Tips Motivasi Diri supaya Kekal Semangat dan Positif

Hari ini saya bangun pagi dengan penuh motivasi, mungkin kerana saya tahu apa matlamat hidup saya sekarang. 


Tapi hidup saya tak selalunya positif. Terkadang kebosanan membuat rutin yang sama jadikan saya lemau dan hanya mahu habiskan masa di atas katil. Bila sakit kepala menyerang dan perut mulai boroi serta mood diri semakin down, pada masa itu saya tahu yang saya perlukan sedikit spark untuk jadikan hidup saya kembali bermotivasi dan bersemangat.


Tips Motivasi Diri supaya Bersemangat


Apa yang saya perasan, bila saya ada keazaman untuk belajar ilmu baru..saya akan jadi lebih bersemangat dan positif untuk teruskan hari. Tak kisahlah walaupun perkara yang saya nak belajar itu agak susah, berisiko atau diluar bidang saya, tapi ia tetap hasilkan spark dalam hati untuk buat saya lebih gembira meskipun sedikit.

Cara Bangkitkan Motivasi Diri supaya Tetap Semangat dan Positif


1. Belajar Perkara Baru

Saya berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa pada usia 31 tahun. Disebabkan kebosanan jadi saya belajar untuk menulis dan membuat coretan peribadi di blog. Meskipun blog ini dah lama saya buat tetapi saya langsung tak tahu secara terperinci tentang blog. Dengan menggunakan template percuma daripada blogger, saya jadikan blog hanya sekadar diari online.


Hingga akhirnya sedikit demi sedikit saya mula faham tentang blog. Jadi saya mula tukar domain, ambil template yang lebih advance dan belajar tentang SEO. Saya gembira kerana saya tetap teruskan minat menulis di blog meskipun terpaksa belajar sendiri. Bukan sahaja saya dapat berkongsi ilmu dan mencurah rasa dengan menulis, malah saya juga dapat jana pendapatan melalui blog.


Pada usia 33 tahun saya ambil peperiksaan CUTE untuk menjadi konsultan unit amanah. Saya cabar diri walaupun bukan dalam bidang yang saya belajar sebelum ini dengan niat untuk manage sendiri kewangan keluarga. Meskipun tahun ini akan jadi tahun terakhir saya sebagai konsultan (im not proud of it sebab kena terminate kerana tak perform huhu) tapi banyak ilmu yang saya belajar sepanjang menjadi konsultan. Disebabkan unit amanah ini, saya dapat urus kewangan keluarga dengan lebih baik dan mulakan langkah pertama melabur saham ketika berusia 34 tahun.


Bagi seorang surirumah yang zero knowledge tentang saham, saya sangat gembira kerana memulakan langkah pertama untuk belajar. Belajar dari mana? Saya belajar dari Google dan Youtube. Pernah merasa untung dan pernah juga merasa rugi, saya masih belajar saham sehingga kini. Dalam tahun yang sama juga saya mula keluarkan video memasak di Youtube. Namun membuat video memasak tak semudah yang disangka, perlukan banyak masa dan agak leceh prosesnya. Tapi saya gembira kerana Youtube channel saya dah mula monetize.


Kini pada usia 36 tahun, saya belajar pula programming dengan niat untuk mengajar anak-anak saya sendiri nanti. Programming agak memeningkan, tapi saya tetap nak cuba. Walaupun saya tak pasti samada saya dapat belajar sehingga berjaya (definisi berjaya saya adalah boleh ajar anak dengan lancar), tapi saya mahu give it a shot. Saya taknak menyesal selepas beberapa tahun kerana takut nak mencuba dan tak bermula awal. Perasaan menyesal itu lebih membebankan daripada cuba bermula.


Semua proses pembelajaran yang saya lalui ini jadikan hidup saya sentiasa penuh dan bermakna. Saya ada motivasi untuk bangun pagi demi belajar perkara baru. Hati saya berbunga untuk mulakan hari baru. Jadi jangan berhenti belajar kerana ia bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan malah dapat bantu kita untuk kekal bersemangat dan positif jalani hari.


