Ramadan dan buffet berpisah tiada. Setelah penat berlapar di siang hari, tentulah kita mengharapkan menu yang lazat dan istimewa untuk dinikmati saat berbuka puasa. Begitu juga dengan saya. Jadi sebab itulah saya ke AnCasa Royale Pekan Pahang pada hujung minggu yang lalu untuk menikmat hidangan buffet ramadan yang ditawarkan di hotel tersebut.
Ramadan Buffet Poh Paleh Wey
Dengan tagline 'Poh Paleh Wey' yang membawa maksud 'hebatlah awak!', memang kebanyakan menu yang disajikan di AnCasa Royale Hotel ini memang hebat dalam erti kata sedappp sangat! Ada pelbagai menu menarik dan istimewa yang disajikan dan paling penting, ada banyak pilihan desserts untuk saya cuba.
Harga buffet bagi seorang dewasa adalah RM98 manakala bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan golongan veteran berumur 60 tahun ke atas pula pada harga RM58 seorang. Percuma untuk Ameera yang berumur di bawah usia 6 tahun dan ke bawah.
Sedap menjamu selera punya pasal, tak perasan yang kami dah berada di sana sehingga hampir masuk waktu Isyak. Tapi tak mengapalah, kami kan tengah bermusafir..jadi boleh jamak dan qasar sahaja solat. Sebelum terlupa, waktu buffet bermula jam 6.30 petang sehingga jam 9.30 malam. Jadi, awak boleh makan sampai kenyang ya!
AnCasa Royale Pekan Tawar Menu Lazat dan Menyelerakan
Bertemakan hidangan Poh Paleh Wey, terdapat beberapa bahagian seperti Poh Paleh Wey Sambal, Poh Paleh Wey Pembuka Selera, Poh Paleh Wey Hidangan Utama, Poh Paleh Wey Minuman, Poh Paleh Wey BBQ Malaysia, Poh Paleh Wey Kerabu, Poh Paleh Wey Air Batu, Poh Paleh Wey Kuali Panas, Poh Paleh Wey Pondok Gulai, Poh Paleh Wey Goreng&Sup dan Poh Paleh Wey Manisan di ruang buffet.
Sebaik masuk sahaja, mata saya terusan tertumpu ke bahagian Poh Paleh Wey Manisan. Bagi peminat pencuci mulut macam saya, kaunter manisan dan desserts adalah kaunter yang paling menggembirakan. Saat membayangkan suasana berbuka puasa dengan hidangan lembut dan manis sahaja sudah cukup mengecurkan liur apatah lagi bila lihat terdapat hampir 30 jenis pencuci mulut beraneka rupa terletak di ruangan Poh Paleh Wey Manisan, memang tak duduk diam saya dibuatnya.
Saat terlihat deretan balang air di Poh Paleh Wey Minuman, terasa kering pula tekak setelah menjamu mata dengan aneka warna dan pelbagai bentuk desserts yang tersedia. Mahu rasanya saya ke kaunter dan mengambil gelas tersedia untuk menyejukkan tekak tapi apakan daya, saya sedang berpuasa.
Bagi peminat sambal dan makanan pedas, wajib ke Poh Paleh Wey Sambal kerana terdapat beberapa jenis pilihan sambal untuk dinikmati seperti sambal kicap pedas, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal cencalok dan sambal terkenal AnCasa iaitu sambal mangga.
Tak selera nak buka puasa di hotel sebab tak ada hidangan ala kampung? Eh, siapa kata takde? Saya boleh dapatkan ulam-ulaman kampung, tapai ubi kayu, ikan masin talang, jeruk gelama dan jantung pisang di Poh Paleh Wey Pembuka Selera. Nak makan ulam-ulaman sambil cicah sambal tempoyak? Di buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang ini pun boleh dapat tau.
Kalau masih rasa takde selera nak makan, apa kata ke Poh Paleh Wey Kerabu. Seleksi kerabu yang selalu disediakan oleh orang lama dahulu kala seperti kerabu kaki ayam, kerabu daging pedas berserai dan kerabu kerang ada tersedia di sini.
Tak sah kalau tak pekena murtabak dan roti john di bulan puasa kan? Saya dapatkan keduanya di Poh Paleh Wey Kuali Panas dan tak lupa juga saya dapatkan hidangan kambing golek di Poh Paleh Wey Pondok Gulai. Nak makan goreng-goreng pun boleh, ambil sahaja juadah pilihan di Poh Paleh Wey Goreng&Sup.
Tak lepaskan peluang untuk dapatkan juadah bakar, saya ke Poh Paleh Wey BBQ Malaysia yang menyediakan hidangan berasaskan bakar seperti kerang dan talapia bakar. Semua kaunter ini terletak di ruangan luar yang mana saya boleh lihat secara live kebanyakan chef sedang beraksi untuk menyediakan menu hidangan berbuka puasa kami nanti.
Tak complete berbuka puasa tanpa hidangan nasi. Saya ke Poh Paleh Wey Hidangan Utama untuk dapatkan hidangan nasi beriani dan nasi putih. Dengan seleksi lauk yang pelbagai, rambang pula mata nak buat pilihan. Tak fikir panjang, saya ambil nasi beriani dengan lauk kari kambing kentang, tempe sambal jawa dan puyuh goreng berserai untuk juadah berbuka saya.
Tersandar kekenyangan kami setelah berbuka puasa, tak mampu nak bangun awal memandangkan terlalu banyak yang masuk ke dalam perut dan kami masih lagi tak mahu berhenti makan. Daripada juadah kegemaran saya iaitu desserts sehinggalah kepada hidangan utama nasi beriani, semuanya sedap dan kena dengan tekak saya.
Paling saya suka tentulah panna cotta, lemon cheesecake, blueberry cheesecake dan tiramisu cake. Semuanya sedap dan tak terlalu manis. Juadah paling laju masuk ke dalam mulut saya saat berbuka puasa adalah panna cotta, memang sedap. Kari kambing kentang dan puyuh goreng juga amat menyelerakan. Cukup perapan dan cukup rasa serta lembut dagingnya. Tak lupa juga roti john dan murtabak yang kaya inti.
Saya juga dapatkan air batu campur daripada Poh Paleh Wey Air Batu. Tak sangka ABC yang saya buat sedap rasanya (ehem, angkat bakul sendiri ni). Sayangnya saya tak sempat nak cuba patin masak tempoyak dan makan aiskrim macam selalu saya buat jika makan buffet sebegini.
Kalau diberi pilihan, saya pasti akan datang lagi untuk berbuka di buffet ramadan AnCasa Royale Pekan Pahang dan mencuba semua menu yang tak sempat saya makan. Lagi pun saya masih nak makan nasi beriani yang sedap dan cuba semua jenis desserts yang ada. Berbaloi tau berbuka di buffet ramadan Poh Paleh Wey AnCasa Royale Pekan Pahang ni! Semua sedap!
Nak booking? Awak boleh terus call ke talian ni 018-916 1462. Book cepat kalau tak fullhouse nanti, tak dapat nak tolonglah.
2 Ulasan
Murtabak dan kambing golek confirm ramai peminatnya tu nti.
BalasPadamsedap2 menu semuanya tuuu
wah bergegar tali perut tgk gambar makanan sedap2.. boleh consider la nanti kalau mama ke sana
BalasPadam