Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature untuk Kulit Berminyak

Bermula tahun lepas, saya kembali ke pusat kecantikan untuk lakukan facial wajah, suatu rutin yang dah lama saya tinggalkan sejak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi sekarang bila anak-anak dah mula ke sekolah, jadi saya ada banyak me time untuk diri sendiri.


Kali terakhir saya buat facial adalah pada awal tahun ini. Itu pun bila saya perasan kulit wajah nampak kusam walaupun saya dah buat kesemua rutin jagaan wajah yang saya tahu. Mungkin saya ada skip beberapa langkah penggunaan skincare tapi saya tak fikir ia akan sebabkan wajah saya jadi berminyak dan nampak kusam begitu.


Masalah Pori Besar dan Kulit Berminyak



Setelah wajah saya discan sebelum rawatan dilakukan, keputusan yang diperoleh bagi condition kulit saya adalah teruk. Pori wajah besar dengan kulit berminyak dan kusam serta tona kulit tak sekata. Satu-satunya yang boleh saya banggakan hanyalah perlindungan wajah daripada sinaran UV adalah baik.


Secara jujurnya saya seringkali skip bahagian di mana saya perlu pakai moisturiser pada wajah kerana saya ada kenangan buruk dengan moisturiser. Sejak pertengahan usia 20-an, muka saya mula ditumbuhi milea seed. Pada awalnya saya tak perasan kewujudannya dan anggap ia adalah jerawat biasa.


Setelah milia seed mula merebak ke bawah kedua belah mata, barulah saya mula google tentangnya. Sejak itu baru saya tahu yang milia seed atau disebut bintik kolesterol adalah biji-biji kecil yang terhasil di sekitar mata akibat blockage pada liang pori, yang mana dalam biji kecil itu mengandungi minyak atau sebum yang terperangkap.


Kehadiran milia seed boleh diakibatkan oleh beberapa faktor namun saya percaya milia seed yang muncul di wajah saya adalah akibat penggunaan moisturiser yang bersifat oil-based. Mana saya tahu pada waktu itu yang kulit jenis combination saya tak sesuai menggunakan skincare bersifat oil-based. Apa yang saya tahu adalah wajib pakai moisturiser untuk hidrat kulit supaya kulit lembap sentiasa. 


Trauma adalah perkataan yang sesuai untuk gambarkan perasaan saya tentang moisturiser. Akibat kesilapan menggunakan moisturiser yang tak sesuai, wajah saya rosak. Tambah menyedihkan adalah milia seed tak mudah dihilangkan dan kos untuk membuang satu milia seed adalah sangat mahal dan hanya dapat dibuang melalui rawatan laser. 


Sangat sedikit kefahaman saya tentang moisturiser sehinggakan pada ketika berumur 30-an pun saya masih melakukan kesilapan tentang moisturiser. Saya seringkali skip penggunaan moisturiser kerana bimbang milia seed di bawah mata bertambah memandangkan ia mudah merebak.


Punca Kulit Berminyak


Itulah sebabnya mengapa saya skip penggunaan moisturiser. Tapi tau tak apa jadi bila saya tak pakai moisturiser? Kulit berminyak dan liang pori terbuka menyebabkan muka nampak kusam. Pendek kata masalah muka yang terjadi adalah akibat saya skip penggunaan moisturiser :(


Macam tak logik je skip pakai moisturiser boleh sebabkan liang pori membesar dan kulit berminyak. Macammana boleh jadi macamtu?


Sebenarnya moisturiser menghalang wajah daripada kehilangan air. Jadi bila tak pakai moisturiser, wajah mudah kehilangan air dan dehidrat. Bila dehidrat, sebum akan dihasilkan untuk mengelakkan kulit wajah daripada kehilangan air. 



Namun penghasilan sebum secara berlebihan membuatkan liang pori membesar serta menjadikan kulit wajah jadi berminyak. Tambah memburukkan keadaan bila sel kulit mati menutup liang pori menyebabkan berlaku masalah jerawat atau milia seed. Sejak daripada rawatan muka itu, saya kembali konsisten membuat penjagaan kulit wajah tanpa skip penggunaan moisturiser. 


Aqua Whitening Cream Skincare Kulit Berminyak


Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature untuk Kulit Berminyak Saya

Jadi sekarang moisturiser apa yang saya pakai? Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature! Produk daripada Korea ini memang menepati ciri-ciri moisturiser yang saya cari kerana ia ringan, senang meresap ke dalam kulit wajah, mudah disapu dan yang paling penting ia bersifat water-based.


Meskipun hadir dalam bentuk krim berwarna putih namun apabila disapu pada permukaan kulit, saya dapat lihat titis air terbentuk. Ini lagi menguatkan keyakinan saya untuk menggunakan Aqua Whitening Cream kerana saya dapat lihat sendiri bukti pembentukan air yang mana membawa maksud ia benar-benar bersifat water-based! Awak boleh tengok bukti seperti dalam gambar di bawah okeh.


Kandungan Utama 

Mengandungi Niacinamide dan minyak biji Camellia Japonica sebagai bahan utama, inilah antara sebab mengapa Aqua Whitening Cream sangat baik untuk penjagaan kulit wajah. Niacinamide berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dengan bertindak sebagai sistem pertahanan pertama yang melindungi kulit wajah daripada pencemaran dan sinaran UV.


Manakala minyak biji Camellia Japonica yang mengandungi paras asid lemak tinggi membantu menghalang kehilangan air dalam wajah dan membaiki kerosakan sel daripada dalam. Ini bermaksud Aqua Whitening Cream memberi perlindungan maksimum dengan cara merawat dan melindungi sekaligus mengembalikan kulit wajah yang lembap dan bersih tanpa minyak.

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature untuk Kulit Berminyak Saya


Keistimewaan

Kelebihan menggunakan Aqua Whitening Cream dalam rutin penjagaan muka tidak terhad kepada mengurangkan minyak pada wajah sahaja, ia tawarkan lebih daripada itu. Antaranya adalah:

  • Membaiki sel kulit rosak
  • Mengawal sebum berlebihan
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Membaiki keradangan pada wajah
  • Mengekalkan kelembapan dan mencegah kehilangan air
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinar UV

Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

Basic skincare rutin yang wajib saya buat setiap hari adalah mencuci muka menggunakan pencuci, diikuti toner, moisturiser dan sunscreen. Jika datang mood rajin, saya tambah penggunaan essence dan serum serta pemakaian mask pada wajah.


Saya hanya sapu Aqua Whitening Cream dalam kuantiti kecil sahaja pada wajah sebelum menggunakan sunscreen. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan moisturiser saya malah juga membantu mempercepatkan proses pengeringan moisturiser pada wajah, jadi saya mudah menggunakan sunscreen untuk langkah seterusnya. Guna dua kali sehari setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.


Kulit Lembap dan Anjal selepas Amal Aqua Whitening Cream


Sejak amalkan pemakaian Aqua Whitening Cream, saya dapat lihat pori muka makin mengecil dan kulit wajah saya kurang berminyak berbanding dulu. Wajah juga jadi lebih lembap dan nampak anjal dengan kedutan yang kurang kelihatan kini. 


Saya yakin jika wajah saya discan, tentu resultnya akan lebih baik sekarang. Temujanji seterusnya untuk saya melakukan facial adalah pada esok hari. Jadi kita tengok macammana hasilnya setelah saya lakukan rutin harian secara teratur dan betul dengan pemakaian moisturiser setiap hari.


Saya yakin dengan moisturiser yang saya pakai sekarang kerana ia bersifat water-based. Malah saya boleh lihat titis air terbentuk tiap kali saya apply moisturiser Aqua Whitening Cream pada kulit wajah. Jadi saya tak risau lagi nak pakai moisturiser walau ada milia seed di bawah mata kerana saya tahu ia tak akan bertambah kerana saya memakai moisturiser yang sesuai dengan kulit wajah saya.


Kat Mana nak Beli Aqua Whitening Cream?


Semuanya di hujung jari je untuk dapatkan produk daripada Hansaegee Nature ni. Awak boleh klik mana-mana pautan di bawah untuk lebih maklumat lanjut:



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. AD pon ade seketul dua..mmg tak hilang smpai sekarang..cuma masih berhati hati memilih bahan kosmetik

    BalasPadam
  2. Alamak! Adda pun tak pakai moisturiser.. 😅 Punya la pemalas teruk. Adoiii.

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail