Belajar Asas Kamera dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Apa azam tahun baru saya tahun ni?


Entahlah. Tak sempat nak buat azam sebab saya agak sibuk bersihkan rumah mak yang dilanda banjir akhir tahun lepas. Bila semua dah setel, sedar-sedar saya dah berada dalam minggu kedua tahun 2023. Hari ini baru lega rasanya bila saya dapat luangkan masa untuk menaip di blog yang makin bersawang ni. 


Bayangkanlah bila kelas berbayar yang saya langgan dalam pertengahan bulan November tahun lepas pun baru dapat saya buka dua hari yang lalu. Hari ini merupakan hari terakhir saya dapat akses video kelas tersebut dan nasib baik saya berjaya habiskan keseluruhan modul mengikut masanya. 


Belajar Asas Kamera

Sebenarnya saya dah lama mencari kelas fotografi digital yang boleh saya sertai memandangkan saya sangatlah tak pandai menggunakan kamera mirrorless yang saya miliki dalam mode manual. Apa gunanya beli kamera kalau hanya nak gunakan mode automatik kan? Lebih baik saya pakai kamera phone je kalau macam tu. 


Pengalaman Belajar Asas Fotografi Kamera dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Atas alasan inilah saya mencari kelas yang saya boleh sertai untuk belajar mengenai pengendalian kamera. Pada awalnya saya mencari kelas fizikal untuk belajar secara face to face dan berdepan. Tentu susah kalau belajar online sebab tak nampak apa yang perlu ditekan dan tak boleh nak ambil gambar masa belajar, tapi tak berjumpa pula yang berdekatan dengan lokasi saya berada.


Saya ada seorang kenalan sekolah yang menjadi fotografer. Saya mungkin boleh tanyakan kepada beliau soal nak belajar tapi disebabkan malu, saya lebih rela cari guru yang saya tak kenali di alam maya..haha. Almaklumlah member tu pun orang lelaki, seganla pulak nak minta ajarkan walaupun berbayar.


Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Sehinggalah saya terjumpa laman web Saiful Nang yang menawarkan pelbagai jenis kelas pada harga yang sangat mampu milik. Samada nak belajar ambil gambar menggunakan kamera atau handphone, atau nak shoot video masakan, semua jenis kelas ada di Saiful Nang Academy. Tak fikir panjang, saya terus buat bayaran untuk sertai kelas Fotografi Digital.


Hanya perlu bayar RM70 dan saya layak sertai kelas dan terima juga nota berkaitan kelas yang dipilih. Tambah menarik lagi, dengan tambahan RM30 sahaja lagi, saya juga boleh sertai kelas lain yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy. Jadi dengan bayaran RM100, saya boleh mendaftar masuk untuk dua kelas berbeza. Murah kan?

Pengalaman Belajar Asas Fotografi Kamera dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Ada juga kelas fizikal yang disediakan di Saiful Nang Academy. Sebagai contoh pada bulan ini, kelas fizikal yang bakal dijalankan adalah kelas Smartphone Photography dan Smart Phone Editing dengan setiap satu kelas berharga RM150. Kelas ini tentunya amat bermanfaat bagi mereka yang ingin lebih kefahaman dalam mengoptimizekan penggunaan smartphone masing-masing.


Boleh tengok senarai kelas dan harga yang ditawarkan di sini > Saiful Nang Academy.


Bagi kelas yang saya sertai, kelas dijalankan samada dalam bentuk live atau rakaman. Jika sewaktu mendaftar ada kelas live yang akan diadakan, jadi pelajar boleh terus sertai kelas live mengikut tarikh yang diberi tapi jika tiada kelas live, pelajar boleh tengok video rakaman yang disediakan. 


Pengalaman Belajar Asas Fotografi Kamera dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Kelas saya berlangsung selama tiga jam dan disebabkan ia adalah kelas rakaman, jadi saya ada banyak masa untuk pause dan berehat sepanjang kelas. Kelas rakaman ini boleh diakses selama sebulan selepas mendaftar dan membuat bayaran ya.


Banyak Ilmu Fotografi Digital Saya Belajar

Saya tak pasti tentang kelas yang lain kerana saya hanya sertai satu kelas sahaja iaitu kelas Fotografi Digital dan memang niat saya nak belajar tentang kamera semata-mata. Jadi saya tak mendaftar masuk untuk kelas lainnya. Namun apa yang dapat saya simpulkan dalam kelas yang dah saya sertai itu, kelasnya amat berbaloi kerana saya dapat hampir 80% ilmu baru yang saya tak pernah tahu tentang kamera sebelum ini!


Kenapa saya katakan berbaloi? Kerana saya dapat ilmu yang saya cari. Selama ini saya hanya buat pembacaan di Google dan melihat video di Youtube untuk tahu tentang cara penggunaan kamera. Bila saya sertai kelas buat pertama kalinya, baru saya tahu bahawa masih banyak yang saya tidak tahu.

Pengalaman Belajar Asas Fotografi Kamera dalam Kelas Fotografi Digital Saiful Nang

Sebelum ini saya pernah baca tentang aperture, ISO, shutter speed, white balance dan beberapa terms lain dalam fotografi tapi penggunaan secara tepat tidak saya ketahui. Setelah menyertai kelas rakaman, baru saya tahu cara untuk setkan ISO dalam ruangan indoor, cara untuk mendapatkan gambar objek bergerak dalam bentuk pegun atau cara mengambil gambar objek dalam bentuk landskap.


Banyak yang saya pelajari dalam kelas Saiful Nang ini namun masih banyak juga yang perlu saya lakukan. Saya masih belum sempat untuk buat latihan menggunakan nota yang saya ambil daripada kelas tetapi latihan demi latihan akan memantapkan pengetahuan saya mengenai cara pengendalian kamera digital. Jadi next step, saya perlu lebih banyak practice menggunakan kamera mirrorless saya.


Bagi yang berhasrat untuk buat side income bersama Saiful Nang Academy, boleh mendaftar di sini > Affiliate Saiful Nang.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Waa.. terima kasih atas perkongsian.. nanti sy share artikel nie kat adik sy.. dia pun cari kelas fotografi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, sila wak. Tapi akak lebih suka kalau ada kelas yang boleh face to face, senang nak tanya soalan yang kita taktau on the spot

      Padam
  2. dari dulu mmg suka tgk gambar yg saifulnang ambil.. menarik juga ikuti kelas dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, saiful nang ni satu nama besar dalam negara kita. Dah lama tengok gambar tapi baru sekarang saya tau dia ada buat kelas jugak

      Padam
  3. menarik pulak kelas ni.. Adda pun minat bab fotografi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehla join Ada, tapi better join kelas yang betul2 kita nak belajar. Paling kurang dah ada sikit ilmu pasal topik tu

      Padam
  4. wahhh belajar dengan sifuuuu tuuuu👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bukan sifu tu pun yang handle kelas wak. Kita tengok kelas rakaman je sobs sobs

      Padam
    2. x pe janji dpt sedut ilmuuuu bkn calang2 org tu

      Padam
  5. Balasan
    1. in shaa Allah melabur untuk ilmu sentiasa terbaik kan

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail