Kecantikan dan Kesihatan Kinohimitsu Bird Nest | Sejak pertama kali cuba minuman sarang burung sebelum ini, kali ini saya nak cuba minuman Kinohimitsu Bird Nest pula apabila ternampak kotak ini di Watson semalam. Pada asalnya saya mencari bird nest Ecolite untuk dijadikan minuman harian tapi tiada stock pula. Jadi apabila ternampak kotak kiut comel brand Kinohimitsu ini, tak fikir panjang terus saya sambar sekotak.
Saya memang pantang lihat bird nest drink kerana minuman tambahan ini bukan sahaja sedap diminum, malahan turut membaiki masalah dalaman dan luaran individu. Kesannya boleh dilihat dalam masa seawal sehari samada dari segi emosi, fizikal atau kecantikan. Malah, Kinohimitsu Bird Nest ini didatangkan pula bersama campuran ginseng, jadi kesannya bukan sahaja baik untuk kecantikan malah juga untuk kesihatan.
Apa yang saya paling suka apabila mengamalkan bird nest drink adalah, saya dapat melihat kulit wajah saya semakin berseri dan kekusaman berkurang dalam masa pantas. Rambut lebih bermaya dan saya sendiri rasa lebih cergas. Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, amat sesuai mengamalkan bird nest drink kerana keanjalan dan kelembapan kulit wajah akan kekal terpelihara. Kesannya, kecantikan kulit wajah akan semakin ketara dan masalah kesihatan bertambah baik.
Kebaikan Kinohimitsu Bird Nest Ginseng
Kandungan bird nest yang terdapat di dalam satu botol Kinohimitsu ini adalah sebanyak 18%. Selain mengandungi kebaikan bird nest, ia juga mengandungi campuran white fungus dan American Ginseng serta diperasakan dengan gula batu. Ketiga-tiga bahan utama ini bukan sahaja memberi kesan kecantikan pada tubuh badan malahan juga pada kesihatan individu.
Kebaikan Bird Nest
1. Mengatasi masalah penuaan
2. Mengurangkan pigmentasi
3. Merangsang pertumbuhan sel darah merah
4. Membantu pengaliran darah dalam saraf
5. Meningkatkan daya tahan badan
6. Mengurangkan masalah hati dan usus
7. Meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang
Kebaikan American Ginseng
1. Menambah tenaga
2. Mengurangkan kandungan gula dan kolesterol
3. Mengurangkan stress dan membaiki emosi lebih baik
Kebaikan White Fungus
1. Anti-tumor dan anti-radang
2. Merawat batuk kering
3. Menyegarkan tubuh badan
Jadi dalam satu botol Kinohimitsu, saya boleh menikmati kebaikan bird nest, American ginseng dan white fungus yang telah digunakan sejak pada zaman dahulu lagi dalam amalan perubatan tradisional Cina. Apabila ketiga-tiga bahan ini disatukan dalam botol Kinohimitsu Bird Nest, maka khasiat kecantikan dan kesihatannya dapat dinikmati oleh saya :D
Cara Minum Kinohimitsu Bird Nest
Tak perlu susah-susah, hanya masukkan Kinohimitsu Bird Nest ke dalam mulut dan telan. Takdelah, sebenarnya bird nest drink tak sesuai diminum bersama kafein. Jadi sepanjang mengamalkan Kinohimitsu Bird Nest, tak perlulah minum berselang seli dengan kopi kerana nanti kesannya tak berapa menjadi. Selain itu, amalkan pengambilan Kinohimitsu Bird Nest pada masa perut kosong iaitu pada waktu awal pagi dan sebelum tidur. Ia bekerja lebih baik pada waktu tersebut.
Kalau dilihat dalam sebotol minuman Kinohimitsu Bird Nest, terdapat campuran bird nest dan sekeping kecil American ginseng. White fungus dan gula batu pula dah hancur menjadi cecair. Cuma persoalan yang bermain di minda saya adalah, boleh ke saya makan kepingan ginseng tersebut? Sedap ke rasanya? Takde apa-apa effect panas ke? Ha..kalau nak tau, apa kata awak beli sekotak dan cuba sendiri :P
Harga asalnya adalah RM43 dan mengandungi 6 botol bird nest seberat 75g setiap satu. Namun selepas diskaun, harga yang perlu dibayar hanya RM40 sahaja. Jadi apa kata korang cuba guyssss. RM40 untuk kecantikan dan kesihatan, not bad kan?
9 Ulasan
terbaek..
BalasPadamThanks ejulz :)
Padampatut comel sokmo..ni rahsia dia..:)
BalasPadamTakdelah CikNor, tak cantik pun..banyak ni kedut kat muka :D
PadamDan apa kata pulak, akak tolong sponsor Hana... hahaha Hana pun nak flawless macam akak :P
BalasPadam.
alahhh gurau jaaa hahah >_< tapi bab flawless tu betul ;)
Mana ada flawless la Hana, jom jumpa depan2 tengok bukti nak? Haha..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTeringin jugak nak bird nest ni. Sekarang pun macam-macam brand ade kan. Tapi pricey jugak harganya walaupun khasiat memang banyak.
BalasPadamTapi kalau nak compare dengan Dr Ko tu, ya Allah memang saya tak mampu wak..aduhh..
Padam