Bedang atau Terkena Ludah Jin? Apa Pun Gegata Ini Menyeksakan

Minggu lepas saya alami kegatalan luar biasa yang dipanggil gegata atau sopak air, juga dikenali sebagai ludah jin. Tapi paling senang saya panggil bedang kerana panggilan ini sinonim dengan saya sejak kecil.


Pertama kali saya terkena bedang adalah semasa berusia 12 tahun. Saya masih ingat pada saat bangun pagi, badan saya gatal-gatal. Bila digaru, kegatalan merebak ke bahagian badan lain dan membentuk ruam menggelembung berwarna merah. Ruam itulah penyebab rasa gatal yang mana makin saya garu makin banyak pula munculnya.


Bedang atau Terkena Ludah Jin? Apa Pun Gegata Ini Menyeksakan


Pada masa itu, saya anggap bedang terhasil akibat faktor pemakanan saya yang tak berapa sihat. Di sekolah, boleh dikatakan setiap hari saya makan twisties 30 sen yang dibeli daripada koperasi sekolah. Disebabkan makanan ringan ada kandungan preservatives dan perwarna tambahan yang tak elok untuk badan, jadi saya anggap itulah punca saya terkena bedang.


Setelah meningkat dewasa, saya langsung tak terkena bedang lagi. Sehinggalah dua tiga tahun kebelakangan ini, bedang kembali menghantui hidup saya. Rasa gatalnya itu, Ya Allah, serasa nak garu seluruh badan hingga tercabut kulit. Buntu juga otak memikirkan apa penyebab bedang yang terjadi ini.


Punca Bedang

Ada  yang kata bedang terhasil akibat ludah jin. Memang saya rasa mengarut sebab jin ada di mana-mana dalam dunia ini, jadi kenapa tak kena pada orang lain? Contohnya mereka yang tengah berkerja, apa tiada jin kah di tempat kerja mereka? Mustahil tiada kerana kita berkongsi alam dengan mereka, tempat tinggal kita juga adalah tempat tinggal mereka. Jadi possibility jin nak meludah itu kan tinggi.


Namun sesekali datang juga rasa setuju yang mungkin juga saya terkena ludah jin kerana sejak dua tiga minggu ini, kami aktif dan sering naik bukit melakukan aktiviti hiking. Dalam seminggu adalah 4 hingga lima kali kami buat aktiviti fizikal ini. Jadi mungkin juga saya terkena ludah jin semasa sedang hiking? Wallahualam..


Tapi apa yang pasti, saya perlu elakkan makanan tambahan dalam bentuk sachet kerana saya percaya bedang yang dialami sekarang ini berpunca daripada supplement serbuk yang saya dapat untuk review. Alkisahnya, saya seringkali terima produk untuk direview. Produk berasaskan supplement tambahan untuk kecantikan sinonim saya terima dan masuk kali ini, sudah dua kali badan saya alami bedang selepas saya amalkan supplement berbentuk sachet yang diterima untuk review proses.


Bedang atau Terkena Ludah Jin? Apa Pun Gegata Ini Menyeksakan
Sumber Google


Tahun lepas, saya alami juga bedang namun saya agak bodoh pada masa itu. Saya tak terfikir untuk ke klinik atau farmasi bagi membeli ubat sebaliknya saya hanya bertahan sahaja kerana memikirkan ia penyakit yang mudah hilang. Akibatnya setiap hari saya menggaru badan sehingga luka. 


Tiga tahun lepas pula saya alergik dengan supplement review yang diterima hingga mengakibatkan saya batuk teruk dan terpaksa ke hospital akibat batuk yang tiada penghujungnya. Mungkin ada bahan yang tak sesuai untuk saya dalam supplement tersebut, apa yang pasti supplement tersebut datang dalam kotak yang berisi sachet minuman. Mungkin lepas ini saya perlu elakkan terima job review bagi produk supplement sedemikian bentuk agaknya..ermm..


Seawal tahun 2022 ini pula, saya diuji dengan bedang. Sudahlah job review masih banyak yang belum diselesaikan, ditambah dengan suami yang sakit gout secara tiba-tiba. Ujian kan. Walau bagaimana pun tahun ini saya dah agak cerdik sedikit. Saya google tentang penyakit ini dan ambil tahu apa yang saya perlu buat bila alami masalah gegata.


Gegata Apa Nak Buat?

Bagi kes saya, gejala gegata yang saya alami tidaklah kronik. Jadi saya boleh terus ke farmasi untuk beli ubat yang mengandungi anti-histamine. Bedang terhasil apabila ada faktor yang merangsang penghasilan histamine dalam tubuh badan menyebabkan rasa gatal timbul. Jadi untuk kurangkan kegatalan, kita perlu makan ubat anti-histamine bagi menghentikan penghasilan histamine dalam badan.


Selain itu, boleh juga dapatkan lotion gatal yang mengandungi calamine untuk menyejukkan badan. Bedang juga timbul akibat kulit kering dan kurang lembapan. Jadi pemakaian lotion yang sesuai dapat mengurangkan masalah kegatalan pada badan. Kedua-dua produk ini boleh dibeli daripada farmasi dengan harga di bawah RM20.


Apa pun dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu adalah yang terbaik. Jika gegata berpanjangan, jangan dibiarkan. Kesan gegata boleh membawa maut sekiranya saluran pernafasan membengkak akibat serangan gegata sekaligus menyukarkan pernafasan seseorang. Jadi, berjumpalah doktor segera untuk mengelakkan masalah berpanjangan.


Alhamdulillah, gegata saya semakin berkurangan. Setelah saya telan dua biji pil loratadine, akhirnya saya berhenti menggaru. Jadi awak yang sedang menanggung kegatalan akibat ludah jin ini, cepat-cepat ke farmasi untuk dapatkan ubat anti-histamine! Semoga cepat sihat ya :)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alahai. Kesiannya awak. thanks for sharing. kena kenal pasti alergi apa supaya tak kena lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tapi nak cari punca tu yang payah. Semua aspek kena ambil kira kan

      Padam
  2. memang terseksa. paling x suka kalu garu terbit darah benci!

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail