Bermula dengan niat untuk melabur, saya terfikir mengapa tidak saya mendaftar juga sebagai agen. Paling kurang saya akan dapat ilmu sambil melabur, dan jika ada rezeki mungkin boleh dapat komisen juga. Mengapa tidak kan? Saya juga telah lama tidak mengasah skil menjual, sekali sekala rindu juga rasanya ingin berjumpa orang ramai dan bersembang.
Jadi saya mulakan langkah pertama dengan mendapatkan maklumat daripada beberapa orang agency supervisor bagi pelaburan amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust. Rupa-rupanya untuk menjadi seorang unit trust consultant (UTC), langkah wajib yang perlu dilakukan pertamanya adalah menduduki CUTE exam dan lulus!
Pada awalnya saya agak risau juga untuk menduduki CUTE exam memandangkan soalan yang diberi adalah langsung tidak berkaitan dengan apa yang pernah saya pelajari di sekolah mahupun universiti dahulu. Sebaik mendapat kertas soalan daripada agency supervisor untuk latih tubi, kepala saya terus berdenyut. Susah, Ya Allah! Pengiraan, sukuk, bursa saham, inflasi..mana saya nak cari info semua ni!
Rupa-rupanya tak susah pun nak lulus CUTE exam jika selalu membuat latihan contoh-contoh soalan terdahulu. Jika malas berfikir dan mengerah otak, hanya perlu hafal soalan dan hafal jawapan daripada contoh-contoh soalan yang telah diberikan oleh supervisor. Soalan CUTE exam adalah berulang, malah soalan pengiraan juga akan menggunakan nilai yang sama. Jadi jika membaca, pasti akan lulus!
Langkah untuk lulus CUTE exam :
1. Download soalan CUTE exam di sini >> Sample CUTE Exam. Kalau nak lebih yakin, minta contoh soalan daripada agency supervisor.
2. Jika nak lebih faham, boleh pinjam buku rujukan Urus Niaga Unit Amanah. Saya pinjam daripada agency supervisor, selepas selesai CUTE exam baru pulangkan. Tapi sebenarnya, jika sudah study kertas soalan tahun-tahun lepas, sudah memadai dan tak perlu pun baca buku itu.
3. Seminggu sebelum CUTE exam, boleh buat-buat tanya agency supervisor soalan yang bakal keluar. In shaa Allah mereka akan bantu. Tekankan pada soalan yang diberi tersebut, kemungkinan keluar adalah tinggi.
4. Untuk soalan pengiraan, tidak perlu tahu jalan kira pun tak mengapa namun jika tahu itu adalah lebih baik. Disebabkan tiada kelas yang boleh saya hadiri untuk sesi latih tubi soalan CUTE exam (sebenarnya ada tapi masa tak mencukupi untuk ke kelas), jadi saya rujuk cara kerja di bahagian jawapan (biasanya terdapat di mukasurat terakhir bahagian jawapan) untuk proses pengiraan.
5. Hafal, hafal dan terus menghafal. Samada soalan atau jawapan, wajib hafal keduanya. Jangan pula disebabkan hanya hafal jawapan sahaja, terlupa pula soalannya bagaimana. Keliru pula nanti.
6. Setelah usaha, doa dan tawakal. In shaa Allah lulus menjawab CUTE exam. Aamiin..
Pengalaman Menjawab Kertas Soalan CUTE Exam
Pada mulanya, saya memang agak risau juga membayangkan soalan yang akan keluar pada ketika itu. Sudahlah datang seorang tanpa teman serta tiada kawan, salah pula tengok nama di board. Apabila masuk ke bilik exam dan menjawab soalan, eh, rupanya saya berjaya menjawab kesemua 60 soalan dalam masa 25 minit serta tambahan 5 minit untuk menyemak jawapan.
Saya menjawab dengan yakin kerana semua soalan yang keluar adalah sama dengan soalan yang saya baca. Alhamdulillah. Saya dapat tahu daripada agency supervisor bahawa terdapat 3 orang yang tidak lulus dan perlu menduduki semula CUTE exam sekiranya masih berhasrat untuk menjadi unit trust consultant.
Untuk menduduki CUTE exam, bakal unit trust consultant perlu membuat bayaran sebanyak RM250 seorang serta tambahan RM10 untuk kos duti setem. Jadi jika tidak lulus, mereka perlu membuat bayaran berulang untuk kembali menduduki CUTE exam. Namun saya beruntung kerana perlu membayar hanya RM185 untuk CUTE exam kerana kebetulan mendaftar semasa promosi.
Sayang kan jika tidak lulus? Jika ingin mengajak seseorang melabur, pastikan kita juga bijak membuat pelaburan awal iaitu dengan memastikan lulus CUTE exam terlebih dahulu! Oleh itu, siapkan diri dengan membaca contoh-contoh soalan sebelum ini. Btw, saya doakan awak berjaya lulus dalam CUTE exam awak nanti. Goodluck and all the best ya!
Oh, satu info tambahan lagi..untuk pengetahuan awak, di Malaysia sehingga Ogos 2020 ini, terdapat seramai 59,613 perunding unit amanah yang berlesen dengan FIMM tau. Ha, ramai kan? Tapi cuma 25% agen yang aktif dan saya termasuk di bawah agen yang tak berapa aktif tu lah..haha. Jom la kita meramaikan lagi perunding unit amanah di Malaysia ni. Btw goodluck untuk exam CUTE awak nanti tau.
6 Ulasan
selamat menduduki exam ya... ada had usia ke utk msk exam ni?
BalasPadamSyarat utama kena berumur 18 tahun ke atas awak. Tahniah! Pada usia awak sekarang..awak layak mengambil exam CUTE..hihi
Padamcute exam ni utk apa ye kak?
BalasPadamgoodluck!
Untuk jadi konsultan unit trust yang berdaftar bawah FIMM wak. Btw thanks ye tapi akak memang dah lulus exam ni..haha :P
PadamSaya lupa tarikh exam.. Esok ya nak exam hari baru perasan.. So sy fail.. Saya nak repeat.. Sedih.. Xpernah 2 fail exam.. Disebabkan kecuali sendiri..
BalasPadamAllahu..sabar ye wak. Sebelum ni saya pun selalu terlepas pandang tarikh penting dan beberapa kali terlepas peluang baik yang rugikan saya sendiri. Lepastu baru saya belajar untuk double check deadline penting kemudian tulis note untuk tampal di meja study dan set alarm dalam phone. Semoga awak lulus untuk exam selepas ni dan welcome to the group ye :)
Padam