Tentu ramai yang dah dengar tentang agihan pendapatan (dividen) ASB yang diumumkan oleh ASNB iaitu sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Kebetulan pada masa saya sedang skrol twitter, saya ada terbaca soalan berkaitan dividen ASB ini yang berbunyi,
Banyak ke dividen sebanyak 5.00 sen yang diberi oleh ASB?
Terbuka untuk berkongsi pandangan tentang soalan ini, jadi jom kita diskas!
Dividen ASB
Secara sepecificnya dividen ASB pada tahun ini adalah sebanyak 4.25 sen dengan tambahan bonus sebanyak 0.75 sen. Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5.00 sen. Banyak ke agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen yang diberi oleh ASNB selama setahun pelaburan anda ini?
Sebelum kita tanya banyak atau sikit dividen yang diterima, kita kena tahu dulu jenis pelaburan kita itu samada bersifat tinggi risiko atau berisiko rendah. Adakah lepas melabur, duit modal pelaburan kekal sama atau akan mengalami perubahan? Jika modal tak berubah, jadi kita boleh katakan pelaburan itu bersifat rendah risikonya tetapi jika ada perubahan modal selepas melabur, kita boleh katakan yang pelaburan itu bersifat medium atau high risk.
Pelaburan ASB adalah pelaburan unit trust bersifat low risk. Anda cuma perlu masukkan wang ke dalam akaun ASB, biar dan tunggu supaya ia membiak. Adakah anda perlu berwaspada jika harga seunit mengalami penurunan? Tak perlu kerana harga seunit dana ASB adalah tetap iaitu RM1.00 seunit, jadi harga tak akan alami kenaikan atau penurunan. Tak perlu juga berdepan adrenaline rush untuk handle akaun pelaburan anda ini kerana harga tak akan berubah.
Melainkan jika anda melabur dalam saham atau mana-mana pelaburan high risk yang lain. Hari ini anda masukkan modal, sedar-sedar esok modal anda dah jadi separuh. Paling malang bila sedar-sedar modal dah burned kesemuanya kerana kaunter yang anda labur jatuh teruk. Ha, yang ini memang perlu ketahanan mental dan emosi yang kuat dan adrenaline anda akan spike up setiap hari bila lihat portfolio pegangan anda bewarna merah kesemuanya.
Cukup ke Dividen 5.00 sen ASB?
Jika anda tak perlu fikir tentang the perfect timing for cut loss pelaburan, tak perlu risau tentang masa untuk take profit, ini maknanya pelaburan anda terjamin. Modal akan dikembalikan sama seperti macam masa mula anda melabur, jadi pada pendapat anda adakah agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen daripada ASB adalah mencukupi untuk anda?
Jika anda menyimpan dalam bank simpanan biasa, kadar faedah yang diterima adalah sangat rendah, yang mana kebiasaannya tak sampai 2% pun daripada jumlah simpanan. Berbanding ASB, anda boleh dapat 2 hingga 3 kali ganda keuntungan berbanding simpanan biasa di bank. Jika anda melabur sebanyak RM1,000, anda dapat dividen sebanyak RM50. Kalau melabur RM100,000?
Tapi Saya Nak Pulangan Lebih Tinggi
Jika anda nak dapatkan pulangan lebih tinggi, ASB bukanlah tempat yang sesuai untuk anda melabur. Namun perlu juga dingat, pulangan tinggi akan jadi nanti risiko juga tinggi. Sanggup ke lihat modal anda menyusut? Boleh ke anda tengok pelaburan yang bernilai negatif? Jika boleh dan sanggup, anda boleh melabur dalam pasaran saham atau sekarang banyak pelaburan baru yang muncul seperti NFT, Bitcoin, Crypto dan sebagainya.
Ambil masa untuk belajar dan join kelas jika perlu sebelum mula melabur bagi mengelakkan modal anda melebur. Jangan tergesa-gesa kerana anda bekerja keras untuk kumpulkan modal, tak mengapa jika lambat asalkan anda faham apa yang dilakukan dan sabar dalam mengawal emosi. Setiap pelaburan berisiko tinggi akan mengalami kerugian, namun pastikan anda fokus dan ikut trading plan anda.
Saya Nak Pulangan Tinggi tapi Risiko Rendah
Malangnya tiada perkara sedemikian rupa. Ia seperti anda mengharapkan gaji berjalan setiap bulan tanpa perlu bekerja, memang mustahil berlaku melainkan jika anda anak menteri atau raja (namun ada caranya jika anda mahu gaji berjalan setiap bulan tanpa perlu bekerja tapi cara ini perlukan modal awal yang sangat besar).
Namun sekiranya anda mengharapkan pulangan agihan pendapatan yang lebih tinggi berbanding ASB, anda boleh melabur dalam dana unit trust lain samada yang bersifat medium atau high risk dengan harga seunit dana yang berubah-ubah. Keuntungan adalah dalam dua bentuk. Pertama daripada agihan pendapatan dan kedua adalah daripada kenaikan modal.
Anda mahu untung besar? Melabur lebih banyak semasa harga jatuh, dengan cara ini anda tentukan sendiri berapa peratus keuntungan yang anda mahukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa pelaburan berisiko seperti ini memang tidak akan lari daripada merasai kerugian. Jadi anda berani? Jika berani, apa salahnya melabur sedikit dahulu dan lihat hasilnya.
2 Ulasan
pelaburan yang tinggi hasilnya ialah pahala di akhirat.
BalasPadamtopik ini meleset dari artikel ini hehehe
Eh, tak meleset la. Paling betul statement tu. Kena banyakkan amal kat dunia sebab nak dapat pelaburan tinggi kat akhirat nanti kan :)
Padam