Ada Lipas dalam Steamboat Kami

Apa pengalaman pahit awak waktu makan kat luar?


Dua minggu lepas, suami whatsapp. Katanya tak payah masak sebab dia nak makan steamboat dan dah buat booking untuk makan malam nanti. Jadi saya dengan hati berbunga, gantunglah kuali untuk hari itu.


Pada waktu malamnya, kami keluar ke lokasi yang agak well-known di bandar Terengganu dengan satu tujuan, makan steamboat! Yay! Happy memang happy sebab dah lama tak keluar waktu malam sebab biasanya suami balik kerja lambat, jadi bila dapat keluar malam tu lain sikit feelnya.


Ada Lipas dalam Steamboat Kami

Lokasi kami pergi memang kawasan tumpuan kerana ada mercu tanda yang popular di kalangan pelancong. Di kawasan ini pula, cuma ada satu sahaja restoran yang terletak di situ. View sekitar memang cantik kerana terletak di tepi sungai, jadi waktu makan malam kami ditemani dengan pemandangan malam tepi sungai yang cantik dihiasi banyak lampu gantung.


Sebaik tiba, suami parking kereta di sebelah Alphard yang terbuka pintunya. Pelik juga sebab orang takde dalam kereta tapi pintu sebelah penumpang belakang terbuka luas. Jadi suami beritahu pekerja restoran dan pekerja tersebut beritahu pada owner kereta. Terdengarlah sekejap owner kereta bising sebab anaknya tak tutup pintu kereta.


Kemudian kami berjalan masuk terus menuju ke tepi deck untuk lihat kawanan ikan yang tengah berenang di dalam sungai. Cahaya bulan yang cerah ditambah dengan cahaya lampu dari restoran buatkan suasana malam di situ nampak cantik dan tenang. Saya, Auni dan Ameera excited tengok ikan yang tengah berenang dalam pelbagai saiz.


Ada Lipas dalam Steamboat Kami

Mood kami semua memang agak baik. 


Kami dapat meja di tepi sungai. Terdapat dua buah meja makan di depan kami dengan susunan lampu gantung yang banyak di atasnya manakala di belakang kami adalah sungai. Sementara menunggu makanan tiba, kami bergambar dulu sambil bersembang. Waktu malam yang sejuk dengan angin sungai yang bertiup lembut ditambah pula pemandangan waktu malam yang damai, tentulah mood pun happy kan?


Sebaik makanan tiba, kami alas perut dulu dengan nasi goreng dan ayam goreng crispy yang datang bersama set steamboat. Sambil makan kami masak hidangan steamboat.  Macam biasa, saya ambil tugas sebagai tukang masak. Bila sup dah mendidih dan bahan mentah dah lembut, kami mulakan operasi melantak dengan jayanya. Rempah ayam goreng crispy sedap tapi sup agak tawar tapi masih kena dengan selera kami. Kami makan dan terus makan sehinggalah kami mula menambah bahan mentah untuk masak round kedua.


Tengah masukkan sayur, saya ternampak ulat hidup berwarna hijau di atas sayur. Saya tunjukkan pada suami dan asingkannya dalam pinggan kotor. Masa itu kami tak fikir apa, biasalah tu jumpa ulat kat sayur sebab mungkin ulat tu menyorok masa dibasuh (padahal masa nampak ulat tu, penuh dengan taik ulat ada di sekelilingnya which is nampak macam sayur tersebut tak dibasuh bersih).


Ada Lipas dalam Steamboat Kami


Kami masih fikir positif dan terus makan lagi. Masa ni, Auni dan Ameera dah stop makan dan pergi bermain. Apa yang sedihnya, saya ternampak pulak baby lipas dalam steamboat masa nak tambah makanan. Baby lipas tu walaupun kecil tapi dah berjaya buat saya geli tekak dan mimpi malam 🤮🤮


Saya tunjukkan pada suami dan suami terus stop makan. Moment waktu ni, saya tengok suami dan suami tengok saya. Lepastu suami bangun dan pergi ke kaunter. Suami datang kembali ke meja bersama staf dan tunjukkan lipas tersebut pada beliau. Suami beritahu kami tak jadi habiskan dan nak bayar tapi staf tersebut beritahu yang kami tak perlu bayar untuk hidangan steamboat baby lipas tersebut.


Ada Lipas dalam Steamboat Kami


Sebelum itu, suami beritahu staf tersebut yang dia adalah Inspektor Kesihatan. Nah, makin cuak staf tersebut. Iyelah, kali pertama cuak sebab ternampak lipas dalam makanan pelanggan. Kali kedua cuak bila pelanggan yang kena tu adalah IK, pegawai bertanggungjawab untuk saman kedai sekiranya tak memenuhi tahap kebersihan. Tambah lagi lipas yang ditemui dalam makanan tu boleh buatkan kedai tersebut ditutup. Ha..cuak bang..


On the way balik ke rumah, salah seorang pengurusan restoran whatsapp suami. Beliau minta maaf bagi pihak kedai. Kami tak berhajat pun nak panjangkan cerita tapi saya balas kepada staf tersebut untuk pastikan kebersihan kedai sentiasa top-notch. Kali ni kami yang kena, tak mustahil lepas ni orang lain pula yang kena, kalau kerja macamni nampak gaya tak lamalah kedai akan beroperasi.


Kami pulang kenyang malam tu dengan dompet penuh tapi jelmaan baby lipas akan kekal dalam minda untuk beberapa bulan rasanya. Sampai saat ni, saya agak trauma nak makan sup atau steamboat di kedai makan kerana membayangkan lipas yang kami jumpa dalam steamboat kami.


Buwerkk 🤮🤮🤮

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. seram sejukkkkk sy baca. kalau jd kat sy jam tu jg sy muntah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..member meja sebelah dah cuak tengok kitorang bangun panggil staf

      Padam
  2. ammi pernah makan di satu kedai stimbot..sayur-sayurnya msaih ada tanah lagi. bila bagi tau kat pekerjanya 'eh buat muka pulak dia'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ei, kalau ada tanah nampak sangat macam tak basuh bersih kan? Tak pun memang tak basuh kot

      Padam
  3. Ya Allah
    Sebab tulah my mom takut sgt nk mkn di kedai2 ni .
    Harap sy lah suka mengajak makan di kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestila best makan kat kedai sebab kita takyah masak tapi betul la apa mak Rabia pun fikir..akak fikir nak gantung kuali je haha

      Padam
  4. Spoil betul kalau macam ni. Pernah kena dulu tak terus permenantly ban kedai tu sampai lah kedai tu dah tak wujud lagi. Lega tapi kenangan pahit tetap terpahat,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutla kedai pun hilang sebab basic kebersihan pun tak jaga kan?

      Padam
  5. wehh AD pernah kene gak..mase tu lipas besar sia, berjalan dengan penuh gaya atas meja AD, so AD pon panggil staff die, staff nya boleh halau gitu gitu je..haish terus x jadi makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aish..kembang tekak nak2 nampak mak ayah lipas

      Padam
  6. Waduuuh, Ini pun saya tak bakal nak makan lagi 😱😱. Cockroach atau kecoak memang lah saya anggab binatang kotor. Jadi kalau sampai ada dalam makanan, tak selera nak habiskan.

    Saya pernah ngalamin di salah satu bintang 4 hotel di jakarta kak. Dulunya mereka sempat bintang 5, tapi karena zaman dah makin modern, hotel itu turun peringkat lah ke 4. Dah ganti pemilik Bbrp kali pun.

    Pertama DTG 2015 kalo tak salah, saya lihat di restorannya, meja tempat kami makan ada baby cockroach. Untungnya tidak dalam makanan seperti punya Kaka. Tapi saya jadi geli kan.

    Lalu saya datang lagi 2022 kemarin. Kirain ganti management jadi lebih bagus, ternyata samaaa 🤣🤣🤣

    Di rumah makannya saya ttp ternampak baby cockroach lagi jalan2 di meja 😂😂.

    Dah laaah, cukup trakhir saya kesana. Tak pengen pun stay lagi di hotelnya, apalagi makan 🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dalam hotel ada lipas di ruang makan, bisa dibilang yang hotel itu tak ada amalan kebersihan baik. Kerana hotel paling perlu dijaga rapi nak pula hotel 4 star kan? Bukan 1 atau 2 bintang tu.

      Kalau udah ketemu sama kecoak berkali-kali di hotel sama, maksudnya memang hotel itu kotor. Wajar dijauhi, jangan pergi lagi ya. Risau pula balik rumah kena diarrhea

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail