Resepi Ikan Percik Kuah Putih Senang dan Sedap | Saya suka masak ikan percik kuah putih untuk makanan harian keluarga sebab senang dimasak dan sedap. Lauk ni tak pedas, jadi anak-anak boleh makan. Suami juga suka lauk percik tapi ikan kegemarannya adalah ikan selayang. Tapi untuk resepi ni, saya gunakan ikan selar menggantikan ikan selayang kerana takde stok di rumah.
Resepi ikan percik kuah putih ni memang senang dan sedap, cumanya agak leceh untuk panggang ikan dan perlu sentiasa kacau santan atas dapur untuk elakkan kuah santan daripada jadi beku dan tak cantik. Untuk part panggang ikan, saya tak panggang atas dapur arang macam biasa. Saya cuma masukkan ke dalam oven dan bakar je ikan kat dalam tu. Suhu di set pada 200 darjah dan dibakar selama 30 minit.
Untuk yang takde oven di rumah, boleh panggang ikan atas dapur masak atau guna pemanggang ajaib. Cuma ikan akan berair dan lembut sikitlah kejadiannya. Takde hal lah kan. Kalau nak beli seekor ikan percik kuah putih ni harganya dalam RM5 ke atas. Dapat kuah pun sikit je. Jadi kalau nak puas hati, buat sendiri lagi best. Resepi pun tak susah, sedap dan senang.
Resepi Ikan Percik Kuah Putih
Bahan-bahan
3 ekor ikan selar (boleh guna ikan selayang)
1 batang serai (diketuk)
1 kotak santan pekat
Sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
Satu inci halia
1 biji asam keping
Satu sudu tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air)
Segelas air
Garam dan gula
Cara Penyediaan
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Ambil 1/3 daripada bahan kisar dan lumur pada ikan. Perasakan dengan garam.
3. Perap sebentar selama 15 minit kemudian bakar ikan dalam oven selama 30minit.
4. Panaskan periuk dan masukkan lebihan bahan kisar, santan, serai dan air.
5. Kacau sehingga mendidih (perlu dikacau sentiasa untuk elakkan santan membeku).
6. Apabila mendidih, masukkan asam keping, larutan tepung jagung serta perasakan dengan garam dan gula.
7. Kacau sehingga kuah mendidih dan pekat. Siap!
Btw jangan lupa ganti puasa tau. Hanya tinggal lagi dua bulan je sebelum masuk Ramadhan tahun ni. Oh, boleh juga jadikan menu ikan percik kuah putih yang senang dan sedap ni sebagai menu berbuka nanti. Nasi putih panas makan dengan ikan percik kuah putih je pun dah sodap. Yummeh..
Untuk resepi sihat yang lain, cuba lihat Resepi Sihat Ayam Bakar Halia.
Untuk resepi sihat yang lain, cuba lihat Resepi Sihat Ayam Bakar Halia.
8 Ulasan
Nampak sedap..boleh la cuba nanti...tukar ayam pun ok kan...
BalasPadamBoleh kak, ayam lagi sedap tapi lama sikitla nak kena bakar tu.
Padamnak sikittttt
BalasPadamDah habis..haha
PadamNampak mudah dan sedap dimakan..
BalasPadamSenang je nak buat kak. Sedap tu wajib..tryla kak..
PadamHari ni Ada nak try buat.. Pinjam resepi na.. Hihi..
BalasPadamSo macammana masak aritu? Jadi tak ada?
Padam