Blogger atau Influencer?
Dahulu blogger sekarang influencer? Entah layak atau tidak saya gelarkan diri sendiri sebagai influencer tetapi itulah hakikatnya yang terjadi sejak saya jadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa saya tiga tahun yang lepas. Dikenali sebagai mikro influencer kerana jumlah pengikut yang masih sedikit, sebenarnya saya lebih suka memperkenalkan diri sebagai seorang blogger. Penulisan merupakan minat saya dan apabila diberi pilihan untuk menulis di blog tentang apa jua jenis topik semasa, tentunya saya tidak menolak.
Apabila terlibat dalam dunia blog, pengiklanan artikel merupakan suatu perkara yang perlu diambil kira oleh seorang blogger untuk mewar-warkan artikel mereka kepada pembaca. Sering kali juga penulis blog menerima product review untuk diiklankan di blog, jadi mahu atau tidak blogger perlu mencanangkan mengenai produk tersebut di saluran media sosial mereka. Pada masa inilah follower mula bertambah dan sedar tak sedar, blogger yang pada asalnya hanya menulis di blog kini mula menjadi influencer di sosial media.
Ramai sahabat menganggap kehidupan sebagai seorang blogger mudah kerana pengiklanan mereka seringkali mendapat perhatian apatah lagi dengan jumlah pengikut yang kian bertambah saban hari. Ditambah pula dengan aktiviti yang hanya berpusat di rumah, jadi semuanya kelihatan menyeronokkan. Namun setiap kerjaya mempunyai jalan ceritanya tersendiri, begitu juga dengan blogger. Kerjaya yang nampak santai namun di sebaliknya tersembunyi kepayahan yang hanya dapat difahami oleh mereka yang melaluinya.
Cabaran Sebagai Seorang Blogger
Pelbagai kenangan pahit manis telah saya tempuhi sepanjang penglibatan dalam dunia blogging. Namun jika ditanya samada saya mahu terus kekal berada dalam bidang ini, jawapannya tentu sahaja mahu! Sambil menjaga anak, saya boleh jana wang tambahan hanya melalui penulisan di rumah dan pada masa yang sama saya dapat meluaskan pengetahuan melalui aktiviti pembacaan sebelum mula menulis sesuatu topik di blog. Namun menjadi seorang blogger bukanlah mudah, terdapat liku cabaran yang terpaksa saya tempuhi demi untuk terus kekal berada dalam bidang ini, antaranya adalah:
1. Memahami SEO
Perkara paling susah dan masih saya rasakan susah sehingga kini adalah dalam memahami SEO. SEO membawa maksud Search Engine Optimization merujuk kepada aktiviti enjin carian yang menentukan kedudukan sesuatu artikel pada mukasurat Google. Artikel pertama yang keluar pada enjin carian menunjukkan artikel tersebut mempunyai SEO yang sangat baik. Namun persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, 'bagaimana saya ingin pastikan artikel saya berada pada muka depan Google dan kekal pada halaman itu?'.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjadi blogger. Meski kefahaman saya mengenai SEO sangat sedikit tetapi ilmu yang saya dapat melalui aktiviti pembacaan dan penulisan di blog membantu saya memahami serba sedikit mengenai SEO sekaligus membantu saya menghasilkan artikel yang lebih baik dari masa ke semasa. Jadi jangan risau jika awak tidak tahu tentang SEO, sentiasa ada waktu untuk terus belajar dan memahami kerana kerjaya blogging tidak terhad pada suatu masa sahaja.
2. Tiada Idea Menulis (Writer's Block)
Masalah writer's block atau tiada idea untuk menulis memang sering dialami oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan, samada penulisan buku atau penulisan di blog. Meski telah bertahun menjadi blogger, masalah ketandusan idea dan kekeringan buah fikiran merupakan perkara biasa yang saya alami. Apa jadi bila tiada idea menulis?
Saya tidak dapat mengemaskini blog dengan artikel terbaru dan ini akan mempengaruhi nilai trafik blog kerana jumlah pageview berkurangan. Namun masalah ini sebenarnya mudah diatasi. Cara saya, catat setiap perkara yang berlaku di sekeliling dan olah dalam bentuk penceritaan di blog. Selain itu jika saya ketandusan idea, saya buka sahaja foto album di telefon pintar dan cari satu gambar yang saya rasakan sesuai untuk dijadikan subjek utama bagi penceritaan di blog nanti.
3. Kekangan Waktu
Mustahil saya dapat menulis blog dengan tenang tanpa gangguan terutamanya pada musim lockdown ini. Gangguan utama tentulah daripada anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian serta urusan rumah tangga yang perlu diutamakan. Menulis dalam suasana bising kebiasaannya akan menyebabkan saya menghasilkan artikel dengan banyak kesalahan ejaan dan ayat yang berterabur.
Jadi apa pilihan yang saya ada memandangkan saya adalah suri rumah sepenuh masa yang perlu sentiasa berada di rumah bersama anak-anak? Bangun seawal jam 4 pagi demi mendapatkan suasana tenang dan damai yang dapat membantu saya menghasilkan artikel berkualiti di blog adalah cara saya untuk atasi masalah kekangan masa. Apabila telah terbiasa, bangun seawal pagi terasa tidaklah begitu membebankan.
Apa yang saya kongsikan ini hanyalah secebis daripada kisah saya yang menjadikan blogger sebagai kerjaya tetap. Meski ada kesusahan di sebaliknya namun ganjaran yang diperoleh juga setimpal dengan kepayahan yang dihadapi. Kebebasan bekerja mengikut masa sendiri dan kesempatan menjaga anak-anak di rumah sambil menjana pendapatan merupakan antara perkara yang saya impikan. Rezeki makin bertambah sejak bergelar pula mikro influencer dan menerima review berbayar untuk diiklankan di media sosial.
Sesiapa sahaja boleh menjadi blogger, meski telah mempunyai kerjaya tetap. Bermula daripada seorang blogger kemudian menjadi influencer, agak susah namun tak mustahil kan? Bagaimanapun jangan lupa untuk teruskan menulis dan jangan pernah berhenti menghasilkan artikel yang bermanfaat ya. Jadi apa kata mula buat blog pertama awak hari ini :)
34 Ulasan
semoga terus berjaya dalam dunia blogging :)
BalasPadamIn shaa Allah aamiin...
Padamsalam kenal
BalasPadamseronok juga kan, semoga terus berjaya
akak dulu mula2 buat blog thn 2011 masa tu tak keja
sekadar isi masa dpt juga kenalan dgn blogger masak
cuba sendiri je belajar sikit2
masa tu cuma niat kongsi masakan yg di cuba mengikut resepi yg rakan2 share
lama menyepi bila kembali bekerja sampai terlupa paswood dan email
2019 lepas puas try akhir nya dpt log in he hee tu skrg akak kembali lgpun masa byk terluang sb pkp ni
cuma akak tak penah dpt apa2 ganjaran pun sb tak berapa mahir dgn penulisan dan blogger ni
baru try letak adsence he hee
Salam kenal Mama Sara :)
PadamSaya sempat bw blog mama tadi, terus subscribe sama. Banyak resepi best boleh saya cuba. Nanti saya jenguk lagi ye. In shaa Allah nanti dah dapat PIN adsense mesti lagi semangat nak update blog. All the best mama :)
Keep it up. Mana ada jalan mudah untuk berjaya, tak kisahlah kerjaya apa pun. Thanks sharing, boleh jadi panduan untuk blogger picisan macam saya. Pendapat saya, sekarang kerjaya blogger full time lagi susah sebab banyak persaingan medsos lain. Dunia blog pun tak semeriah dulu.
BalasPadamSetuju! Ramai blogger lama saya kenal bagitau sama macam Sal, dulu-dulu lebih mudah dan income pun lebih masyuk dengan blog. Mungkin ini masanya kita kena start belajar medsos untuk jana lebih banyak income kan..
Padamblogger hebat ni!
BalasPadamAmboihla dia, padahal Ray lagi hebat..geram je ayat tu
PadamMula mula rabia start menulis blog pada tahun 2016 memang struggle lahh. dgn edit template blog main dgn coding nya. add adsense pulak. alhamdulillah lulus juga akhirnya. hehe. bukan senang nak jadi blogger ni.kena lalui susah dulu. senang kemudian hari.
BalasPadamAkak sampai sekarang pun masih pening lagi dengan coding blog. Semua outsource orang tolong check..huhu.
PadamBtw setuju sangat kena susah dulu baru senang tu sebab dulu-dulu tak terfikir pun boleh jana income dengan blog. Sekarang dah senang sikit sebab tak perlu beria menulis since dah ada branding kan..
Teruskan usaha ya. Betul tu, ramai yg ingat blogging ni mudah. Bila akak withdraw duit adsense, org bank slalu minta tips. Tapi kami cuma bloggers, bukan influencer. Susah nak explain dlm masa yg singkat ttg betapa rumit utk menjadi influencer dlm dunia blogging. Nak maintain blog pun bukan suatu perkara yg mudah.
BalasPadamBetul tu. Satu hari pageview saya naik mencanak-canak. Tiba-tiba esok pageview turun mendadak..sampai sekarang pun saya masih tak faham kenapa jadi macamtu. Tak kira lagi dengan blog post yang dah bertahun-tahun, tiba-tiba dapat amaran error pada post. Pening..
PadamAlhamdulillah..keep on blogging..
BalasPadamIn shaa Allah, semoga saya sentiasa rajin mengupdate blog :)
PadamAlhamdulillah.. Cemburu saya dengan orang yang konsisten menulis di blog. Saya dulu asyik tukar blog aje. Tak ada yang dok kekal lama. Harap blog yang ada sekarang ni bertahanlah. Ini pun rasa macam nak tukar nama link blog aje. Hahaha. Tentang SEO tu sampai sekarang masih tak berapa nak hadam. Semoga teruskan menulis. =)
BalasPadamJangan tukar wak, kalau dah tukar nama blog nanti nak naik balik di Google lagi ambil masa. Maintainkan blog sekarang dan tambah content je. All the best ye wak :)
Padamkelebihan awak mempunyai gaya penulisan yang menarik dan sedap untuk dibaca.
BalasPadamjadi tidak hairan menjadi blogger adalah kerjaya awak,
saya juga blogger tetapi belum berupaya menulis dengan baik sehingga memikat ramai follower.
tapi awek ramai la pulak hehehe
Amboi..dasyat ye kuasa ayat awak. Saya ingat awak pemalu orangnya, siapa sangka rupanya lelaki pujaan wanita :P
Padamsaya gurau sahaja dan tidak sangka dengan menulis juga dapat ramai peminat hehehe
PadamKekangan waktu tu paling betul sbb bila ada anak ni memang kerja2 makin bertambah dan keluarga perlu diutamakan dahulu
BalasPadamKan, padahal nak je update cerita harini yang jadi tapi bila tak sempat..terus terkubur je la cerita tu dalam ruang minda..haha
PadamKadang2 dh bt watermark, taip bila busy tersimpan begitu saja hahaha.. harap tak terperam lama dlm draft
PadamSemoga terus berjaya Rini.
BalasPadamAamiin..in shaa Allah. Terima kasih awak :)
Padamhehehe sama macam hans
BalasPadamsuka lagi panggil diri blogger
Kan, kita low profile :P
Padamdimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.. Keep on blogging sis!
BalasPadamAamiin..in shaa Allah. Terima kasih senior :)
PadamMemang seronok. Tapi cabarannya hanya kita je yang tahu. Hihi. Keep blogging rini.
BalasPadamSamalahAda, keep blogging. Walaupun penat tapi enjoy je kan..
PadamTerima kasih atas perkongsian, semangat dan bantuan. Really appreciate 🌹.
BalasPadamkeep on blogging walaupun mcm2 media social yg muncul. yg penting kita tahu hala tuju yg kita buat dan kita enjoy apa yg kita buat👍👍👍
BalasPadamPerkongsian yang menarik. Memang tak mudah menjadi seorang blogger tetapi semua itu memerlukan usaha tanpa berputus asa... terima kasih puan....
BalasPadamsaya baru nak merangkak
BalasPadam