Salah satu biskut raya yang saya sangat suka makan adalah biskut florentine. Pertama kali makan, saya terus jatuh hati dan berharap akan beli lagi selepas itu. Namun disebabkan harganya agak mahal dengan kuantiti yang sedikit dalam setiap balang, buat saya berkira-kira untuk membelinya. Kalau dulu saya memang ada duit poket sendiri, tentu sahaja pilihan membeli semudah saya memetik jari.
Tapi tak mengapa, sekarang saya semakin mahir menggunakan dapur. Apa kata kalau saya buat sendiri biskut florentine kegemaran saya itu? Rupanya cara nak buat biskut florentine tersangatlah senang, tak seperti yang saya gambarkan. Malahan, biskut almond london yang saya pernah buat dahulu pun dua kali ganda payah jika dibandingkan cara pembuatannya dengan biskut florentine!
Mengapa saya kata senang? Boleh bayangkan tak biskut yang kita akan buat itu hanya perlu campurkan serbuk dan kekacang kemudian dibakar? Ha, itulah cara untuk menghasilkan biskut florentine. Tak perlukan mentega, telur atau esen vanila. Hanya campuran kekacang dan serbuk florentine lalu biskut telah tersedia untuk dimasak, senang bukan?
Tapi kenapa harga biskut florentine ini mahal? Tentulah mahal kerana campuran kekacang seperti badam, kuaci dan biji labu digunakan dalam penghasilannya. Malahan serbuk florentine itu sendiri juga agak mahal harganya jika dibandingkan jika menggunakan tepung seperti kebiasaan dalam pembuatan biskut yang lain. Jadi jangan hairan mengapa harga biskut florentine di pasaran agak mahal kerana bahan buatannya juga agak costly.
Disebabkan sekolah ditunda lagi pembukaannya dan kita masih dalam musim PKP, jadi apa kata masa lapang yang ada ini kita gunakan dengan sebaik mungkin. Cadangan saya, kita buat biskut florentine di rumah. Anak-anak tentu suka. Paling penting, mood kita pun happy dapat makan makanan yang sedap dan berzat. Lagipun cara untuk buat biskut florentine ini pun senang sangat. Jom kita buat!
Resepi Biskut Florentine Senang dan Sedap
Bahan-bahan
250g serbuk florentine (RM9)
250g badam hiris (RM12)
100g biji labu hijau (RM3)
50g kuaci putih (RM2)
Mangkuk kertas secukupnya (RM3)
Cara Penyediaan
1. Campurkan badam hiris, biji labu dan kuaci ke dalam tray dan ratakan.
2. Panaskan campuran di dalam oven pada suhu 160 darjah selama 5 hingga 10 minit menggunakan api atas dan bawah.
3. Setelah siap, keluarkan tray dan sejukkan campuran kekacang pada suhu bilik (tips: ambil sekeping kacang dan makan. Jika rangup, boleh keluarkan dari oven).
4. Masukkan kekacang ke dalam mangkuk berisi serbuk florentine. Kacau sebati.
5. Masukkan satu sudu campuran ke dalam mangkuk kertas dan sekatakan. Hanya penuhkan dasar mangkuk kertas sahaja, tak perlu penuhkan seluruh mangkuk kertas.
6. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 15 hingga 20 minit menggunakan api atas dan bawah. Apabila campuran berubah warna keperangan, bolehlah dikeluarkan.
7. Sejukkan pada suhu bilik. Bunyi yang terhasil perlahan setelah biskut dikeluarkan menandakan biskut telah sejuk dan boleh dimakan. Jangan makan semasa biskut masih panas untuk mengelakkannya pecah.
Puas hati dapat makan biskut florentine dalam kuantiti banyak. Paling penting, cara nak membuatnya pun tak begitu susah, senang sangat. Jadi selepas ini saya dah tak perlu fikir panjang kalau nak makan biskut florentine, buat saja sendiri. Saya pun boleh makan sebanyak mana yang saya nak. Oh btw, anggaran harga bagi penghasilan biskut florentine ini adalah dibawah RM30. Harga kasar saya dah tulis di sebelah bahan-bahan di atas ye.
Susah nak pastikan berapa banyak kuantiti biskut florentine yang berjaya dibuat menggunakan resepi ini. Puncanya belum sempat semua siap dimasak, kami dah ngap masuk mulut (punya tak sabar nak makan kan). Cuma yang boleh dikatakan adalah, sebalang bekas simpanan besar tupperware, hanya mampu memuatkan separuh sahaja biskut florentine. Walaupun separuh, tapi biskut ini tahan dalam dua minggu juga sebelum kesemuanya habis dimakan kami sekeluarga.
Tak berapa faham cara penyediaan biskut florentine yang saya tulis? Apa kata awak rujuk video yang saya kongsikan di atas. Tapi jangan lupa untuk subscribe sekali, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih banyak-banyak. Stay safe dan selamat mencuba ye :)
13 Ulasan
Selamat membiskut
BalasPadamIn shaa Allah, membiskut dah siap. Sekarang kita nak membaham. Jom join :)
PadamMudah nak buat biskut florentine ni. kalau beli siap harganya boleh tahan juga. buat sendiri memang puas makan :)
BalasPadamKan? Boleh tahan T20 jugak harga kalau beli biskut ni..mampu buat je lah
PadamAssalamualaikum... wah, ini pun salah satu kegemaran SS.. tapi nak buat sendiri belum terbuka hati lagi. hehehe
BalasPadamWaalaikumsalam..takpe SS, kalau belum terbuka hati nak membuat, boleh sediakan fulus untuk makan ye :)
Padambahan yang mudah memang mudah disediakan..
BalasPadamantara mahu dengan tidak sahaja lagi
Ada masa boleh buat, tapi kadang takde masa..boleh beli sajalah kan..
Padambiskut ni mmg sedap..tapi mahal harganya..berbaloi buat sendiri..
BalasPadamKan, nak makan punya pasal..
PadamWaa....congrats, ada youtube video! Tak perasan kalau ada serbuk florentine di kedai baking, next time mesti cari. Hihihi....actually, ni first time dengar psl serbuk florentine.
BalasPadamAlhamdulillah dah lepas subscriber 1k di youtube. Mak is happy. Thanks awak :)
Padamsesedap rasanya begitulah 'sesedap' harganya... kuih ni mkn sekeping mmg x ckp😆
BalasPadam