Aik, kenapa tiba-tiba je pakai sunscreen ni? Biasa tak pakai pun.
Suami balas,
Sayang tau tau Aeril Zafril cuma pakai sunscreen je nak jaga muka?
Cara Pakai Sunscreen
Jenis-jenis Sunscreen
Physical Sunscreen - Cakap pasal fizikal, automatik kita akan terbayang rupa atau bentuk luaran sesuatu benda yang mana fizikal adalah perkara first yang kita akan nampak. Kat sini kita boleh faham yang physical sunscreen merujuk pada krim tabir yang protect permukaan luar kulit wajah daripada sinar UV.
Tekstur pekat dan hasilkan white cast |
Struktur krim fizikal ni agak pekat jadi nak ratakan krim di muka agak leceh dan perlukan tenaga yang lebih berbanding guna chemical sunscreen. Sapuan sekata diperlukan kerana jika tak sekata, pancaran matahari boleh menembusi permukaan kulit dan sebabkan perlindungan kulit wajah menjadi tak menyeluruh. Ia juga hasilkan white cast pada wajah.
Chemical Sunscreen - Melibatkan perubahan kimia, chemical sunscreen merujuk kepada krim yang protect wajah dari dalam. Ia bertindak dengan cara tukarkan sinar UV yang menembus masuk ke dalam kulit kepada tenaga haba yang kemudian akan dibebaskan pula keluar melalui kulit.
Chemical sunscreen mudah disapu dan tak hasilkan white cast |
Struktur krimnya yang ringan dan mudah disapu, senang disekatakan ke seluruh wajah. Walau bagaimana pun, chemical sunscreen tak sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan kemerahan pada wajah.
Hybrid Sunscreen - merupakan gabungan sunscreen antara physical dan chemical, hybrid sunscreen adalah sunscreen terbaik kerana mempunyai kelebihan kedua-duanya. Mampu melindungi wajah dari dasar hingga ke permukaan, hybrid sunscreen mudah diratakan ke wajah, ringan dan tak menyebabkan iritasi.
Jadi pilihan sunscreen saya tentulah hybrid sunscreen kerana ia ada semua ciri-ciri sunscreen yang bagus saya cari. Selain itu, sunscreen SPF50 dan PA+++ jadi keutamaan saya untuk dapatkan perlindungan terbaik dan maksimum terutama saat keluar rumah pada waktu panas terik.
Aloe Vera Sunscreen | Hansaegee Nature
Tak susah lagi nak cari krim muka sunscreen sebab saya dah jumpa satu sunscreen yang saya memang pakai sejak tahun 2019 lagi. Disebabkan suka, sampai sekarang saya masih pakai sunscreen yang sama dan tak berhajat pun nak tukar yang lain. Ia juga dah jadi antara salah satu krim siang terbaik yang saya ada.
Sunscreen apa tu?
Aloe Vera Sunscreen dengan SPF50 dan PA+++ |
Ha, ia adalah krim muka Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature. Hybrid sunscreen dengan perlindungan SPF50 dan PA+++, Aloe Vera Sunscreen ni adalah sunscreen yang bagus bagi saya kerana selain mampu memberi perlindungan berpanjangan, ia juga memiliki ciri-ciri sunscreen yang saya cari.
Ciri-ciri Sunscreen Pilihan Saya
1. Sunscreen yang boleh basuh dengan air
Meskipun kecantikan luaran amat dititikberatkan, namun bagi saya perkara paling penting adalah waktu pengabadian pada Allah. Pada saat saya nak kerjakan solat, saya amat berharap skincare yang saya pakai mudah dicuci dan ditanggalkan supaya saya dapat kerjakan ibadah dengan cepat dan bersih. Sunscreen yang tidak kalis air tentunya akan lebih memudahkan urusan amal ibadah saya.
Ini kerana, ada sesetengah skincare bersifat water resistant dan water proof. Apabila berwudhuk dan air tak sampai ke kulit akibat skincare yang dipakai bersifat kalis air, wudhuk jadi tak sempurna dan sebabkan ibadah solat tak sah. Aloe Vera Sunscreen dengan sifat tak kalis air dan mudah dicuci jadikan saya lebih yakin saat mengambil wudhuk.
Saya tak perlu gunakan pencuci mekap untuk hilangkan sunscreen di wajah kerana teksturnya yang lembut senang dibersihkan dan mudah juga untuk di reapply. Dah siap solat, saya pakai kembali sunscreen ke wajah. Calitan kecil dengan tenaga yang minima je dah boleh sekatakan sunscreen di seluruh wajah saya.
2. Sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak
Bila muka berminyak, penampilan diri juga akan turut terjejas. Bagi saya yang ada kulit jenis combination, masalah kulit berminyak agak menakutkan terutama pada bahagian T-zon. Cuba bayangkan jika saya gunakan skincare jenis berminyak ditambah dengan kulit muka yang berminyak, tentu muka saya akan kelihatan seperti kilauan emas yang basah di bawah terik mentari. Alangkah teruknya. Sebab itu sunscreen yang tidak berminyak jadi pilihan saya.
Dihasilkan dengan gabungan empat jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi iaitu aloe vera, centella asiatica, orkid dan morus alba bark, kandungan Aloe Vera Sunscreen adalah tinggi antioksida dan bersifat bebas minyak. Tak berminyak, tak mengeringkan wajah, melembap dan tak menyebabkan iritasi, sunscreen ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit jenis berminyak dan kulit sensitif.
Aloe Vera Suncreen - Tak berminyak dan tak mengeringkan kulit wajah |
Dengan tekstur halus berwarna putih kehijauan, ia ringan dan tak tinggalkan kesan apabila disapu. Tak terasa menggunakan sunscreen di wajah kerana teksturnya yang ringan dan mudah meresap, tak tinggalkan kesan pun pada wajah. Jadi saya boleh tampil yakin walaupun perlu reapply sunscreen tanpa bantuan cermin kerana sapuan sunscreen saya mudah meresap dan senang diratakan.
3. Sunscreen yang tidak menyumbat pori
Pori tersumbat punca masalah jerawat dan bintik hitam pada wajah. Untuk elakkan masalah pori tersumbat, saya perlu buat rutin skincare setiap hari. Selain itu, saya juga berusaha untuk pakai sincare yang tak menyumbat pori. Sebab itu sunscreen yang tidak menyumbat liang pori adalah sunscreen terbaik pilihan saya.
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen
Selain tak menyumbat pori, boleh dibasuh dan tak berminyak, struktur sunscreen yang ringan dan lembut mudahkan penyerapannya ke dalam kulit wajah. Diformulasi dengan campuran bahan semulajadi iaitu aloe vera sebagai bahan utama, kebaikan aloe vera yang kaya dengan pelembap dapat lindungi wajah saya daripada kekeringan dan dehidrasi.
Mudah meresap dan lembut, sapuan mudah dilakukan |
Krim muka Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini juga tak sebabkan iritasi walau pun di pakai berulang kali, jadi mereka yang ada masalah kulit sensitif sesuai gunakannya. Mudah diratakan ke seluruh wajah serta tak sebabkan white cast pada wajah, saya bawa Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ke mana saya pergi kerana packagingnya yang kecil mudah untuk saya masukkan ke dalam beg kecil saya.
Cara Pakai Sunscreen
Tapi sunscreen pakai waktu bila ye?
Ada juga yang confuse samada nak kena guna sunscreen atau tak sebelum tidur. Tak payah pun pakai bila nak tidur sebab kita tak lagi terdedah pada cahaya matahari. Jadi pada waktu malam, kita start tukar pakai moisturiser saja.
Nak pakai sunscreen dulu atau day cream?
Sunscreen adalah lapisan perlindungan kulit daripada ditembusi sinar UV jadi ia perlu dipakai paling akhir dalam pemakaian skincare. Jadi pakai day cream dulu barulah sunscreen. Pemakaian day cream selepas sunscreen akan sebabkan serapan sunscreen ke kulit akan jadi kurang efektif. Jadi turutan yang betul adalah pakai dulu cleanser > toner > day cream > sunscreen. Sekiranya nak pakai mekap, bolehlah gunakannya selepas suncreen.
Kena pakai sunscreen berapa kali sehari?
Pemakaian sunscreen bergantung kepada keadaan cuaca. Sekiranya kita terdedah pada cuaca yang sangat panas, disarankan untuk kerap reapply sunscreen bagi dapatkan perlindungan maksimum. Begitu juga sekiranya kita kuat berpeluh. Perlindungan sunscreen boleh berkurangan akibat peluh jadi pada masa itu kita perlu reapply sunscreen. Dalam kes saya pula sebagai seorang surirumah, kebiasaannya saya pakai sunscreen pada jam 8 pagi dan akan reapply pada jam 12 tengahari sebelum ambil anak-anak balik daripada sekolah.
Cara Dapatkan Aloe Vera Sunscreen
➤ Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
2 Ulasan
benda baik kannn apa.salahnya tiru dan ikut isteri sendiri kannn😀
BalasPadamBetul! Saya repost! Haha
Padam