Baru-baru ini saya ada terima dm di Instagram untuk buat review tentang suatu produk makanan. Macam biasa, makanan dan saya berpisah tiada (sebab tu perut makin ke depan), jadi saya terima produk tersebut. Tapi jenama produk itu agak asing dan tak pernah saya cuba sebelum ini.
Suatu hari saya berbual dengan mak dan terkeluarlah cerita pasal jenama produk itu. Terkejutlah saya pula bila mana mak tau tentang produk tersebut dan katanya dah lama ada kat kedai. Haha..nampak nau saya baru belajar masuk dapur. Jadi since saya dah dapat produk dan belum pernah cuba rasa lagi, lalu saya mulakan dengan memasak tomyam menggunakan pes daripada Mak Nyonya (ini jenama tu okeh).
Kali pertama buat tomyam guna pes Mak Nyonya, laku macam pisang goreng panas. Rupa-rupanya anak-anak suka tomyam daripada pes Mak Nyonya ni. Esoknya masa tengah memasak, kakak masuk ke dapur sambil tanya 'umi tengah masak tomyam ke'? La..hari-hari nak makan tomyam ke? Sebelum ni umi masak tomyam, dia layan tak layan je. Sekarang, sampai ke kuah pun dihirupnya, adik pun join menghirup sama. Maknanya umi masak tak sedaplah sebelum ni? >_<
Sebenarnya saya terima dua bungkus pes tomyam untuk review dan beberapa bungkus pes yang lain. Plastik pertama saya masak adalah untuk cuba rasa, jadi plastik kedua disimpan untuk review. Tapi tak sempat buat review, dah terus masuk ke perut juga untuk plastik kedua. Akhirnya saya beli online 5 bungkus terus untuk buat stok di rumah. Ha..nampak tak penangan pes tomyam Mak Nyonya ni?
Sebenarnya saya cuma nak bagitau ada pes tomyam sedap yang awak boleh cuba (kalau belum pernah cuba) iaitu pes jenama Mak Nyonya. Untuk pes lain daripada Mak Nyonya, saya belum sempat cuba lagi. Jadi saya kongsi resepi tomyam campur guna cara yang mak saya ajar masa muda-muda dulu tapi kali ini saya gunakan pes tomyam Mak Nyonya, bukan lagi pes lama yang saya pernah guna dulu.
Macam biasa, resepi easy peasy sebab saya pun masih belajar memasak. Yang penting resepinya senang dan sedap! Yang tu paling penting kan. Jadi jomlah tengok resepinya. Eh, btw kalau awak malas nak baca, versi video pun ada tau. Klik video kat bawah untuk tengok, alang-alang nak subscribe sekali pun boleh, didahului dengan ucapan terima kasih lah :)
Resepi Tomyam Campur Sedap dan Senang
Bahan-bahannya
Pes Tomyam Mak Nyonya - 1 plastik (100g)
Ayam - semangkuk
Udang - semangkuk
Sotong - semangkuk
Bunga kobis - sedikit
Lobak - sedikit
Cendawan - sedikit
Bawang putih - sebiji
Bawang merah - sebiji
Tomato - setengah biji
Cili api - 3 biji
Daun serai - sebatang
Asam keping - sekeping
Limau kasturi - sebiji
Daun limau purut
Garam
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan bawang
putih yang telah ditumbuk. Kacau hingga warna kekuningan.
2. Masukkan Pes Tomyam Mak Nyonya dan sedikit air.
Kemudian masukkan serai, tomato dan cili api.
3. Setelah mendidih, masukkan ayam dan tutup periuk.
Sesekali buka penutup dan kacau untuk elakkan hangit.
4. Setelah agak ayam dah masak, masukkan udang, sotong dan lobak.
Tambah air mengikut citarasa sendiri.
5. Setelah mendidih, masukkan cendawan, bunga kobis, bawang merah dan asam keping.
6. Kacau seketika dan tutup api setelah mendidih.
7. Perasakan dengan garam. Akhir sekali perah limau dan masukkan daun limau purut.
Siap! Walaupun nampak macam banyak sangat bahan diperlukan tapi sebenarnya nak buat tomyam ini senang saja. Campak-campak dan kacau. Waktu penyediaannya pun tak lama, cuma ambil masa sikit untuk tunggu ayam masak. Yang lain tak boleh masak lama, contoh macam cendawan dan bunga kobis, nanti terlalu lembik tak sedap pula. Begitu juga sotong dan udang, terlalu lama memasak jadi liat pula. Tambah jimat masa bila guna pula Pes Tomyam Mak Nyonya, senang!
Jadi yang belum pernah cuba pes Mak Nyonya, bolehlah beli di pasaraya. Beli online pun boleh, kan dunia di hujung jari katanya. Btw Mak Nyonya tengah buat contest sekarang, jom main game dan berpeluang menang wang bernilai RM5000 di >> https://game.maknyonya.com/.
Dah tau ke nak masak apa untuk juadah berbuka puasa nanti? Masak tomyam campur je la, senang dan sedap gitu..
14 Ulasan
SA hari tu beli pes tomyam kat shopee..sedap betul buat tomyam..puas makan...nak makan kat kedai siam macam tak boleh kan
BalasPadamShare la pes apa tu SA? Nak try jugak..
Padamlagi mudah proses memasak lagi bagus untuk menjimatkan masa
BalasPadamLagi memudahkan mak-mak yang malas masak macam saya jugak :P
PadamSedap nya tomyam
BalasPadamMakan dengan bihun pun sodap kan..
PadamSedapnyaaaaa la haiiii..
BalasPadamJom masak Ada!
PadamSedapnyaaa tom yam. Kuah nampak menarik. Brand ni tak pernah jumpa pulak
BalasPadamAda jual kat Mydin wak, saya pun baru perasan lepas tau kewujudannya..jom la try
Padamboleh try cari pes nih..
BalasPadamHa, sila..sila..
PadamSedapnyaaa
BalasPadamdah penah beli n buat. tp maaf ckp, x serasi dgn tekak sy... sama ada sy yg silap msk atau pes ni yg x ngam😊
BalasPadam