Beberapa hari lepas saya ada terima produk untuk gift review di sosial media. Jenama yang memang sangat dikenali dan kali terakhir saya gunakan produk daripada jenama ini adalah pada empat tahun yang lepas. Produk yang saya pakai pada ketika itu adalah L'oreal Revitalift Essence Water.
Saya setuju untuk review produk ini pada awalnya kerana saya memang sedang berdepan dengan masalah kedutan di wajah (dah tua kan, biasalah tu) dan L'oreal Revitalift Day Cream ini bersifat anti-kedut yang mampu mengembalikan keremajaan kulit wajah dalam masa seawal 7 hari. Wow, seriuslah? Saya tak tau betul atau tak namun ia tertera pada kotak, jadi jom kita cuba..
L'oreal Revitalift Day Cream
L'oreal pernah keluarkan Revitalift Day Cream dengan SPF lebih rendah sebelum ini iaitu 25 PA++. Tetapi kini L'oreal keluarkan pula Revitalift Day Cream dengan nilai SPF lebih tinggi iaitu 35 PA ++. Saya baru tahu bahawa jumlah bilangan simbol + di belakang PA juga membawa maksud tertentu. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan SPF 35 PA ++?
SPF 35 dan PA++
SPF membawa maksud Sun Protection Factor yang merujuk kepada perlindungan terhadap UVB sinaran cahaya matahari. UVB merupakan sinaran yang tidak dapat menembusi kulit dan menyerang lapisan kulit luar namun mampu menyebabkan kulit terbakar atau sunburn. Untuk mereka yang berkulit cerah dan terdedah pada cuaca panas, pemakaian sunscreen dengan SPF tinggi adalah disarankan. Begitu juga buat golongan yang tidak berkulit cerah namun terdedah kepada cuaca panas terik, SPF tinggi mampu mengelakkan kulit terbakar.
PA pula membawa maksud Protection Guide of UVA yang merujuk kepada perlindungan daripada sinaran UVA yang mampu menembusi lapisan kulit hingga menyebabkan kulit menjadi kusam, berkedut, keradangan atau penuaan. Semakin banyak jumlah simbol + di belakang PA, semakin tinggi tahap perlindungannya daripada UVA. Menggunakan sunscreen dengan PA+++ paling tinggi adalah langkah terbaik sekiranya terdedah pada cuaca panas terik.
L'oreal Revitalift Day Cream dilengkapi dengan penghalang UVA dan UVB untuk perlindungan dalaman dan luaran. Oh, sebelum terlupa, day cream ini merupakan moisturiser ye kawan-kawan. Ia mempunyai fungsi melembap kulit wajah serta pada masa sama melindungi daripada sinaran UV berlebihan dengan kehadiran SPF dan PA. Dengan nilai SPF yang tak terlalu tinggi serta perlindungan PA++, moisturiser ini sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti harian yang tidak terdedah kepada cuaca panas terik terlalu lama.
Tekstur Cream
Dengan tekstur krim yang ultra ringan dan lembut, L'oreal Revitalift Day Cream mudah meresap ke dalam kulit wajah dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Krim berwarna kuning susu ini senang disapu dan berbau harum serta meninggalkan rasa sedikit sejuk pada wajah selepas penggunaan. Namun rasa ini cepat hilang dan diganti dengan rasa tegang. Tidak mengeringkan dan pemakaian berterusan mampu melembap dan menegangkan kulit wajah.
Kandungan
Rangkaian produk L'oreal Paris Revitalift merupakan produk wajib cuba bagi mereka yang berhasrat melambatkan proses penuaan pada kulit wajah. Mengandungi kombinasi campuran Centella Asiatica, Dermalift dan Pro-Retinol A, ia mampu melawan tanda penuaan agar wajah kekal awet muda dan anjal. Kehadiran Centella Asiatica atau pegaga membantu mengurangkan kerutan pada wajah. Kaya dengan kandungan Pro-Retinol A, L'oreal Revitalift Day Cream dikatakan mampu merangsang pertumbuhan sel kulit baru serta menebalkan lapisan epidermis kulit sekaligus mengurangkan kedutan. Wajah anti penuaan seawal 7 hari dengan bantuan teknologi dermalift yang membantu proses regenerasi kulit wajah serta gabungan SPF dan PA++ memastikan kulit kekal dilindungi daripada sinaran UV berlebihan.
Review Selepas Penggunaan
Kagum dengan kesannya! Mungkin kerana saya telah lama tidak menggunakan moisturiser pada wajah, jadi pada kali pertama penggunaan pun saya sudah dapat rasai perbezaannya. Mungkin ada yang tertanya mengapa saya tidak menggunakan moisturiser sebelum ini. Sebenarnya saya ada peristiwa sedih melibatkan moisturiser, disebabkan peristiwa tersebut, sehingga kini masalah pada kulit saya tidak dapat dihilangkan.
Apa masalah itu? Milia seed di bawah mata saya yang timbul adalah akibat pemakaian moisturiser yang tidak betul. Pastikan sewaktu menyapu moisturiser, bahagian bawah mata perlu dielakkan. Maksud bawah mata di sini adalah pada keseluruhan bahagian mata panda. Sebelum ini, akibat silap faham, saya sapukan juga moisturiser pada bahagian mata panda. Hasilnya, saya terima kunjungan milia seed yang tidak dapat dihilangkan sehingga kini pada wajah saya >_<
Oh, berbalik kepada Revitalift Day Cream, seawal sehari penggunaannya saya sudah merasai keanjalan pada wajah. Rasa sejuk setiap kali penggunaan memberikan rasa segar pada wajah. Dalam masa tak sampai 7 hari saya dapat lihat kedutan berkurangan di bahagian pipi dan kulit nampak lebih tegang. Tak percaya? Lihatlah gambar di bawah. Saya sendiri tak sangka hasilnya begitu pantas!
Disebabkan saya jarang mengambil gambar sebelum dan selepas apabila menggunakan sesuatu produk, saya sendiri rasa sedikit terkejut apabila lihat ada perbezaan pada wajah. Kebetulan untuk task review kali ini saya perlu mengambil gambar sebelum dan selepas, jadi dapatlah saya lihat sendiri hasilnya. Berkesan kan?
Suka untuk saya amalkan pemakaian L'oreal Revitalift Day Cream selepas ini memandangkan kesannya agak ketara dalam membaiki sktruktur kulit wajah saya yang dahulunya kusam dan nampak berkedut serta kering. Puas hati dengan hasilnya, saya akan pastikan pemakaian pada bahagian mata panda tidak berulang lagi namun pemakaian moisturiser L'oreal Revitalift Day Cream ini secara berterusan pada wajah setiap hari diteruskan!
21 Ulasan
uuuuu nice!
BalasPadamJom try Ray..
PadamTak pernah cuba lagi..tak mustahil cuba lepas ni.
BalasPadamMemang disyorkan rangkaian revitalift untuk atasi masalah penuaan wajah ni kak..
PadamYang paling best adalah anti penuaan
BalasPadamYes, saya setuju!
Padamproduk bagus..hasil memuaskan...
BalasPadamSesuai untuk golongan middle age macam saya ni, revitalift memang best..
PadamLoreal brand yg dipercayai.. baguslah ada perubahan pd kulit
BalasPadamDah lama tak pakai Loreal, lepasni mungkin kembali cari Loreal balik kot..
PadamKalau dh sesuai dgn kulit memang nina takkan tukar dh setia menggunakan
PadamLoreal memang antara jenama yang bagus untuk anti aging. Elok pakai dari muda supaya kulit mantain walau umur bertambah
BalasPadamBetul tu tapi saya lambat bermula, harap lepasni konsisten la pakai untuk kurangkan kesan penuaan
Padamwaaa, macam best je.
BalasPadamMemang best wak, jom try. Haha..done meracun
Padamhek3... kita suka laa pakai nii... rasa kulit makin elok
BalasPadamSamalah wak, rasa kulit lebih lembap pulak..
Padamnampaknya serasi dgn kulit tu👍👍👍
BalasPadamSuka kita wak sebab serasi dengan muka kita
PadamKeep it up! Dah jumpa moisturiser yg sesuai dgn kulit, nanti boleh cuba Revitalift utk mata pulak kan.... :)
BalasPadamBest ke revitalift untuk mata wak? Sekarang untuk mata saya pakai brand clinelle. Kalau best, nanti dah habis bolehla try revitalift pulak..
Padam