Dah lama saya tak buat facial di spa. Waktu kerja dulu, saya ada banyak masa free untuk keluar kemana-mana kerana anak ditinggalkan di nursery, jadi bila-bila masa saya boleh ke spa. Tapi bila dah jadi fulltime housewife, perkara yang paling difikirkan sebelum ke mana-mana, mestilah anak.
Akhir tahun lepas, husband buat surprised dengan belanja facial di spa dan bawa anak-anak keluar bersamanya. What a relief! Dah lama tak rasa muka kena urut. Since husband dah booking slot, jadi saya cuma walk-in sajalah ke spa.
Berbeza dengan spa yang pernah saya pergi sebelum ini, di sini, saya diberi consultation terlebih dahulu mengenai kulit muka saya sebelum memulakan sesi facial. Dengan menggunakan mesin, kulit muka saya diimbas dan tahap kesihatan muka akan dikeluarkan di skrin dengan skor tertentu. Dan saya dapat skor kulit muka berusia 38 tahun! Oh no! Tua daripada usia.
Salah Faham tentang Rutin Penjagaan Muka
Saya akui yang saya memang tak amalkan rutin penjagaan muka yang betul setiap hari. Tiap kali rasa nak cuci muka, baru saya akan buat rutin jagaan muka. Ada yang saya skip sebab malas dan ada rutin yang saya memang kurangkan buat. Rupanya ada banyak salah faham saya tentang rutin penjagaan muka yang menyebabkan kulit muka saya rosak sekarang.
1. Kurang Guna Moisturiser untuk Elak Milea Bertambah
Ini adalah antara salah faham saya yang pertama ---> Disebabkan saya alami masalah milea (bintik kolesterol) di bawah mata, jadi saya memang hadkan penggunaan moisturiser. Ini kerana, daripada pembacaan saya (macam biasa baca melalui Google lah), salah satu punca berlaku masalah milea adalah kerana penggunaan moisturiser di bawah mata dan juga guna moisturiser jenis yang berminyak kerana tak sesuai dengan kulit jenis combination saya. Jadi saya sebolehnya elakkan daripada letak apa-apa krim atau pelembap di bawah mata walaupun ia bersifat water-based kerana risau akan menambahkan lagi bilangan milea di bawah mata.
2. Tiada Masalah Mata Panda jadi Tak Perlu Guna Eye Gel
Salah faham saya yang kedua adalah saya tak pakai gel mata meskipun terdapat gel mata di rumah. Pada anggapan saya, gel mata cuma digunakan untuk menghilangkan mata panda dan saya kurang alami masalah mata panda. Jadi kalau saya tak pakai eye gel secara kerap pun tak mengapa kerana saya tiada masalah itu. Saya hanya sapu eye gel bila nampak sekeliling mata semakin menghitam dan selebihnya saya biarkan saja eye gel berada dalam bekas mekap tanpa diganggu.
3. Tak Perlu Double Cleanse untuk Hilangkan Mekap di Wajah
Salah faham yang ketiga pula adalah saya tak perlu buat double cleanse bila nak hilangkan mekap pada wajah. Selama ini saya fikir saya cuma perlu cuci muka dengan cleanser dan teruskan rutin jagaan muka seterusnya tanpa perlu hilangkan mekap di wajah dengan mekap remover terlebih dahulu kerana ia agak melecehkan. Sangkaan saya, itu dah memadai untuk bersihkan semua kesan mekap di wajah kerana cleanser kan bersifat mencuci, jadi tentulah semua mekap akan dicuci bersih. Tapi rupanya saya silap.
Rutin Harian Penjagaan Muka dan Tips
Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas kecantikan tentang basic penjagaan muka semasa bekerja di Watson. Semua staff wajib tahu tentang basic step ini untuk memudahkan staf memberi cadangan produk kepada pelanggan yang datang ke kedai. Basic step tersebut adalah Cleanser > Toner > Moisturiser dan setiap langkah ini wajib dilakukan setiap hari.
Walau bagaimana pun, semakin hari semakin banyak produk terhasil dan kebanyakan produk di pasaran kini datang dengan nama berbeza. Serum, krim serum, essence water dan sebagainya. Apa yang saya boleh katakan adalah semakin meningkat umur seseorang, semakin banyak masalah muka yang akan dihadapi dan semakin banyak produk yang perlu dipakai di wajah untuk mengembalikan semula kecantikannya.
Jadi di bawah ini, saya kongsikan step advance bagi mereka yang berada dalam lingkungan usia seperti saya iaitu 30-an ke atas.
1. Rutin Pagi
Mulakan hari dengan mencuci muka menggunakan cleanser diikuti dengan toner. Kemudian gunakan serum dan moisturiser serta akhir sekali pakai sunscreen. Jangan abaikan penggunaan suncreen dalam melakukan aktiviti harian meski hanya duduk di rumah kerana setiap hari kita akan terdedah kepada sinaran UV yang boleh merosakkan lapisan kulit wajah tak kira pada permukaan atau dalam kulit.
Cleanser > Toner > Serum > Moisturiser > Sunscreen
2. Rutin Malam
Setelah penat melakukan aktiviti seharian, pastikan kita melakukan double cleanse sebelum mula mencuci muka dengan menggunakan cleanser. Seterusnya gunakan toner dan ulangi proses seperti rutin pagi iaitu sapukan serum dan moisturiser. Tak perlu pakai sunscreen pula pada waktu nak tidur. Buat bazir sunscreen je nanti :P
Double cleanse > Cleanser > Toner > Serum > Misturiser > Eye Gel
Selain daripada rutin di atas, sesekali saya akan guna juga mask untuk buat terapi muka. Mask sheet adalah kesukaan saya dan brand mask sheet yang paling saya suka adalah Loreal. Tiap kali lepas pakai mask sheet, lelehan cecair yang ada, saya akan jadikan sebagai cecair urutan muka kerana teksturnya yang licin dan tak kesat memang membantu untuk sesi terapi wajah.
Tapi untuk moisturiser dan sunblock, saya sarankan awak guna brand ini kerana saya dah jatuh hati dengan kedua-dua produk daripada jenama >> Hansaegee Nature. Kalau awak ada kulit muka yang bersih dan tiada masalah, alangkah beruntungnya awak. Jaga seeloknya sebelum rosak macam kulit muka saya ya :(
6 Ulasan
thanks for sharing sis. saya pun dah lama tak pergi spa. Ada masalah milea jugak dan masih berperang dengan jerawat walaupun dah 30an. pakai mask lagi teruk muka jadinya. huhu
BalasPadamAlahai, kita geng la wak. Apa caranya nak hilangkan milea ni. Buntu dah memikior
PadamTidak semua ada rezeki dengan muka yang licin macam baby
BalasPadamMungkin saya ada kulit baby masa kecil dulu tapi dah besar jadi kulit tua pulak :(
Padamserum dgn eye gel je sy x guna. yg lain2 mmg buat
BalasPadamTq for sharing the info sis. baru tau eye cream bukan untuk mereka yang ada masalah mata panda huhuhu
BalasPadam