Apabila anak tidak lagi ke sekolah kerana menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) lantaran kenaikan bilangan pesakit Covid-19 yang mendadak, serasanya hidup saya semakin sibuk. Sibuk menguruskan perihal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah, melipat baju dan tidak termasuk lagi dengan jawatan bidan terjun tambahan yang terpaksa saya galas apabila menjadi guru untuk mengajar anak-anak di rumah pula.
Cantik Berseri dengan CC Cream Hansaegee Nature
Meskipun penat menguruskan hal rumah tangga namun saya masih perlu menjaga ketrampilan diri supaya tetap kelihatan cantik dan berkeyakinan. Tak susah bila kita dah jumpa produk yang sesuai, cuma rutin harian yang diperlukan. Macam saya, saya sangat bersyukur diperkenalkan dengan produk kecantikan daripada Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream. Ia memudahkan urusan saya menjaga ketrampilan diri dan menjimatkan sehingga 50% daripada masa saya!
Jika kawan-kawan masih ingat, saya ada ceritakan tentang CC Cream Hansaegee Nature yang membantu wajah saya kekal cantik sekata sebelum ini. Kali ini saya ingin kongsikan kelebihan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature hingga menyebabkan saya jatuh cinta dan membuat belian kedua kerana saya berpuas hati dengan kesannya selepas penggunaan kali pertama.
1. Senang Digunakan Hanya Blend dengan Jari
Kaum hawa tentu tahu ada sesetengah produk kecantikan berkrim kadang-kadang susah disapu pada wajah. Pengalaman saya sendiri, saya pernah menggunakan krim yang sangat susah diblendkan bersama kulit wajah. Tekstur krimnya terlalu pekat hingga menyebabkan saya terpaksa menekan beberapa kali di tempat yang sama hanya untuk memastikan krimnya sekata.
Senang digunakan. Dengan jari je dah cukup untuk saya |
Ada sesetengah krim pula memerlukan bantuan make up tools seperti span atau berus untuk memastikan sapuannya sekata. Tanpa bantuan tools, sapuan nampak bercapuk dan tak sekata. Remeh dan dalam situasi sibuk yang memerlukan saya bersiap cepat, saya lebih mengharapkan untuk gunakan jari sendiri supaya saya tidak perlu bawa banyak barang semasa keluar dan terkejar masa.
Muka selepas menggunakan CC Cream |
Dengan Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature, tiada masalah krim sukar diblend atau muka bercapuk akibat tidak menggunakan make up tools bersama. Hanya dengan satu jari, sapuan pada wajah nampak sekata dan tidak bercapuk meskipun tanpa bantuan berus atau span. Ini menjimatkan masa saya dan dalam situasi sesak seperti ketika ingin re-touch make up di dalam kereta, ianya sangatlah memudahkan.
2. Pelindungan daripada UV dengan SPF50++
Tidak semua CC Cream bertindak melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berlebihan kerana kebanyakan CC Cream mempunyai fungsi utama hanya untuk menutup cela di muka. Dengan kandungan SPF50++, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature memberi fungsi kebaikan dua dalam satu iaitu melindungi sambil menutup cela di wajah.
Dalam cuaca panas terik pun saya tak risau |
Wajah cantik berseri dan sekata sambil dilindungi dari dalam. Tak perlu sapuan dua tiga krim berbeza, hanya dengan satu sapuan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dah siap. Jadi saya tak perlu risau meski terdedah kepada cuaca panas tanpa memakai sunblock kerana muka saya dilindungi oleh CC Cream. Menarik bukan?
3. Tekstur Krim yang Ringan
Tekstur krim yang ringan juga merupakan salah satu sebab mengapa saya sukakan Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature ini. Penting ke tekstur krim yang ringan? Tak penting asalkan ia dapat menutup cela di wajah tapi mahukah awak jika ditawarkan produk dengan tekstur lebih ringan? Tentulah mahu! Terasa seolah-olah tidak memakai krim di wajah, saya boleh tampil lebih yakin untuk berada di luar rumah dengan wajah semulajadi saya.
Ikut warna kulit, ia blend sekata |
Ringan dan mudah disapu |
Selain ringan, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature juga tidak berminyak dan tidak juga menyebabkan kulit menjadi kering. Meskipun menggunakannya berkali-kali, kulit wajah saya tetap lembut dan anjal. Sesetengah krim akan menyebabkan kulit menjadi kering atau berminyak jika digunakan berulang kali tetapi tidak bagi Gold Nano CC Cream. Wajah nampak cantik semulajadi dan kulit juga kelihatan lebih glowing.
4. Bersaiz Kecil dan Senang Dibawa ke Mana-mana
Besaiz lebih kecil daripada telapak tangan dengan lebar anggaran satu setengah inci, ianya tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar jadi mudah di bawa ke mana-mana. Disebabkan saya bukanlah seorang yang suka bermekap, jadi saya pastikan wajib ada dua produk kecantikan sahaja di dalam beg apabila saya keluar rumah, iaitu Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dan lipstik. Untuk majlis yang memerlukan saya bermekap tebal, saya hanya akan lakukan di rumah sebelum keluar.
Selain ringan, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature juga tidak berminyak dan tidak juga menyebabkan kulit menjadi kering. Meskipun menggunakannya berkali-kali, kulit wajah saya tetap lembut dan anjal. Sesetengah krim akan menyebabkan kulit menjadi kering atau berminyak jika digunakan berulang kali tetapi tidak bagi Gold Nano CC Cream. Wajah nampak cantik semulajadi dan kulit juga kelihatan lebih glowing.
Itulah sebabnya mengapa saya membuat pembelian kedua CC Cream Hansaegee Nature hanya selepas beberapa kali penggunaannya. Sebotol CC Cream untuk kegunaan saya di rumah, yang mana saya simpan di atas meja mekap dan sebotol lagi untuk saya simpan di dalam beg supaya saya tidak kalut jika perlu touch-up kembali muka sewaktu berada di luar. Saya tak perlu risau samada krim tertumpah di dalam beg atau tidak kerana Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature mempunyai penutup jenis twist-lock, jadi ia tidak mudah tumpah dan penutupnya kekal tertutup rapat.
Nampak tak betapa saya sangat perlukan CC Cream dalam urusan seharian saya kerana rasanya ia pelengkap rutin penjagaan wajah saya. Masih saya ingat, tanpa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, saya terpaksa menggunakan sunblock pada wajah terlebih dahulu sebelum kemudiannya menyapu pula foundation untuk menutup cela di wajah. Kini tak perlu dua tiga produk, hanya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dah cukup! Itulah sebabnya mengapa saya jatuh cinta dengan CC Cream ini.
Bagaimana Mendapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature?
Mudah sahaja untuk mendapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Dunia kini tanpa sempadan, duduk di rumah sahaja dan awak boleh buat belian secara online melalui salah satu cara di bawah atau boleh lihat lebih banyak testimoni dan video di Youtube yang tertera:
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Nak nampak cantik dengan cepat? Jom cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature hari ini, saya adalah salah seorang pengguna yang gembira dan telah jatuh cinta dengan CC Cream ini. Banyak kelebihan CC Cream Hansaegee Nature, mungkin awak juga akan jatuh hati sama seperti saya nanti :)
7 Ulasan
Patut cantikk
BalasPadamProduk ni memang best Rabia, tak cantik pun boleh jadi cantik bila pakai. Jangan percaya akak cantik ye, pakai cc cream punya pasal :P
PadamCantik kulit bila pakai. Memang best cc cream hansaegee ni
BalasPadamKan. Jatuh cinta dah, hari-hari wajah pakai cc cream bila keluar rumah.
Padamkalau suka tu nampaknya mmg serasi laa tu��
BalasPadamSuka sangat maksudnya serasi sangatla kan? Hihi..
Padamya ya😊
Padam