni dah lama sy serbu ke sini😁
haha..kalau dekat, boleh kita pi sesama. Buat ladies day out
PadamDuuuh kita samaaa kak. Saya pun tak berani bawa motor atau mobil karena dulu pernah accident 😅. Tapi rasanya atv saya masih mau nak bawa. Krn saya lihat alur nya pun dah diatur kan, tak mungkin ketemu dengan truck tengah jalan 🤣.
BalasPadamDan ada 4 roda jadi pasti kokoh 😅😄. Suami nak ajak main ini di Bali. Seru memang sepertinya
Walaupun 4 roda tapi bisa accident jugak wak. ATV saya sendiri gagal berfungsi brek terus langgar ATV depan. Walau nampak selamat, tapi masih perlu berhati-hati. Cuma kalau naik ATV rasa lebih secure kan dari naik motor kerana rodanya kan ada dua, ngeri sih
Padam