2. Keluar dan Nikmati Pemandangan Luar Rumah

Seharian terperuk dalam rumah buat saya rasa lesu. Bila badan lesu, saya akan berbaring dan tidur. Banyak tidur buat saya lapar dan nak mengunyah sentiasa yang membawa kepada perut yang makin mengembang. Akhirnya kepala saya mula sakit akibat gaya hidup tak sihat serta masalah seluar dan baju yang dah tak muat untuk dipakai. Sebab itulah saya wajib untuk keluar rumah beberapa kali dalam seminggu untuk relakskan minda. 


Tapi kalau keluar rumah selalu, nanti duit pun akan banyak keluar juga.


Jarang saya keluarkan duit semasa keluar rumah. Saya pilih untuk keluar pada awal pagi untuk berjoging, kemudian saya terus ke perpustakaan untuk membaca buku dan cuci mata. Sesekali bila terasa nak minum kopi, barulah saya ke cafe untuk beli latte panas. Modal hanya RM10. Dalam seminggu hanya sekali saya akan beli latte buat hilangkan rasa mengidam, tak boleh selalu kerana saya sebolehnya cuba elakkan caffeine addict.


3. Bersenam Selalu

Bila mood down, cubalah bersenam. Kalau malu nak bersenam di luar rumah boleh saja buat senaman di dalam rumah. Paling mudah, boleh skipping atau ikut rancangan senaman yang ada di Youtube. Spend masa lebih kurang 30 minit untuk bersenam, tiga atau empat hari seminggu. Percayalah, kita akan rasa lebih gembira dan rajin pada hari itu dan mood gembira ini boleh kekal selama beberapa hari. Bila kita gembira, kita akan lebih bermotivasi untuk buat kerja.


4. Kurangkan Manis dan Jaga Pemakanan

Perkara ini paling susah dilakukan memandangkan saya sentiasa berada di rumah 24 jam dan boleh akses ke dapur pada bila-bila masa. Saya sukakan makanan manis dan saya boleh memasak tak kira masa. Sebab itu nak jaga pemakanan perlukan semangat yang tinggi dan kental. Tapi apa kaitannya antara pemakanan dan motivasi?

Cara Bangkitkan Motivasi Diri supaya Tetap Semangat dan Positif

Perasan tak bila kita makan terlalu banyak, kita akan rasa mengantuk dan lesu. Jadi pilihan untuk tidur menjadi keutamaan. Proses makan dan tidur ini akan berlanjutan terutama selepas kita makan makanan berkarbohidrat seperti nasi. Makanan manis pula buat berat badan cepat naik dan susah nak membuang. Tanpa sedar kita jadikan gaya hidup tak sihat sebagai rutin dan ini merupakan salah satu faktor mudahnya diri down terutama bila lihat individu lain mempunyai badan yang solid dan sihat.


Sebab itu saya sebolehnya elakkan gula dalam minuman untuk jadikan taste bud saya terbiasa dengan rasa tanpa manisan. Badan saya juga lebih mudah jalankan proses pencernaan sejak saya kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Dengan cara ini saya dapat elakkan badan lesu dan lemau serta tampil lebih yakin secara semulajadi.


Jadi kalau awak tengah down atau kurang motivasi sekarang, saya cadangkan untuk keluar rumah dan buat exercise terlebih dahulu sebelum mula cut sugar dan nasi. Selepas itu bolehlah mula pilih ilmu baru yang awak nak belajar dan mulakan hari dengan lebih bermotivasi. Semoga kekal bersemangat ya! Ganbatte!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tahniah Rini. Segala percubaan dan kegagalan tu jadi pemangkin untuk terus berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, semoga kita semua sama-sama berjaya dunia akhirat diah..aamiin

      Padam
  2. betul bila cuba benda baru mmg jd ada semangat! ehehe

    BalasPadam
  3. Artikel yang sangat menarik dan memberi motivasi kepada insan yang mula down seperti saya...bagaimanapun....tulisan ini memang sedap dibaca kerana ditulis dari hati dan bukan sudut SEO semata-mata

    BalasPadam
  4. setuju dgn semua point diberikan. kite manusia yg lemah dan memerlukan motivasi utk trs 'hidup'

    BalasPadam
  5. mama suka programming tapi tu la tak praktikkan .. tq for tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah kan programming ni, kena pulun belajar. Saya baru belajar sikit, eh dah rasa penat otak

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail