Kisah hari ni penuh dengan throwback..
Masa tengah sibuk menggeledah almari untuk asingkan antara buku kosong dan buku conteng, saya terjumpa buku lama dengan nota kecil masa saya mula-mula start berblogging dulu. Masa tu awal tahun 2018, masa saya kembali re-apply Adsense selepas Adsense lama hilang akibat tukar domain. Boleh kata itu adalah tarikh awal saya aktif berblog.
Masa tu adalah masa saya masih zero knowledge tentang blog dengan jumlah PV pun tak sampai 10k viewers. Pada masa tu, setiap bulan saya akan buat nota azam bulanan untuk pastikan blog saya capai target yang saya impikan. Dua tahun kemudian (baca sebagai sekarang), saya dah boleh rasa gembira bila tengok jumlah PV dah meningkat dan sekarang dah capai 1juta viewers. Terima kasih pembaca budiman semua. Sayang kamu ketat-ketat.
Walaupun tak banyak income yang saya dapat hasil daripada Adsense blog tapi saya tetap happy bila tengok usaha nak menaikkan blog ini berjaya dan saya ada income geli-geli sambil buat apa yang saya suka. Nak menulis novel, idea tak banyak jadi kita membebel je lah di blog. Sambil membebel sambil dapat duit, mana tak happynya kan. Kalau dulu, dalam masa dua tahun baru saya dapat cash out duit Adsense blog, sekarang target saya untuk cash out setahun sekali pula. Harap lepas ni boleh cash out sebulan sekali pulak..haha. Berangan tak salah kan..
Boleh Buat Duit dengan Blog Ke?
Berbalik kepada soalan, boleh ke buat duit dengan blog? Jawapannya tentulah boleh. Tapi berapa banyak duit yang dapat tu bergantung kepada nilai tambah blog tu sendiri. Blog saya memang takde nilai tambah sangat jadi sebab tu blog ini paling banyak pun cuma boleh dapat USD1 je sehari, haha... Kena banyak lagi menulis dan update blog lepas ni. Yang sikit ni pun syukur selalu kan. Btw ada ramai juga blogger yang berjaya buat banyak duit dengan Adsense, malah ada yang boleh capai USD40 dalam masa sehari. Ui..kagum..
Apa yang saya nampak sejak PV blog saya mencapai viewers 1 juta, setiap hari pasti wang Adsense saya akan masuk lebih banyak dari sebelum ini. Kalau kebiasaannya nak dapatkan USD0.50 kena tunggu 3 hari, tapi sekarang bila sehari dapat USD0.50 itu adalah perkara biasa. Jadi saya belajar benda baru. Kalau nak banyak wang Adsense masuk ke akaun, maknanya saya perlu banyakkan juga membebel di blog. Income Adsense berkadar langsung dengan jumlah post di blog okeh.
Tapi post mestilah berkualiti dengan jumlah patah perkataan yang dicadangkan. Kalau banyak membebel tapi kualiti takde, Google akan detect post tersebut sebagai tak berkualiti dan mengakibatkan ranking Alexa blog pula jatuh. Pening juga nak berblog ni kan? Takpe, kalau awak ada niat nak berblog, jangan risau tentang Alexa atau SEO semua tu. Along the way, awak akan terdedah pasal benda ni dan akan belajar sendiri dengan lebih mahir. Tak perlu paksa diri masa mula berblog. Takut pening pula.
Nasihat saya kepada golongan surirumah yang baru atau dah lama berkawin, ada internet data yang bagus dan ada masa lapang yang banyak, cubalah buat blog. Mana tau blog suka-suka awak hari ni akan jadi salah satu daripada sumber income masa depan dan awak pun boleh membebel tanpa perlu fikirkan samada orang menyampah dengar atau tak. Haha..siapa je nak dengar kita membebel siap sanggup bayar pula tu kan? Suami sendiri pun tanak dengar :D
Mungkin ada yang kasi alasan saya tak pandai nak tulis, tak pandai buat blog atau tak sempat masa. Terpulang pada individu sebenarnya. Kalau dia rasa nak buat, walau apa pun alasan tetap dia akan cuba buat. Tapi kalau memang dari awal dah rasa malas dan tak berminat nak buat, jadi alasan tu tetap akan ada sampai bila-bila. It's okay. Semua terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Lagipun banyak je cabang income yang lain, pilih mana yang sesuai dengan diri sendiri.
Bagi saya, saya bersyukur terjebak dalam bidang blogging ini. Bila suami sibuk bekerja, saya tak ada tempat mengadu, saya luahkan di blog. Saya nak kongsikan maklumat yang baru saya dapat tapi saya takde audiens, saya kongsikan di blog. Saya nak ceritakan tentang anak-anak tapi saya tak tau nak bercerita pada siapa, saya tuliskan di blog. Dan saya tak perlu kisahkan samada orang nak tau atau tak tentang apa yang saya kongsikan di blog.
Ini kerana, kebanyakan cerita yang saya kongsikan di blog umpama diari harian saya, menulis untuk perkongsian bagi simpanan diri sendiri. Pada masa akan datang, saya boleh cari dan baca kembali peristiwa yang berlaku sebelum ini. Dan jika ada yang mencari tentang topik sama saya bincangkan di blog, itu adalah sebagai info tambahan buat mereka. Mereka dapat maklumat dan saya dapat pahala kerana berkongsi perkara baik. Jadi sebab itu, jika nak menulis di blog, tulis perkara yang baik sahaja kerana ia berfungsi sebagai ladang pahala dan dosa. Jika baik tulisannya, maka banyaklah pahalanya begitu juga sebaliknya.
Rasanya dah panjang sangat saya membebel ni. Tujuan post ini ditulis sebenarnya bagi menjawab pertanyaan kawan yang tanya samada blog ni best dan boleh dapat duit ke? Ha, dah terjawab kan..jadi buatlah pilihan sendiri samada nak tulis blog atau tak. Oh ada lagi satu, saya tanak overclaim..banyak juga perkara baru yang kita kena belajar sepanjang menulis blog. Nampak simple tapi sebenarnya payah dan leceh juga. Dan masih ada juga beberapa perkara saya tak faham lagi pasal blog. Abaikanlah tentang tu, asalkan saya teruskan menulis kan?
Btw, baca juga pengalaman pertama kali saya terima duit Adsense blog di sini >> Duit Adsense Masuk Akaun Bank.
32 Ulasan
dapat usd1 sehari kira dah banyaklaa..hehe
BalasPadamselamat maju jaya, semoga dimurahkan rezeki dalam blogging :)
♕Tiara Sapphire♕
Bukan selalu pun dapat 1usd sehari tu wak..sesekali je :D
PadamInsyaaAllah... setiap apa yg dibuat mesti ada matlamatnya, jika kita nak blog menjana pendapatan,, insyaAlah ada jalan nya, dan Allah akan aturkan ia....
BalasPadamIn shaa Allah aamiin..
Padamuntungla dah pernah cash out..kita masih merangkak entah bila dapat cash out..haha
BalasPadamTakpe wak, slow2..saya pun merangkak jugak ni sebelum boleh enjoy duit blog. Sabar tau..
PadamSemoga terus istiqamaah dlm menulis..doakan kawan2 yg lain dpt capai target cm ini;)
BalasPadamin shaa Allah aamiin..
PadamBanyak jugak tu usd 1 sehari. Orang kata ada usaha ada la hasilnya kan
BalasPadamBukan selalu pun dapat 1usd sehari tu wak, sekali sekala je pun..huhu
Padamtahniah
BalasPadamsemoga bertambah2 incomenya nanti
Aamiin..in shaa Allah. Untuk awak juga ye..terima kasih :)
PadamTahniah. Semoga dimurahkan rezeki. Bila baca ni sedih pula. Adsense kene banned 😭
BalasPadamJemput join GA --> Giveaway by ejulz & wafacw
Harap lepasni Adsense tak ban dah blog awak..aamiin. Btw sorry ye, saya dah tak join GA sekarang. Lebih fokus kepada artikel sahaja. Selamat bergiveaway ejulz!
Padamalhamdulillah my adsense pun dah mula naik sikit demi sedikit.akan rabia usaha dengan lebih gigih lagi
BalasPadamGo go caiyok Rabiah! You can do it!
Padamwahhhhh hebak hebak mung!!! keep on blogging nnt boleh laa belanja sy kepsi seketui hahahaha
BalasPadamBoleh sangatla awak. Bila nak dating tu?
PadamBetul tu sis Zarini, blogging ni mcm journaling jg, especially bila kita tulis ttg pengalaman kita. Blh jg jadi rujukan bila terlupa something. Income dr Adsense pula dpt membantu cover kos maintenance blog dan duit belanja anak2. Tapi, akak rasa mcm algorithm Google thn ni & komisyen pun mcm not as good as before. Still, masi blh buat duit. 🙂
BalasPadamSebelum ni saya belum pernah merasa duit Adsense jadi memang taktau macammana komisen dia. Walau macammana pun dapat sikit ni pun dah bersyukur sangat wak..huhu
Padambestnya, saya dulu nuffnang saja, baru berjinak dengan adsense..jadilah kan buat duit tepi hehe
BalasPadamNuffnang dah makin kurang sekarang kan? Saya dah buang terus nuff di blog sebab tak nampak pun komisennya masuk..
Padamtahniah awak..
BalasPadamblog sudah menjana wang..
bersyukur dengan rezeki begini
Alhamdulillah, terima kasih wak. Doa yang sama juga untuk awak..semoga blog awak juga banyak jana wang..aamiin
PadamSetuju. buat blog mmg boleh jana pendapatan. orang kata usaha tangga kejayaan. Semoga kita semua berjaya kak. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadamAamiin..in shaa Allah. Thanks awak :)
PadamSeronok berblog bila jana income sampingan ni..makin bersemangat rasa 😁
BalasPadamBetul tu. Duit boleh jadi perangsang mood yang baik kan?
PadamBetullah tu, setuju part sebenarnya ada part yang leceh dan masih tak faham juga. Tiapkali orang suruh tunjuk ajar buat blog, rasanya boleh ajar yang basic aje 😂 yang lain lain tu kena belajar along the way, right.. Income adsense kita lebih kurang sama tu.. Sehari dalam $1,$2.. Moga cepatlah dia membiak 🙈
BalasPadamAkak tak sampai lagi tahap dapat 2usd tu husniey. Mampu takat 1usd je sekarang..one day in shaa Allah dapatla 2usd pulak harapnya. Aamiin..
Padambetul, blog ni macam dairi, tempat simpan kenangan, cerita..
BalasPadamKan? Bila baca balik boleh mengimbau kenangan. Best je ada diari online yang generate income ni
Padam