Best Hybrid Sunscreen Malaysia 2023 Pilihan Saya | Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak & Semua Jenis Kulit

Panas betul cuaca sekarang. Keluar sekejap untuk daftar sekolah Ameera tadi pun terasa perit mata saya akibat menahan panahan cahaya matahari terik di atas kepala. 


Tapi kalau dulu saya memang elakkan untuk keluar rumah pada waktu panas terik begini, sekarang tak lagi. Sejak saya jadikan sunscreen atau sunblock sebagai skincare harian terbaik terutama waktu nak keluar rumah, memang saya tak risau lagi nak pergi kemana-mana sekarang tak kira dalam apa jua keadaan pun.


Hybrid Sunscreen : Sunscreen Terbaik untuk Semua Jenis Kulit

Teringat dulu waktu saya baru tahu tentang kewujudan krim muka sunscreen atau sunblock. Almaklumlah saya merupakan anggota unit airforce waktu di universiti dan penggunaan sunscreen SPF 50 tidak terlalu meluas seperti sekarang. Bila muka dah sunburned, barulah saya mula tercari-cari skincare terbaik yang boleh lindungi wajah dari terbakar akibat cahaya matahari.


Tapi apa tu sunscreen?

Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak


Ha, sebenarnya sunscreen adalah produk pelindung matahari yang berfungsi untuk menyerap, memantul dan melindungi lapisan permukaan kulit daripada terdedah kepada sinaran sinar ultra ungu (UV) secara berlebihan. Ia boleh didapati di pasaran samada dalam bentuk krim, losyen, minyak atau cecair semburan. Kalau tak guna sunscreen, kulit mudah dehidrat yang menjadikan ia kelihatan kering, berkedut dan tak anjal serta nampak lebih gelap akibat sunburn.


Susah nak cari krim siang sunscreen terbaik yang sesuai dengan muka pada waktu itu kerana saya tiada ilmu tentang sunscreen atau sunblock. Selain ada pilihan nilai SPF dan PA yang saya tak tahu apa maksudnya, sesetengah sunscreen juga tinggalkan kesan putih pada muka. Bukan itu saja, ada juga sesetengah sunscreen yang saya pakai macam tak beri kesan perlindungan daripada matahari pun.


Selepas beberapa ketika barulah saya tahu yang sunscreen sebenarnya ada dua jenis.


Jenis Sunscreen : Chemical Sunscreen dan Physical Sunscreen

Sesuai dengan panggilannya, chemical sunscreen merupakan sunscreen yang meresap masuk ke dalam kulit wajah dan menjalankan tindak balas kimia dengan menukarkan sinar UV menjadi tenaga haba sebelum dibebaskan keluar daripada wajah. Manakala physical sunscreen pula ialah sunscreen yang membentuk lapisan pelindung pada kulit wajah bagi mengelakkan sinar UV meresap masuk ke dalam kulit wajah dan memantulkannya keluar. 


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Sunscreen yang bagus dapat lindungi kulit dari UVA dan UVB


Samada chemical sunscreen atau physical sunscreen, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ambil contoh chemical sunscreen yang lebih mesra pengguna kerana teksturnya yang ringan dan lembut, menjadikan ia mudah meresap dan mudah juga di blend in dengan kulit. Hanya olesan tipis pada wajah, sunscreen jenis ini boleh bangkitkan mood rasa cantik pengguna tanpa penghasilan white cast.


Walau bagaimana pun chemical sunscreen mudah menyumbat liang pori yang menjadi punca masalah jerawat. Meskipun sapuan kecil sudah cukup untuk perlindungan wajah namun ia juga mendatangkan rasa pedih dan kerengsaan pada kulit yang mana menimbulkan ketidakselesaan bagi mereka yang berkulit sensitif.


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Tekstur sunscreen yang lembut dan mudah meresap lebih menjadi pilihan


Bagi physical sunscreen pula, antara kebaikannya adalah ia mengandungi bahan semulajadi yang dapat melembapkan kulit dan tak menimbulkan kerengsaan. Sebab itulah ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit wajah termasuk mereka yang berkulit sensitif dan eczema. 


Walau bagaimana pun, sunscreen jenis ini kurang mesra pengguna kerana teksturnya yang agak kasat dan tidak lembut jadikan usaha pemakaian mengambil masa agak lama. Selain itu ia juga sukar meresap ke dalam kulit wajah dan pemakaian tak sekata akan sebabkan pancaran UV mampu menembusi kulit. Sukar untuk bersiap bila banyak tenaga perlu dikerahkan semasa penggunaan menjadikan pilihan physical sunscreen adalah pilihan terakhir saya. Tak lupa, sunscreen ini juga hasilkan white cast tau.


Kelebihan Hybrid Sunscreen yang Bagus

Nasib baiklah pada masa kini kita tak perlu buat pilihan samada nak gunakan chemical atau physical sunscreen kerana kita boleh terus pakai the best hybrid sunscreen! Tapi apa itu hybrid sunscreen? Best hybrid sunscreen adalah gabungan antara chemical sunscreen dan physical sunscreen. 


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Best Hybrid Sunscreen SPF 50 in Malaysia

Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Hybrid Sunscreen SPF 50 yang Bagus - Mudah Meresap ke dalam Kulit Wajah


Diformulasikan dengan sifat chemical sunscreen yang mempunyai kelebihan seperti mudah meresap dan ringan namun memiliki perlindungan physical sunscreen yang mampu melindungi dan memantulkan sinar UV menjadikan hybrid sunscreen sebagai hybrid sunscreen terbaik pilihan masa kini. Berikut adalah antara kebaikan hybrid sunscreen:

  • Mudah meresap ke dalam wajah
  • Olesan dalam kuantiti kecil sudah mencukupi
  • Tak menghasilkan white cast
  • Melindungi wajah dari luar dan dalam
  • Melembapkan kulit wajah
  • Tekstur yang ringan dan lembut
  • Mudah blend in dengan kulit wajah
  • Tak timbulkan kerengsaan 
  • Penggunaan yang mesra pengguna

Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Aloe Vera Sunscreen - Kuantiti Kecil dah Mencukupi untuk
Perlindungan Sepanjang Hari


Golongan yang berkulit sensitif juga pasti akan amat bersyukur kerana tak perlu lagi berhadapan dengan masalah kerengsaan kulit wajah bila ingin dapatkan perlindungan dari dalam melalui chemical sunscreen. Sapuan nipis pada wajah juga sudah memadai untuk dapatkan perlindungan maksimum dan boleh digunakan bersama skincare yang lain tanpa mengganggu fungsi sunscreen itu sendiri.


Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature - Best Hybrid Sunscreen Pilihan Saya

Bila dah pakai hybrid sunscreen, memang saya rasa pilihan hybrid sunscreen adalah terbaik bagi saya. Apatah lagi bila kenal dengan Hansaegee Nature dan mencuba hybrid sunscreennya, terus saya jadi pengguna tegar jenama ini pula. Telah menggunakan produk Hansaegee Nature sejak tiga tahun yang lalu, tak keterlaluan jika saya kata yang Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen SPF 50 terbaik yang saya pernah pakai.


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Aloe Vera Sunscreen : Sunscreen yang Tidak Berminyak
sesuai untuk Semua Jenis Kulit


Diformulasi daripada tumbuhan semulajadi iaitu aloe vera yang memang diketahui mempunyai kelembapan tinggi yang baik untuk wajah, sunscreen daripada Hansaegee Nature ini tak merengsakan, mudah dioles serta lembut dan ringan pada wajah. Bukan sahaja baik untuk kulit sensitif kerana tak merengsakan, Aloe Vera Sunscreen juga adalah sunscreen untuk kulit berminyak kerana teksturnya yang tak berminyak dan tak mengeringkan wajah menghalang penghasilan lapisan sebum berlebihan di muka.


Dengan Sunscreen SPF 50 yang mampu melindungi wajah disaat panas terik, Aloe Vera Sunscreen memberi perlindungan PA+++ untuk melindungi wajah dari UVA yang mampu merosak struktur sel. Selain itu, Aloe Vera Sunscreen tidak menyumbat liang pori yang mampu menjadikan pori besar. Sunscreen ini juga adalah sunscreen yang tiada white cast dan mudah meresap ke dalam kulit wajah sekaligus memudahkan penggunaan krim di wajah dilakukan. 


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak
Hybrid Sunscreen Terbaik - Tiada Kesan Putih pada Wajah


Sesuai digunakan untuk kegunaan harian, Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen untuk kulit berminyak yang tak meninggalkan kesan lekitan pada wajah dan melindungi wajah daripada kerosakan akibat pancaran matahari.


Cara Pakai Aloe Vera Sunscreen

Sunscreen pakai waktu bila? Mudah saja nak gunakan krim siang terbaik ni. Sebelum mulakan hari dengan rutin harian, saya akan oles sedikit Aloe Vera Sunscreen ke muka untuk dapatkan perlindungan daripada UVA dan UVB. Apabila keluar rumah pada waktu panas terik, saya akan reapply sunscreen untuk dapatkan perlindungan maksimum. 


Ini adalah langkah cara pakai sunscreen yang betul. Jika perlu pakai foundation, saya akan oles dahulu Aloe Vera Sunscreen diikuti dengan foundation dan seterusnya compact powder. Jika ingin pakai moisturiser pula, saya akan sapu dahulu moisturiser pada wajah diikuti dengan Aloe Vera Sunscreen dan diikuti dengan skincare yang lain. Saya akan reapply sunscreen jika diperlukan terutamanya dalam keadaan panas terik dan kuat berpeluh.


Krim Muka Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak


Pemakaian setiap hari membantu muka saya untuk kekal lembap dan dilindungi daripada pancaran sinar UV berlebihan. Sekarang saya tak nampak lagi kesan sunburn muncul di muka. Mungkin kerana sudah kurang berjemur di bawah matahari terik tapi saya percaya penggunaan Aloe Vera Sunscreen secara berterusan jugs menjadi salah satu penyebab muka saya tak terbakar (sunburn) lagi.


Boleh Beli di Mana?

Beli saja online! Saya tak perlu pergi ke kedai untuk dapatkan produk daripada Hansaegee Nature, semuanya di hujung jari saja. Boleh beli di laman webnya atau kalau rasa nak lebih ekstra precaution, boleh saja beli melalui shopee. Saya lebih suka beli di laman web kerana boleh collect point. Nak link? Klik je mana-mana links di bawah okeh!



Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. produk Korea... x perlu lg dipertikai keberkesanannya... harga pun mampu milik

    p/s selamat hari raya walaupun dah smpi penghujung syawal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam AidilAdha untuk Anies. Semoga Raya Haji ni disambut meriah ya

      Padam
  2. best la krim ni. elok la utk kulit mama yg selalu buat bedak hilang cepat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi sunscreen ni tak boleh ganti bedak mama, saya tetap pakai bedak lepas pakai sunscreen. Fungsi setiap satu pun berbeza tu

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail