150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika dalam Satu Kotak


Sebelum ini saya asyik tertanya-tanya, sesuai tak kalau saya buat eksperimen ini untuk Auni, bahan yang digunakan selamat tak untuk eksperimen di rumah, perlu langkah berjaga-jaga yang ketat atau tak untuk jalankannya. Tapi sekarang saya dah tak risau lagi untuk buat eksperimen di rumah sebab saya dah jumpa 150 eksperimen sains yang selamat untuk anak tadika buat di rumah, paling penting mengujakan dan mudah!


Yang bestnya, semua 150 eksperimen ini ada dalam satu kotak! Kebetulan saya ternampak kotak ini di Shopee dan untuk penuhkan masa lapang Auni (kerana musim cuti sekolah serta ditambah juga dengan PKPB), jadi saya terus buat belian. Btw saya tak jual tau kotak ini. Saya hanya berkongsi sebab sebagai customer yang berpuas hati, word-of-mouth tu perlu supaya lebih ramai dapat manfaatnya, betul tak?

150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika

Excitednya saya bila harga sekotak tak sampai pun RM30. Harga asalnya RM35 tapi lepas saya gunakan voucher shipping dan redeem coins, harga keseluruhan yang perlu saya bayar hanyalah RM26 untuk dapatkan kotak sains mengandungi 150 eksperimen ini. Awak boleh lihat di sini untuk tengok details tentang kotak eksperimen sains ini ye >> https://invol.co/cl2a98p.


Pelbagai bahan untuk eksperimen sains yang sesuai untuk anak tadika telah tersedia dalam kotak ini. Jangan bimbang kerana bahan yang disediakan adalah selamat dan tidak merbahaya. Namun pengawasan ibu bapa tetap diperlukan semasa anak-anak jalankan eksperimen nanti. Iyelah, anak tadika masih belum biasa dengan terms alatan dalam makmal, jadi masih perlukan bantuan mak dan ayah untuk bimbing.

150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika
150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika

Saya sangat berpuas hati dengan kotak sains eksperimen ini kerana mengandungi hampir kesemua alatan asas makmal, namun jika ada tambahan bikar atau measuring cylinder tentu akan lebih sempurna. Susah nak menyukat tanpa radas ini, jadi saya gunakan bikar membuat kek di rumah untuk bantu saya buat sukatan bagi eksperimen sains Auni.


Radas yang disediakan adalah jenis plastik, jadi tiada isu pecah dan merbahaya. Namun kualitinya tentulah tak setanding bahan mahal kerana harganya pun sudah cukup murah. Jadi ibu bapa perlu pastikan anak-anak menyimpan kandungan dalam kotak eksperimen sains secara berhemah untuk elakkan alatan rosak dan tak dapat digunakan lagi.

150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika

Saya hanya benarkan Auni buat satu eksperimen sahaja setiap hari supaya bahannya tidak cepat habis dan Auni ada aktiviti mengujakan yang boleh dilakukannya setiap hari di rumah. Saya juga ajarkan Auni beberapa perkataan sains yang biasa digunakan semasa menjalankan eksperimen seperti spatula, stirrer, goggle dan radas yang berkenaan. Secara tak formal, Auni akan terbiasa dengan terms tersebut dan dapat membantu dalam pengayaan bahasanya nanti kan?

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Adeh, kalu mak-mak yang nak buat eksperimen nie boleh tak..? hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kak, kita sebagai mak-mak wajib kena buat jugak eksperimen ni. Baru rasa macam back to school :D

      Padam
  2. best juga nie...nanti dah ada anak generasi saya akan didik mereka tentang sains..

    anak-anak generasi pertama sudah besar ...tak sesuai la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan tuan dapat anak generasi kedua pula lepas ini, tapi jangan lupa hantar kad undangan perkahwinan ya :)

      Padam
  3. berbaloi, beli satu dapat buat 150 experimen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehla mereka main sampai muntah, mak ada masa nak berehat :D

      Padam
  4. wahhh menarik ni!!! pd ms sama kite pun turut sm2 belajar, kan?

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail