Saya mengaku yang adalah seorang wanita yang tak pandai bermekap. Tahap tak pandai mekap saya sampaikan kalau ada event besar, kebiasaannya saya akan suruh adik untuk mekapkan muka saya. Yelah, saya pun taknak nampak comot dalam gambar pada masa semua orang sedang kelihatan cantik kan.
Kata adik, kalau nak muka nampak putih dan bersih sekata, saya perlu pakai foundation terlebih dahulu sebelum boleh mula menata rias muka. Tetapi memilih kod warna yang sesuai dengan kulit wajah agak memeningkan kepala. Jika warna foundation terlalu gelap, muka pula akan kelihatan hitam begitu juga sebaliknya. Selain itu, muka yang disapu foundation juga mudah bercapuk jika terkena peluh. Peninglah macamni..tapi nasib baik sekarang masalah saya dah hilang bila terjumpa...
Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
Pada awalnya saya hanya gunakan cc cream ini untuk proses review di blog tapi tak sangka pula ianya memang sesuai dengan wajah saya. Kini setiap hari saya pasti tak akan terlepas untuk membuat calitan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature di wajah. Kalau sebelum ini, saya pernah jatuh cinta dengan pelembap Aqua Cream dari Hansaegee Nature, sekarang CC Creamnya pula dah berjaya pikat hati saya.
Sesuai dengan namanya iaitu Gold Nano Color Control Cream, CC Cream ini bertindak untuk membaiki tona wajah serta mencerahkan kulit secara semulajadi dengan bantuan gold nano yang bersifat tinggi antioksida. Tidak mengandungi paraben, alkohol serta sulfat, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature sangat sesuai dijadikan alas muka sebelum mekap kerana ia membantu menjadikan wajah kelihatan lebih cerah bermaya secara sekata dan pada masa sama melindungi wajah dari dalam.
Kandungan Gold Nano CC Cream
Apa yang bestnya tentang Gold Nano CC Cream ini adalah ia bukan sahaja bertindak melindungi wajah dari pancaran matahari dengan kandungan SPF50++, ia juga melindungi wajah dari dalam. Maksudnya bila saya pakai Gold Nano CC Cream, saya dapat kebaikan dalaman dan luaran. Kenapa? Ha, jom tengok tiga bahan utama yang terdapat dalam CC Cream Hansaegee Nature:
- Air Mineral - berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.
- Ekstrak Ipomoea Hederacea Callus Culture - bersifat anti-bakteria yang berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan serta meredakan masalah kulit.
- Nano Gold - tinggi dengan anti-oksida yang berfungsi mencegah penuaan kulit serta menghalang radiasi berlebihan akibat infra merah.
Keistimewaan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
- Menutup liang pori terbuka dan cela di wajah
- Melindungi wajah dari sinar UV berlebihan
- Menyeimbangkan warna kulit secara semulajadi
- Mencerah dan menghidratkan kulit wajah
- Tinggi antioksida yang melambatkan proses penuaan kulit
- Sesuai dijadikan base atau primer mekap
- Mengurangkan kerengsaan kulit wajah
- Menjadikan kulit muka sekata dan berseri
Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream
Review Saya Lepas Gunakan Gold Nano CC Cream
Liang Pori Mengecil, Wajah Berseri dan Sekata
Satu Warna untuk Semua Jenis Kulit Wajah
Apa yang istimewanya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini adalah ia hadir dalam satu warna sahaja. Tidak perlu kod warna berbeza kerana ia sesuai digunakan tidak kira samada pada kulit wajah cerah atau gelap. Jadi saya tak perlu pening nak memilih kod warna lagi.
Cuba tengok gambar di atas. Asalnya bila saya picit botol CC Cream yang keluar adalah krim pekat bewarna putih tapi bila diratakan atas permukaan tisu, warnanya berubah menjadi coklat lembut. Jadi, tak kisahlah kulit wajah saya gelap atau cerah, CC Cream akan berubah mengikut warna kulit wajah sekaligus dapat menutup cela di muka yang nampak seolah-olah secara semulajadi.
Tak Bercapuk Meski dalam Cuaca Panas
Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ringan dan mudah disapu ke wajah. Tak perlukan span, saya membuat calitan hanya menggunakan jari sahaja. Tidak berbau dan apa yang paling best, ia juga mempunyai SPF50++ yang melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berlebihan yang boleh meyebabkan sunburn dan masalah pada kulit wajah.
Saya tak perlu mengenakan sunblock lagi setiap kali ingin keluar rumah, sapuan CC Cream sahaja sudah mencukupi untuk melindungi dan menutup cela. Meskipun telah seharian menggunakannya, ia tidak mengakibatkan kulit muka bercapuk walaupun ketika berpeluh pada waktu tengahari.
Penutup Twist Lock Tak Mudah Tumpah
Amat mudah membawa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ke mana-mana. Dengan penutup twist lock yang ketat dan tak mudah tumpah serta saiz botol yang kecil, saya juga bawa CC Cream ketika bercuti ke Pulau Redang baru-baru ini. Jangan salah faham, saya tak gunakan CC Cream ketika berenang di laut kerana ia tidak bersifat water proof, tetapi saya gunakannya ketika berjalan di tepi pantai dan ketika berehat di gazebo di luar bilik penginapan. Cuaca panas kan, nasib baik saya ada Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature sebagai penyelamat.
Kini, setiap kali ingin mengambil anak pulang daripada sekolah, wajib untuk saya calit dahulu CC Cream Hansaegee Nature sebelum keluar rumah. Begitu juga jika ingin keluar berjalan. Meski telah seharian menggunakannya, kulit saya tak nampak bercapuk. Pada waktu berpeluh banyak, saya hanya perlu lap minyak di muka dan re-apply cc cream untuk pastikan wajah tidak kusam dan kulit wajah terus dilindungi.
Pendek kata, ini adalah CC Cream terbaik yang pernah saya pakai. Saya pun dah plan untuk buat belian di Hansaegee Nature Shopee jika CC Cream saya ini habis. Mana nak dapat CC Cream yang berfungsi sebagai sunscreen dan foundation dalam satu masa. Jimat duit tak perlu beli dua tiga produk, sebotol CC Cream pun dah cukup.
Nak Dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature?
Nak dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature? Saya juga cadangkan awak cuba juga pelembap Hansaegee Nature yang bersifat water based, pasti puas hati dengan kualiti kedua produk ini. Boleh dapatkannya seperti di bawah ya:
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Apa ciri-ciri wajib ada pada cc cream yang awak pilih? Pilihan saya semua ada dalam sebotol Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Tak perlu banyak produk, hanya sebotol CC Cream Hansaegee Nature untuk melindungi kulit wajah saya.
1 Ulasan
Bagusnya mengecilkan liang pori.
BalasPadam