Kad yang sama ini juga saya gunakan untuk semua aktiviti belian yang lain samada untuk belian atas talian atau secara offline. Dengan jumlah yang agak besar dalam akaun bank yang satu-satunya saya gunakan, jadi saya rasa memang berbahaya sangat untuk saya aktifkan fungsi paywave pada kad bank ini.
Lagi pula saya tak pernah terima mesej setiap kali buat bayaran dengan gunakan paywave kad saya sebelum ini. Jadi nak taknak saya rasa saya kena hentikan fungsi paywave untuk elakkan masalah di kemudian hari. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan.
Cara nak Stopkan Fungsi Paywave Maybank
Semua maklumat di hujung jari, jadi saya Google je cara untuk stopkan fungsi paywave ni. Ada dua cara yang boleh saya lakukan samada buat di ATM machine atau secara online. Saya pilih cara kedua kerana saya malas nak bersiap keluar hanya semata-mata untuk hentikan fungsi paywave pada kad bank. Lagipun tak sampai lima minit saya dah siap selesaikan urusan ini secara online. Cepat dan mudah!
Ini adalah langkah untuk hentikan fungsi paywave di kad Maybank secara atas talian.
1. Pergi ke laman web Maybank.
2. Klik Setting dan pilih Cards.
3. Scroll ke bawah dan pada bahagian Contacless Limit,
tukar default limit daripada RM1000 kepada RM0.
4. Save.
Dengan cara ini, saya tak boleh gunakan fungsi paywave pada kad bank saya lagi kerana limit yang saya tetapkan adalah RM0. Pada awalnya agak susah juga kerana dah terbiasa gunakan debit kad semasa buat belian tapi sekarang saya pilih untuk gunakan aplikasi e-wallet yang ada dalam phone tiap kali buat bayaran.
Saya malas nak gunakan kad bank dan masukkan no pin di kaunter bayaran kerana risau akan dedahkan no pin pada cashier pula, jadi lagi mudah gunakan e-wallet saja. Bayaran menggunakan e-wallet perlukan password yang akan dimasukkan di phone jadi saya rasa lebih selamat walaupun perlu top up setiap kali nak gunakannya. Eh, saya juga baru je lepas naik belon udara panas di Jom Heboh dengan bayaran seringgit menggunakan e-wallet (excited tak habis lagi ni) :P
Sesetengah e-wallet juga ada berikan point atau rewards setiap kali kita buat bayaran menggunakan aplikasi mereka. Jadi sambil membeli, saya boleh kumpul points. Lega sikit hati bila dah hentikan fungsi paywave ni, paling kurang tak rasa risau walaupun barang penting hilang atau dicuri kerana saya boleh terus call bank untuk batalkan kad tanpa si pencuri boleh keluarkan wang dari simpanan bank saya. Pheww..
14 Ulasan
Hurm..terfikir jugak benda ni. OK nanti saya explore pasal ni. Thanks for sharing ye
BalasPadamWelcome, semoga bermanfaat ya
Padamlagi banyak duit dalam bank lagi risau...tapi kerisauan berganda jika tiada wang dalam bank atau tunai...boleh ke macam tu hehehe
BalasPadamAish..tiada wang dalam bank tu memang akan kasi double triple effect kerisauanlah tuan..tahap makan tak kenyang, tidur tak lena dah tu
PadamSelalu terbayang juga kalau kad bank hilang atau dicuri memang naya la orang tu sempat guna kan
BalasPadamItulah diah..satu lagi yang saya risau guna, MAE app. Yang tu kalau hilang phone memang sempatlah hilang duit dalam bank sebab scan tak perlu masuk password pun. Sebab tu uninstall sekarang
PadamSha pun lebih suka guna ewallet.. Memang seram dengan paywave ni..
BalasPadamKan? Elak lah selagi boleh ni, kita guna cara susah tapi kurang bahaya
Padambaru td terbaca kat fb. org tua yg x de kad atm x de apps bank x guna hp canggih. yg cuma ada buku bank dan simpan di bank yg dipercayai umat islam di malaysia... hlg dan ghaib tanpa dikesan. serammm... tp suka atau tidak sy terpaksa gn paywave sbb ada kedai yg sy pegi x gn qr code lg utk buat transaksi pembayaran/e wallet
BalasPadamSaya pun ada terbaca cerita yang lebih kurang sama di Twitter. Harap dijauhkanlah dari terkena benda begini pada kita dan ahli keluarga. Boleh buat tak lena tidur malam kalau kena ni, nauzubillah..
Padamkdg2 paywave ni mmg merisaukan kalau kad tu jatuh ke tgn org lain kan
BalasPadamKan? Itu yang paling merisaukan tu
PadamSkrg ni mcm2 cara pencuri curi duit org, kan... Blm ready lg utk stop paywave, walalupun jrg guna kad debit. Mgkn satu hari nanti terpaksa consider jg.
BalasPadamOrang yang jarang guna kad debit maybe sebab suka guna ewallet atau kredit kad, betul ke wak?
Padam