Gagal Claim Touch n Go eWallet RM30 | Masuk saja bulan Mac 2020, baru saya teringat yang bulan ini adalah bulan terakhir untuk saya claim duit e-tunai rakyat yang bernilai RM30. Orang lain mungkin dah buat sejak bulan Januari lagi tapi saya baru sekarang terhegeh-hegeh nak apply. Disebabkan saya tak pernah guna aplikasi Touch n Go eWallet, jadi kali ini saya nak cuba claim duit e-tunai rakyat menggunakan medium Touch n Go eWallet pula.
Pada awalnya saya malas nak claim wang e-tunai rakyat RM30 ini memikirkan yang data peribadi saya mungkin diceroboh individu tidak bertanggungjawab kerana saya perlu sertakan bukti bergambar kad pengenalan semasa membuat permohonan. Tapi fikiran saya mula berubah setelah kebanyakan aplikasi yang melibatkan proses pembelian atas talian juga menggunakan kaedah pengecaman muka dan kad pengenalan yang sama, jadi akhirnya saya terjebak juga untuk claim duit e-tunai rakyat.
Sebagai contoh, aplikasi Shopee dan Boost juga memerlukan proses pengecaman wajah dan kad pengenalan sebelum membolehkan saya membuka ewallet mereka. Jadi, apa lagi..dengan harapan berkobar-kobar, saya berhasrat untuk claim duit e-tunai rakyat RM30 menggunakan Touch n Go eWallet. Selain Touch n Go, proses untuk claim wang tunai e-rakyat ini boleh juga dilakukan dengan menggunakan aplikasi Boost dan Grab ye.
Meskipun saya sudah biasa menggunakan aplikasi Boost untuk buat bayaran di pasaraya seperti Watson dan Mydin, namun kali ini saya memilih Touch n Go pula sebagai medium untuk saya claim wang tunai e-rakyat. Mengapa ye? Tidak dinafikan aplikasi Boost sangat memudahkan saya untuk membuat bayaran cashless ditambah pula dengan reward shake yang memberi tambahan point, memang sangatlah saya suka.
Walaubagaimanapun apa yang saya lihat, Touch n Go eWallet lebih banyak menawarkan diskaun dalam bentuk potongan harga kepada penggunanya. Sebagai contoh, belian di Cool Blog dan Tealive dengan menggunakan medium bayaran Touch n Go akan mendapat potongan harga yang lebih murah dari harga asal. Jadi itulah sebabnya kali ini saya ingin menggunakan Touch n Go eWallet pula untuk claim duit tunai e-rakyat, jadi mudahlah saya nak gunakannya untuk dapatkan potongan diskaun :D

Cara Claim Duit e-Tunai Rakyat RM30 dengan Touch n Go eWallet
1. First step saya kena install apps Touch n Go eWallet dan daftar akaun.
2. Kemudian, verifikasi akaun dengan proses pengecaman wajah dan kad pengenalan. Pada bahagian ini, saya perlu ambil gambar kad pengenalan dan selfie muka sendiri sebagai tanda verification.
3. Kemudian saya perlu klik pada banner e-Tunai Rakyat yang terdapat pada halaman Touch n Go eWallet untuk claim wang RM30.
4. Jika permohonan berjaya, duit sebanyak RM30 akan dimasukkan ke dalam eWallet Touch n Go. Tapi jika gagal, saya akan terima notis seperti ini :
Setelah dapat notis seperti ini, maknanya saya terpaksa bersabar kerana langkah seterusnya saya perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat kad pengenalan yang baru. Huwaaa..so bila jadi rejection macam ni baru saya perasan yang kad pengenalan saya memang dah takde rupa kad pengenalan lagi. Patutlah gagal claim duit e-tunai rakyat dengan eWallet Touch n Go. Kad pengenalan dah nazak, tunggu masa nak kena buang ke tong sampah je nampaknya.
So kepada yang belum claim lagi duit e-tunai rakyat, boleh claim sekarang kerana tarikh akhir untuk berbelanja dengan duit tersebut adalah pada 14 Mac 2020. Tinggal lagi 9 hari je guys. Untuk yang gagal claim Touch n Go ewallet macam saya, mohle kita pi buat kad pengenalan baru ye kawan
Disebabkan cubaan saya untuk claim duit e-tunai rakyat tidak berjaya, jadi saya dengan bersemangatnya cuba pula tukar kad pengenalan yang baru secara online. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sesetengah urusan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini boleh dilakukan secara atas talian di rumah tanpa perlu ke kaunter pun.
Malahan urusan memperbaharui kad pengenalan juga boleh dilakukan secara online. Mudah sahaja dan proses ini mengambil masa tidak sampai setengah jam. Semua data setiap individu sudah tersedia ada di dalam sistem maklumat JPN, jadi jika kita ingin tukar kad pengenalan yang baru, data lama yang telah berada dalam pengkalan data JPN akan digunakan untuk memperbaharui kad pengenalan. Saya cuma perlu buat bayaran sebanyak RM10 sahaja dan ambil kad pengenalan yang telah siap di iaunter JPN.
2. Daftar masuk terlebih dahulu.
3. Buka link verifikasi yang dihantar pada email.
4. Masukkan kata laluan dan aktifkan.
5. Log masuk kembali dengan menggunakan no ic dan password.
6. Klik pada Ganti MyKad.
7. Klik Setuju.
8. Masukkan maklumat peribadi.
9. Pilih cara bayaran samada menggunakan Visa atau Mastercard.
10. Buat bayaran.
Setelah berjaya, kad pengenalan yang baru boleh dituntut di kaunter JPN atau UTC yang dipilih. Jika transaksi gagal, wang akan dikembalikan semula dalam masa 10 hari. Mudah je sekarang kan? Tidak perlu buang masa di kaunter untuk ganti kad pengenalan yang baru. Walaubagaimanapun, tidak semua transaksi kaunter boleh dilakukan secara online ye.
Gagal lagi! Huwa...haha. Kali ini saya gagal untuk tukar kad pengenalan secara online kerana nombor telefon yang saya masukkan lebih daripada sepatutnya. Nak buat macammana, memang nombor telefon saya lebih banyak daripada yang biasa. Phew..sabar je la. Saya cuba nak tukar maklumat diri, tapi takde pula pilihan tersebut. Makanya memang terpaksa ke kaunter lah nampak gayanya.
Daripada nak claim duit e-tunai rakyat menggunakan Touch n Go eWallet hinggalah nak tukar kad pengenalan baru secara online, semua gagal nampaknya. Bertabahlah diri sendiri..
Tukar Kad Pengenalan Baru Secara Online

Cara Tukar Kad Pengenalan Secara Online
1. Pergi ke MyKadGanti JPN.2. Daftar masuk terlebih dahulu.
3. Buka link verifikasi yang dihantar pada email.
4. Masukkan kata laluan dan aktifkan.
5. Log masuk kembali dengan menggunakan no ic dan password.
6. Klik pada Ganti MyKad.
7. Klik Setuju.
8. Masukkan maklumat peribadi.
9. Pilih cara bayaran samada menggunakan Visa atau Mastercard.
10. Buat bayaran.
Setelah berjaya, kad pengenalan yang baru boleh dituntut di kaunter JPN atau UTC yang dipilih. Jika transaksi gagal, wang akan dikembalikan semula dalam masa 10 hari. Mudah je sekarang kan? Tidak perlu buang masa di kaunter untuk ganti kad pengenalan yang baru. Walaubagaimanapun, tidak semua transaksi kaunter boleh dilakukan secara online ye.
Gagal Tukar Kad Pengenalan Baru Secara Online
Gagal lagi! Huwa...haha. Kali ini saya gagal untuk tukar kad pengenalan secara online kerana nombor telefon yang saya masukkan lebih daripada sepatutnya. Nak buat macammana, memang nombor telefon saya lebih banyak daripada yang biasa. Phew..sabar je la. Saya cuba nak tukar maklumat diri, tapi takde pula pilihan tersebut. Makanya memang terpaksa ke kaunter lah nampak gayanya.
Daripada nak claim duit e-tunai rakyat menggunakan Touch n Go eWallet hinggalah nak tukar kad pengenalan baru secara online, semua gagal nampaknya. Bertabahlah diri sendiri..
6 Ulasan
laa kesiannya. haritu saya pun tak lepas nak claim dari T&G so claim dekat Grab. Sekejap je dah dapat.
BalasPadamAkak takde grab tapi memang nak tanak kena pi tukar kat JPN jugak, sabar je la..
PadamNurul claim dekat Grab. Few days dah approve. Tak sangka lepas actually sebab ambik gambar selfie n IC tu masa dalam kereta so gegar2 sikit gambarnya. Hahaha.
BalasPadamSebab Nurul cakap ambik gambar dalam kereta, so kita try tau. Tak nampak, gelap! Alih2 pi ambik gambar kat kedai jugak baru lepas..
PadamFamily Hana dah settle claim dah... ;)
BalasPadamTahniahla, jangan tiru perangai last minit macam akak ni tau :D
Padam