Hanya mereka yang pernah berdepan dengan masalah kulit akan faham betapa penting dan sukarnya mendapatkan rawatan kulit yang terbaik bagi menghilangkan kesakitan serta rasa malu apabila berhadapan dengan orang ramai akibat masalah dideritai.
Saya adalah salah seorang individu yang pernah mengalami masalah kulit dan mempunyai
pengalaman mendapatkan rawatan di klinik kulit. Sepertimana saya mengharapkan
agar masalah kulit saya segera hilang, saya juga turut meletakkan harapan
tinggi pada doktor yang merawat saya pada ketika itu. Walau bagaimana pun,
masalah yang saya alami tidak segera pulih malahan saya terpaksa pula ke klinik
lain kerana tiada kesan kesembuhan yang dapat saya lihat selepas mendapatkan
rawatan daripada klinik tersebut.
Sejak itu saya tahu bahawa, untuk
mendapatkan rawatan di sesuatu klinik kulit, penting untuk saya ambil kira
beberapa kriteria tertentu sebelum terus mendapatkan rawatan.
Apa itu Rawatan Estetik?
Tidak hanya menawarkan rawatan
bagi masalah kulit, kebanyakan klinik kulit kini turut menawarkan rawatan
estetik kepada pesakit mereka. Apa itu rawatan estetik? Rawatan estetik adalah rawatan
yang melibatkan proses pengubahsuaian pada sesetengah anggota samada di wajah
atau badan demi untuk mengembalikan kecantikan pada bahagian tersebut atau
menguatkan sesuatu anggota badan.
Rawatan estetik secara umumnya sangat terkenal di kalangan wanita kerana rawatan ini mampu mengembalikan kecantikan yang memudar seiring peningkatan usia disebabkan oleh faktor pemakanan atau gaya hidup tidak sihat. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa kaum wanita lebih cenderung melakukan rawatan estetik berbanding lelaki.
Sesetengah proses rawatan estetik akan melibatkan suntikan atau pembedahan kecil di mana prosedurnya perlu dilakukan secara teratur dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Oleh sebab itu, kebiasaannya pengamal perubatan dalam bidang ini merupakan doktor pakar estetik yang bertauliah dan terlatih dalam bidang estetik.
Meski pun banyak pusat kecantikan kulit dan estetik yang muncul bagai
cendawan selepas hujan pada masa kini, namun ia bukan bermaksud semua pusat ini
mendapat pengikhtirafan sepenuhnya oleh badan berwajib seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM). Beberapa perkara asas perlu diambil kira sebelum mula
mendapatkan rawatan bagi memastikan proses rawatan berjalan lancar dan selamat.
Soalan Perlu ditanya Sebelum Mula Mendapatkan Rawatan
Oh, maksudnya klinik estetik ini sama saja macam pusat kecantikan biasalah ya? Kalau macam tu, baik saya dapatkan rawatan di pusat kecantikan saja, bayarannya pun tentu lebih murah.
Pusat kecantikan biasa mungkin
menawarkan rawatan kulit dan estetik yang hampir sama seperti di klinik namun
adakah anda yakin untuk melakukan rawatan yang melibatkan nyawa di pusat
kecantikan?
Rawatan di klinik kulit dan estetik sudah tentu tidak semurah berbanding pusat kecantikan biasa kerana ia melibatkan prosedur sulit dan berbahaya. Doktor perlu meneliti sejarah perubatan terdahulu pesakit dan mengetahui jenis darah mereka sebelum memulakan rawatan demi untuk mengelakkan sebarang komplikasi berlaku ketika rawatan dijalankan, yang mana langkah awal ini tentu tidak dilakukan di pusat kecantikan biasa.
Doktor estetik memegang tanggungjawab besar demi memastikan proses rawatan berjalan lancar. Oleh sebab itu wajib bagi doktor yang menjalankan prosedur rawatan mempunyai sijil diikhtiraf demi mengelakkan berlaku kes kecacatan atau kematian selepas rawatan. Yang pastinya kita sebagai pesakit tentu amat mengharapkan agar masalah dihadapi akan segera pulih tanpa sebarang kesan sampingan yang bakal timbul di kemudian hari.
Oleh sebab itu penting untuk dapatkan rawatan di klinik yang bertauliah dan diperakui oleh KKM. Jom lihat beberapa soalan yang boleh ditanya semasa membuat temujanji bagi mendapatkan rawatan kulit atau estetik:
- Adakah doktor dan pengamal perubatan mempunyai sijil yang diikhtiraf oleh KKM?
- Adakah mesin dan alatan yang digunakan berlesen dan disahkan untuk beroperasi?
- Rawatan apakah yang sesuai untuk masalah anda?
- Berapakah anggaran bayaran yang akan dikenakan?
- Berapa tahunkah pengalaman atau klinik telah beroperasi?
Klinik Dr Chong | Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur
Telah beroperasi selama 5 tahun dan turut merangkul anugerah BestBrands in Healthcare – Skin and
Aesthetic Clinic bagi tahun 2018-2019, Klinik Dr Chong merupakan antara
klinik kulit dan estetik terbaik di Kuala Lumpur. Mempunyai sembilan cawangan
termasuk di Selangor dan Johor Bahru, Klinik Dr Chong komited untuk memberikan
rawatan kulit dan estetik yang berkualiti tinggi serta selamat menggunakan
kemudahan perubatan berteknologi moden yang kurang menyakitkan.
Menawarkan rangkaian rawatan yang
komprehensif bagi masalah kulit wajah dan estetik samada disebabkan oleh
kesan gaya hidup, penuaan, kemalangan atau faktor luaran lain sehingga
melunturkan kecantikan kulit wajah asli yang bersih dan sihat, Klinik Dr Chong turut
menyediakan rawatan pelangsingan tubuh badan, jangkitan kulat, keguguran rambut
serta banyak lagi.
Pelanggan yang berkunjung ke
Klinik Dr Chong akan diberikan cadangan pelan rawatan optimum berdasarkan
analisis teliti oleh doktor perubatan bertauliah yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan tinggi. Penerangan terperinci mengenai rawatan yang bakal dilakukan
akan dijelaskan kepada setiap pelanggan dalam suasana kondusif bagi memahami
dan memenuhi kehendak pelanggan memiliki wajah dan tubuh idaman.
Menjadi pilihan pelanggan untuk
mendapatkan rawatan kerana menawarkan keistimewaan dari segi penjagaan kualiti
di mana proses rawatan dikendalikan orang doktor pakar yang terlatih serta menggunakan
kelengkapan dan alatan moden berteknologi tinggi, harga yang ditawarkan oleh
Klinik Dr Chong juga adalah berpatutan serta bersesuaian dengan kualiti yang
diberi.
Jika anda sedang mencari klinik kulit di Kuala Lumpur atau
klinik rawatan estetik terbaik, apa kata dapatkan konsultasi percuma daripada
kakitangan Klinik Dr Chong yang terlatih dan berpengalaman serta mesra
pelanggan hari ini. Sesi rawatan akan disesuaikan mengikut anggaran belanjawan
pelanggan, jadi tak perlu risau tentang bayaran rawatan.
Saya turut teruja apabila melihat
testimoni yang terdapat di Facebook Page Dr. Chong Clinic. Perbezaan ketara
sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat dengan jelas samada bagi masalah
kulit wajah, berat badan atau rambut gugur. Malangnya hanya terdapat klinik
estetik Dr Chong di Kuala Lumpur dan sebelah Pantai Barat sahaja, jika
ada di Terengganu saya pasti akan turut serta untuk buat rawatan kulit!
Walau pun haram hukumnya bagi umat Islam melakukan rawatan kecantikan estetik tanpa alasan yang khusus kerana ia bermaksud mengubah kejadian semulajadi seseorang, namun bagi kes tertentu yang boleh mengakibatkan kemudharatan atau kematian kepada individu yang ditimpa musibah, rawatan kulit dan estetik adalah harus demi untuk menyelamatkan nyawa.
1 Ulasan
sy pergi klinik hana je. tp skrg harga pun dah mahal. prp dulu rm200+ je laa ni dah rm400++ seremmmm
BalasPadam