Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare

Mesti ramai dah tau yang kita boleh buat duit dengan Involve Asia melalui program affiliate kan? 


Tapi tau tak korang yang sekarang Involve Asia ada feature baru iaitu InvolveShare yang membolehkan kita buat duit dengan lebih senang? Kalau tak tau lagi, bear with me sebab saya nak kongsi cara buat duit online dengan Involve Asia menggunakan feature baru ni.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia

Bagi mereka yang belum tau tentang Involve Asia, sebenarnya Involve Asia adalah salah satu platform online yang benarkan kita promosikan brand yang ada di laman web mereka melalui program affiliate dan boleh dapat duit bila ada orang buat belian melalui link yang kita kongsikan tu.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

Sebelum ni saya ada kongsikan cara nak daftar akaun dengan Involve Asia di sini >> Buat Duit Online dengan Involve Asia. Tapi saya sharekan kembali cara nak daftar memandangkan perkongsian sebelum ni saya cuma letak step tanpa gambar. Disebabkan harini saya agak rajin sikit, jadi saya share cara mendaftar siap dengan gambar sekali okay.


Cara Mendaftar di Involve Asia


1. Klik pautan ini >> Involve Asia. Isi semua maklumat seperti di bawah dan create password.

Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini



2. Isi pula maklumat pada bahagian Property Details. 
Property Details merujuk kepada platform mana yang kita pilih nak kongsikan link brand yang bakal dipromote nanti. Contohnya kita nak share link di platform Facebook, jadi kita akan masukkan maklumat yang diminta berdasarkan akaun Facebook kita. Selain Facebook, kita juga boleh masukkan akaun sosial media yang lain seperti Instagram, Twitter, Youtube mahupun blog pada ruang Property Details ni.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini


  • Pada bahagian Property URL, letak link Facebook anda. 
  • Di bahagian Property Display Name pula letak nama Facebook anda. 
  • Pada bahagian Property Type, pilih Content atau Influencer.
  • Pada bahagian Property Category, pilih Others.

Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare

3. Langkah seterusnya, tick pada bahagian kotak kecil persetujuan dan Create Account.
4. Siap! Jadi sekarang kita dah boleh buat promosi tentang brand yang kita nak iklankan. 


Affiliate Involve Asia

Akaun Involve Asia kita akan kelihatan seperti di bawah, mungkin agak pening sikit pada awalnya tapi bila dah biasa, senang saja kita nak bezakan setiap satu bahagian.


Cara Untuk Mohon Brand

1. Pada bahagian Latest Offer, ada pilihan brand yang awak boleh pilih. Kalau tak jumpa brand yang awak nak, boleh masukkan dalam butang carian dan masukkan nama brand. Jika butang Apply dipaparkan di sebelah nama brand, itu maksudnya kita kena mohon dahulu sebelum boleh mengiklankan brand. 


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

2. Cara untuk mohon, mudah saja. Klik pada butang Apply dan paparan syarat dan terma akan kelihatan. Jika bersetuju dengan syarat tersebut, klik pada butang kecil persetujuan dan tekan Submit.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

3. Apabila butang Apply tak lagi kelihatan dan yang muncul di sebelah brand adalah butang Promote, ini bermakna permohonan awak telah diluluskan dan awak dah boleh promosikan brand tersebut di mana-mana platform yang awak suka.


Cara Untuk Promote Brand

1. Bila permohonan dah lulus, barulah boleh iklankan tentang brand. Ambil contoh saya nak promosikan tentang kopi yang pernah saya beli di Shopee macam kat bawah. By the way, kopi ni sedap okay. Kalau nak beli, klik link saya dulu tau :P


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

Jadi, ini bermakna saya akan promote brand Shopee dan produk yang saya pilih adalah kopi. Langkah pertama yang perlu saya buat adalah untuk copy link kopi tersebut.


2. Di laman Involve Asia, cari brand Shopee dan tekan butang Promote. Paparan seperti di bawah akan kelihatan.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

  • Pada bahagian Choose Your Property, pilih platform untuk iklankan brand.
  • Pada ruang URL, paste link yang dah di copy daripada Shopee.
  • Tekan butang Generate.


3. Paparan seperti di bawah akan keluar. Saya dah boleh copy link dan share ke platform pilihan. Macam dalam paparan si bawah, saya pilih untuk promote tentang kopi tersebut di platform Twitter.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

Siap! Jadi bila ada orang yang klik pada link saya dan buat belian menggunakan link tersebut, saya akan dapat komisen daripada Shopee yang akan dimasukkan ke dalam akaun affiliate Involve Asia saya. By the way, kalau korang nak beli kopi sedap tu tekan sini okay ---> Kopi Braulio.


Buat Duit dengan InvolveShare

Involve Asia kini hadir dengan feature baru iaitu InvolveShare, yang mana kita boleh generate duit dengan lebih mudah menggunakan kelebihan berkongsi di sosial media. Saya pun baru saja tahu mengenai feature terbaru ini dan baru pertama kali membuat perkongsian pertama saya pada bulan lepas. Surprisingly, ia sangat mudah!


Cara Buat Duit dengan InvolveShare

Mudah sangat nak jana income dengan InvolveShare, hanya buat perkongsian di Facebook Page dengan hashtag dan URL yang diperlukan serta hantar bukti perkongsian, dah melayakkan saya untuk jana minimum RM5 tau. Tapi macammana nak buat tu? 


1. Klik pada InvolveShare (pada bahagian atas tengah). Halaman baru akan kelihatan. Lihat pada bahagian Ongoing Campaigns. Jika ada kempen yang masih berlangsung, klik pada brand tersebut.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini


2. Klik pada butang Generate Link. Satu notis untuk memohon akan keluar sekiranya kempen tersebut perlu dipohon terlebih dahulu. Klik pada butang Apply dan tunggu sehingga permohonan diluluskan. 


3. Jika permohonan dah lulus, klik pada butang Facebook Post untuk mula buat posting di Facebook. Seterusnya klik pada butang Generate Link dan copy link yang diberi. Masukkan caption diingini ke dalam posting Facebook dan masukkan sekali link yang dicopy serta hashtag seperti diminta. Lalu klik butang post di Facebook.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

4. Pada bahagian Submit, masukkan no affiliate Involve Asia (boleh didapati di profile, klik bahagian kanan atas dan klik pada nama awak), masukkan email account dan link post Facebook. Siap!


Cara Semak Submission

Bila dah siap post tentunya kita akan tertanya-tanya samada job kita buat tu dah berjaya atau tidak kan? Cara untuk check, hanya pergi ke bahagian atas laman InvolveShare. Klik pada bahagian Submissions dan masukkan email address yang didaftarkan di bawah akaun Involve Asia. Tekan butang Submit.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare | Lengkap dan Terkini

Senarai kempen yang kita dah buat akan keluar dan kita boleh lihat status samada kempen yang kita join tu dah lulus, rejected atau masih lagi pending. Kalau status dah lulus, maknanya kita dah layak untuk dapat payment.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare


Tapi berjaya dapat payment tak bermaksud kita dah boleh keluarkan duit yang kita terima tu. Minimum wang yang wajib ada untuk buat pengeluaran adalah sebanyak RM80, jadi selagi duit dalam akaun Involve Asia awak belum mencapai RM80, itu maksudnya awak masih belum boleh keluarkan duit tersebut sehingga cukup haulnya okay.


Cara Buat Duit dengan Involve Asia Affiliate dan InvolveShare
Pengalaman saya cash out daripada Involve Asia


Faham tak explanation panjang lebar saya ni? Rasanya ni lah penerangan bergambar paling panjang saya pernah buat. Jadi kalau confuse dekat mana-mana part tu, mintak maaflah ye sebab saya pun pening menaip panjang-panjang ni. Kalau ada nak tanya pape pasal ni, boleh tanya kat komen. Kalau tau saya tolong jawabkan tapi kalau tak tau saya mintak maaf awal-awal okay. 


By the way, jangan tanya soalan ni sebab yang ni saya memang tak tau -----> Untuk InvolveShare boleh share kat Facebook Personal tak? Maaf saya taktau. Sebab kalau baca kat arahan katanya post kat Facebook Page, saya pun tak pernah try post kat Facebook Personal jadi memang taktau. Apa kata awak try post kat FB personal awak pastu update balik kat sini macammana. Ngeeee...

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Hai, assalamuailaikom. sis, saya nak tanya, saya baru je daftar dekat involve asia n saya gunakan fb personal saya untuk promote barang dekat page. Boleh saya tahu kenapa setiap kali saya nak generate link shopee, pending lama sgt ye nak dapatkan link tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam sis, pelik jugak kalau ambil masa lama ni sis sebab mostly yang saya buat ambil masa tak sampai 5 seconds pun untuk dapatkan link. Boleh saya tau sis guna phone atau komputer?

      Padam
    2. Saya guna laptop sis. Itulah saya tengOk tutorial sangat mudah. Tapi setiap kali nak promote brand shoppe, pending approval. Yang Lazada ok plak..

      Padam
    3. saya dah apply brand sebelum promote, tapi take a few day kan utk approve. tapi disuruh reapply balik...kenapa ye agak2 jadi macam tu...

      Padam
    4. saya taktau sis apply shopee campaign yang mana tapi sis cuba apply guna link yang saya share ni sebab yang ni sekali je apply lepastu tak payah nak apply dah ---> https://app.involve.asia/publisher/browse/shopee-my-new-link-oct2022-affiliate-program

      Harap2 lepasni sis takyah kena minta approval lagi dah sebab yang ni sekali je saya apply sampai sekarang masih boleh promote lagi..

      Padam
    5. ye sis..mmg link ni saya apply.. status still pending approval.. dah 2 kali saya apply :-(

      Padam
    6. rasanya dah jadi isu teknikal ni sis sebab cuma sis je yang ada problem ni. Sebaiknya sis contact cs Involve Asia tu sendiri. Sis klik pada butang help kat web diorang pastu submit a request.

      Sorry ye sis sebab saya pun taktau nak buat macammana :(

      Padam
    7. its ok sis. mngkin property saya xmnepati syarat.. sy bru nk brjinak2 dlm dunia online ni..hehe..pape pun tq ye sis.. ;-)

      Padam
  2. Konten menarik dan membantu membakar jiwa serta raga saya untuk mencari duit online secara agresif...saya sarankan awak buat video pasal Involve Asia affiliate pulak supaya ramai lagi yang faham.. setuju tak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya buat video, janji awak tengok ye nanti haha

      Padam
  3. menarik ni utk mereka yg nak cari income lbh via online thanks for sharing👍👍👍

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail