Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu

Tak sampai dua minggu selepas kami mendaki Bukit Jelutong Terengganu, kali ini kami kembali lagi ke bukit tersebut demi membawa orang Negeri Sembilan merasai pengalaman mendaki di Terengganu.


Berbeza dengan pengalaman sebelumnya, pendakian kali ini dimulai seawal pagi. Meski jarum jam belum menyentuh angka tujuh dan hujan renyai-renyai turun menimpa bumi, namun tekad kami tetap utuh untuk meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. 


Menjejak Awan di Bukit Jelutong


Mengapa kami teruskan perjalanan meski tahu hujan sudah mulai turun? Kerana menjejak awan karpet adalah tujuan kami kali ini dan pemandangan selepas hujan di atas puncak tentu lebih cantik dengan kepulan awan berada separas dengan tapak kaki. Jadi demi misi menjejak awan di Bukit Jelutong, kami teruskan jua perjalanan ditemani kebasahan hujan dan embun pagi.


Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu

Dalam renyai hujan, tak ramai yang berada di kaki bukit namun beberapa buah kenderaan telah sedia menanti di ruangan tempat meletak kereta. Ada juga beberapa orang lelaki yang memakai baju dengan corak sama sedang mengangkut sistem audio untuk dipasang, mungkin berhasrat untuk menganjurkan program.


Tanah basah di sekitar ruangan parkir menyebabkan kami memilih untuk memarkir kereta di atas taburan rumput. Suasana sejuk dengan udara persekitaran yang menyegarkan rongga pernafasan serta titisan hujan halus menimpa wajah menambahkan lagi kedinginan pagi. Ah..segar sekali berpagian begini!


Tak tunggu panjang, kami mulakan pendakian disambut jalan tanah merah yang basah. Sempat saya ambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Gambar di kaki bukit pun sudah nampak menarik, bagaimana agaknya apabila sampai di puncak nanti?


Orang Negeri Sembilan nampaknya sudah mula lelah saat mendaki, katanya dah lama tak mendaki bukit. Kami tidak mengejar masa, jadi bergerak perlahan pun tak mengapa. Tapak kasut pula mulai memberat dengan ketulan tanah merah yang melekat akibat tanah basah ditimpa hujan. Kaki seluar juga mulai kotor dengan tanah dan peluh.


Kami tidak membawa sebarang makanan dan minuman buat mengalas perut, jadi besar harapan kami agar kedai di atas puncak dibuka pada hari itu. Hasratnya ingin membeli air buat menghilangkan kehausan dan kelelahan. Orang Negeri Sembilan sudah tak mampu bercakap kerana kering tekak, jadi air adalah keperluan kritikal buat masa ini.


Awan Karpet di Kaki Kami!


Saat hampir tiba ke puncak, harapan kami hanya tinggal harapan. Kedai yang diharapkan buka rupanya tidak. Meski kelelahan, namun kami melangkah lebih laju demi untuk berada di atas puncak. Tepat jam 8 pagi kami selamat berpijak di puncak Bukit Jelutong Terengganu. 


Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu


Saat melihat dari puncak ke bawah, hanya kekaburan yang memenuhi persekitaran. Nampak gayanya kami berjaya menjejak kawanan awan karpet kali ini! Berbeza dengan pendakian sebelumnya, tak ramai yang berada di atas puncak, mungkin akibat hujan menyebabkan puncak bukit lengang dan tidak menyesakkan.


Hujan tidak lagi turun dan kami bebas bergambar dalam terjahan awan melanggar batang tubuh. Pemandangan sekeliling agak berkabus namun saya tak pasti samada ianya adalah akibat oleh awan atau kabus, yang pasti sukar untuk kami melihat pada jarak jauh kerana penglihatan agak terbatas.


Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu


Sejuk dan nyaman saat di puncak dan mereka yang paling gembira tentulah orang Negeri Sembilan. Katanya mereka mahu kembali mendaki Bukit Jelutong selepas ini jika mereka pulang ke kampung dan kami wajib untuk turut serta. Tentulah boleh, kami on saja!


Sedar tak sedar kami yang sangat kehausan sebelum ini, entah bila lagi tidak terasa kehausannya. Asyik bergambar sambil mencari lokasi yang kelihatan strategik, pagi itu amat mendamaikan bukan sahaja mata malahan juga paru-paru. Setiap helaan nafas, membawa pertukaran udara segar dan nyaman masuk ke rongga alveoli.


Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu

Menjejak Awan di Bukit Jelutong Terengganu


Kami pasti akan kembali lagi ke Bukit Jelutong. Bukit yang tidak terlalu tinggi dengan masa pendakian hanya setengah jam, ia menawarkan pemandangan indah gumpalan awan karpet terutama selepas hujan di awal pagi. Jika awak juga berhasrat untuk mendaki Bukit Jelutong, datanglah seawal pagi. Rezeki kami bertemu dengan awan karpet kali ini, mana tahu rezeki awak pula selepas ini..


Psst..terima kasih kepada orang Negeri Sembilan aka Abang Wahid dan Kak Teh sebab sudi hiking sesama, tak lupa juga pada Icha manis. Muahh!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. wah....ini merupakan aktiviti yang sangat bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarkan peluh selepas bermalasan setiap masa ni tuan :)

      Padam
  2. Bestnya..InsyaAllah nanti nak jejak juga kaki ke Bukit Jelutong ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena set datang awal pagi kalau gerak dari KT kak yaya. Pi lambat dah tak dapat nak tengok awan karpet..

      Padam
  3. wahh.. bestnya hiking.. cikma bila tahu boleh hiking balik nih... puas hati naik bukit awal pagi.. memang view comeyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat besut pun banyak bukit cantik2 kan CikMar? Nak pi tapi jauh sangatla pulak..

      Padam
  4. ingtkn kat KL je ada bukit jelutong., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahha..ramai yang ingat Bukit Jelutong Shah Alam ni :P

      Padam
  5. Balasan
    1. Naik bukit memang best, dah sampai puncak tu sejuk refreshing je Rabia

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail