Tips Beli Mesin Basuh Terbaik


Tips Beli Mesin Basuh Terbaik | Alkisahnya mesin basuh di rumah saya semakin uzur namun masih belum rosak. Kami andaikan uzur kerana setiap kali spin, bunyi yang dihasilkan tu rasanya boleh sampai ke rumah jiran. Selain bunyi, daya getaran yang dihasilkan juga rasanya boleh menggegarkan bumi..haha. Hyperbola sangat perumpamaan tu kan :P


Mesin basuh berjenama Sharp ini kami beli sebaik sahaja selepas kahwin. Tidak pernah rosak namun pada awal tahun ini sensor pada pintu mula bermasalah. Berbekalkan ilmu youtube, suami pun buka dan buang sensor tersebut kerana telah rosak. Jadinya, ciri keselamatan pada mesin basuh kami sudah berkurangan kerana jika pintu dibuka, mesin takkan berhenti secara automatik lagi.


Meskipun tanpa sensor, mesin basuh kami masih berfungsi dengan baik kecuali masalah bunyi dan daya getaran yang agak kuat dihasilkan, itu sahaja. Walaupun tidak mengganggu hidup saya tapi suami pula beria mengajak cari mesin basuh yang baru. Memang excited nak beli yang baru tapi mesin basuh yang lama ini walaupun antik tapi banyak memorinya. Sayang betul nak tukar.

Tips Beli Mesin Basuh


Untuk mengelakkan dari terbeli mesin basuh yang bermasalah dan susah nak cari spare part atau dapatkan servis warranty, saya study dulu tips-tips yang perlu dilakukan sebelum membeli mesin basuh yang baru. Jadi bagi yang tengah survey mesin basuh juga, ini adalah ringkasan tips membeli mesin basuh untuk dijadikan rujukan okay. 


1. Pilih control panel yang berada di bahagian atas hujung bukan di bawah hujung.


Semua control panel atau dalam bahasa mudah fahamnya, tempat tekan untuk set jenis basuhan terletak di bahagian atas mesin basuh. Tapi perasan tak yang panel ni boleh berada di atas hujung atau bawah hujung. Kalau tak faham, tengok gambar di bawah.

Tips Beli Mesin Basuh Terbaik
Panel di atas hujung

Tips Beli Mesin Basuh Terbaik
Panel di bawah hujung



Dicadangkan untuk pilih control panel yang berada di atas hujung adalah lebih baik. Ini kerana control panel yang berada di bawah hujung adalah terdedah kepada risiko kerosakan yang lebih tinggi berbanding jika berada di atas hujung mesin basuh.


Sebagai contoh, jika kita pindahkan baju yang basah dari baldi ke dalam mesin basuh, mungkin ada titisan air yang menitik terkena pada bahagian control panel. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada panel mesin basuh. Selain tu, ada juga yang meletakkan baldi di atas control panel semasa nak keluarkan baju dari mesin basuh. Beban berlebihan juga mungkin boleh merosakkan panel mesin basuh kita.


2. Top load atau front load?


Top load maksudnya pintu mesin basuh terletak di bahagian atas, front load pula pintu di bahagian bawah hadapan. Masing-masing ada pro dan con tersendiri, cuma harga bagi mesin basuh front load agak mahal di Malaysia berbanding yang jenis top load. Oleh sebab itu mesin basuh jenis top load lebih menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang berpatutan.

Tips Beli Mesin Basuh Terbaik

Bagi saya sendiri, top load menjadi pilihan sebab senang saya nak masukkan baju ke dalam mesin basuh tanpa perlu duduk bertinggung. Selain itu, wanita Asia kan kebanyakannya ada masalah osteoporosis, makanya top load lebih selamat, haha..alasan semata-mata. Padahal front load lagi cantik cuma mahal tak boleh bincang je harganya. Kalau murah dah lama saya rembat sebiji :P


3. Stainless steel drum lebih baik  daripada plastik drum


Walaupun plastik drum lebih ringan dan kurang bunyi namun stainless steel drum pada mesin basuh adalah lebih baik memandangkan ianya lebih kuat dan mampu menahan putaran laju serta suhu tinggi. Jadi pakaian lebih mudah kering kerana putaran tinggi oleh stainless steel drum lebih efisien berbanding plastik drum. Ia juga lebih jimat tenaga elektrik.

Tips Beli Mesin Basuh Terbaik

4. Ciri Keselamatan


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ciri keselamatan pada mesin basuh jangan dipandang enteng. Apa jadi sekiranya anak kecil kita membuka penutup mesin basuh yang tidak mempunyai ciri keselamatan ketika ia sedang beroperasi? Tak boleh terfikir apa akan jadi kan. Jadi, kalau merancang untuk berkahwin atau baru berkahwin sebaiknya cari mesin basuh yang mempunyai ciri keselamatan seperti fungsi kawalan pintar dan child lock.


5. Mesin basuh dengan fungsi air panas lebih banyak guna tenaga elektrik


Kedengaran amat mengujakan mempunyai mesin basuh yang mempunyai fungsi air panas ketika membasuh. Pasti cucian baju akan lebih bersih dan berseri. Walaubagaimanapun penggunaan air panas ini juga akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. 


Jika ahli keluarga bekerja di bendang atau bengkel dan sering mengotorkan baju dengan kotoran degil, mesin basuh dengan fungsi air panas boleh dipertimbangkan. Namun jika hanya bekerja di pejabat dan tidak terdedah pada kotoran degil, seeloknya beli sahaja mesin basuh yang biasa. Lebih jimat tenaga. 


6. Beli mengikut saiz muatan yang bersesuaian


Setiap mesin basuh mempunyai lebar dan ketinggian yang berbeza, begitu juga dengan muatannya. Mesin basuh Sharp kami yang lama ini boleh memuatkan sehingga 6.5kg muatan sahaja dan lebihan muatan boleh merosakkan komponen dalamannya. Jadi jika mempunyai keluarga yang besar, muatan besar adalah dicadangkan. Namun jika mempunyai bilangan keluarga  yang kecil, usahlah membeli mesin basuh dengan muatan yang terlalu besar.


Ini kerana setiap cucian samada penuh atau sedikit tetap akan menggunakan jumlah tenaga elektrik yang sama. Jika pasangan suami isteri yang baru berkahwin membeli mesin basuh bermuatan 10kg ke atas, mereka perlu memenuhkan beberapa buah baldi baju sebelum dibasuh untuk menjimatkan tenaga elektrik. Jika basuhan sederhana dilakukan, cas tenaga elektrik tetap sama seperti basuhan penuh.


Ia adalah suatu pembaziran. Jadi seeloknya beli hanya mengikut kesesuaian penggunaan dan saiz keluarga untuk mendapatkan penjimatan optimum.


7. Jaminan warranty lebih lama lebih bagus


Malang jika kita tersilap membeli mesin basuh yang menawarkan jaminan warranty pendek. Jika berlaku kerosakan tidak dijangka, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut.


Masih terdapat mesin basuh yang menawarkan warranty hanya 1 tahun di dalam pasaran. Apa akan jadi jika mesin basuh tersebut rosak pada tahun kedua? Buang atau baiki? Sudah tentu kos pembaikian tidak semurah yang dibayangkan.

Tips Beli Mesin Basuh Terbaik

Itu sahaja yang dapat saya simpulkan sepanjang saya menggoogle tips untuk membeli mesin basuh. Jadi, adakah saya telah menukar mesin basuh yang baru? Ya, saya telah menukar mesin basuh yang baru! Panasonic 10kg jenis top load dengan control panel di atas hujung. Tahniah pada diri sendiri. Terima kasih juga pada suami yang menderma. Sayang kamu ketat-ketat :)

Catat Ulasan

43 Ulasan

  1. Kalau mesin basuh kat rumah Hana siap ada penyakit Parkinson. Haha alhamdulillah, dah tukar baru. Tak sempat pulak nak refer blog akak sebelum beli tu... heheh next time kalau rosak lagi Hana refer sini ;)
    .
    Thank you for the tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, maksudnya mesin basuh akak aritu dah kena mild parkinson la kot Hana..haha

      Padam
  2. okay this is a good one. kene guna tips ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay, pasni dah boleh survey mesin basuh baru ye Ray..

      Padam
  3. Aiyoo nombor 1 lagi kitorang dah salah buat dah ^^' Harituh baru je beli mesin basuh and beli panel yang bawah hujung XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe2..mesin basuh lama kitorang pun panel duduk kat bawah, elok je lagi sampai sekarang. Asalkan pandai jaga je kan.

      Padam
  4. satu tip yang menarik..

    nanti saya refer kat sini jika nak beli mesin basuh baru..

    dah hampir 3 tahun tak guna mesin basuh.

    p/s: penulisan sangat mantap...tak pernah mengecewakan..memang wajar jadi blogger...saya bagi 5 bintang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, yey! Saya dapat 5 bintang! Tapi mana bintangnya mrhanafi? Nak ku genggam tak sampai, nak ku lihat tak nampak :P

      Padam
  5. kita punya mesin sama2 uzur la gitu hehe.. macam2 bunyi haa..
    tapi logik la sebab da lebih 10 tahun
    memang mntak kena tukar da mesin ct ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ui..mesin basuh awak lagi senior. Memang dia nak mintak rehat dah tu kot. Tapi bila fikir2 balik, dulu makpak kita guna mesin basuh lagi lama kan. Apsal sekarang mesin basuh kita cepat problem? Kita yang tak pandai jaga ke atau mesin yang tak berapa kualiti? Hurm..

      Padam
  6. sy dr form 1 smpi thn lps semua baju sy cuci tangan kecuali bla sy blk kg br guna mesin. n start thn ni baru sy guna mesin basuh heheheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow, daebakla Anies! Saya mula2 masuk rumah memang cari mesin basuh dulu dari peti ais. Punya mengada malas nak basuh tangan. Salute la awak boleh basuh tangan dari form 1 sampai dah besar..

      Padam
    2. sbb sy dok asrama dr form one smpi habis graduate. tu yg terbiasa membasuh gn tangan

      Padam
  7. Bagus tips ni...mesin basuh rumah akak jenis front load. Memang kena bertinggung...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertinggung pun bertinggungla kak, asal cantik :D

      Padam
  8. kali terakhir wak beli mesin basuh warranty compressor tu 5 tahun.. skrg dh lebih 5 tahun kott.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warranty pun dah habis eh? Kena beli mesin basuh baru ni wak. Dapat warranty baru :P

      Padam
  9. Terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam
  10. Tq kak share tips. Boleh gunapakai ni kalau nak membeli mesin basuh baru

    BalasPadam
  11. Rumah Nurul takde washing machine lagi sebab husband terlebih rajin nak mendobi. Lagipun kami masih berdua so basuh baju pun dua minggu sekali. Hahaha. But I really want a washing machine. Kalau boleh nak sekali dengan dryer tu tapi harga memang fuhhh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh, yang mesin sekali dengan dryer tu pun sama la ada jugak dalam wishlist saya. Tapi boleh harap je, dapatnya mungkin tak..haha

      Padam
  12. Maaf nak tanya ape kelebihan mesin basuh yg ade inveter dan x ade inveter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin basuh berinverter lebih jimat dan berputar laju encik. Boleh rujuk artikel di bawah ye:

      https://washerhouse.com/ms/invertorniy-ili-standartniy-dvigatel/

      Padam
  13. hurmmm kalau macam tu kan, sekarang saya memang cari mesin basuh tapi nak yg kalau boleh basuh dgn cepat. lepas tu kan knp ekk bila saya basuh baju, pakai je badan naik ruam2.. ade sape2 pnah kena tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak berapa sure jugak sis tapi kalau sis selalu naik ruam macamtu, ada beberapa cara sis boleh buat. First sis cuba tukar sabun dan softener yang sis pakai sebab mungkin sis alergik pada salah satu daripadanya. Biasanya orang yang ada masalah kulit sensitif atau ekzema kena selective sikit pilih daily care mereka.

      Cara kedua kalau lepas tukar sabun tak berkesan, mungkin boleh check tangki air di rumah. Ada kes yang air dalam tangki dah kotor sebab tak pernah treat/ check, jadi effect pada air dalam rumah.

      Kalau dua cara tu tak jadi, better sis ke klinik buat details check up. Mungkin ada scientific explanation lain yang kita tak tau kan.

      Semoga dipermudahkan ya sis :)

      Padam
    2. Oh satu lagi pasal mesin basuh yang cepat tu, sis boleh adjust setting pada control panel untuk cepatkan masa membasuh. Saya selalu set masa membasuh bergantung pada banyak pakaian yang nak dibasuh. Semoga membantu ya..

      Padam
    3. rasanya mesin basuh pnya drum tue kotor lah kot sis...awk guna top load ke front load? kalau top load kena cabut screw utk kluarkan drumnya basuh...xpn beli je serbuk basuh drum tue...kalau sy lah, beli je mesin basuh baru hahaha

      Padam
    4. sy lepas guna mesin basuh dari panasonic yg ade dryer sekali, dah tk de dah gatal2 pahtu drum mesin basuh dah 5-6 bulan tk basuh2 sebab mmg dia ada fungsi bersihkan drum kan so tk de ape lah kalau keluarkan drum nanti kalau salah langkah, abes rosak hehehe

      Padam
    5. ye ke sis... nanti sy cuba lah tukar sabun tgk mcm mana. ke cuci drum dia kan.. anyway, tqqqqq

      Padam
    6. boleh tahu model ape? berapa pulak harga baca n macam mahal jek hahaha sebab ye lah ada fungsi basuh drum bagai hihihi

      Padam
    7. model dia ada banyak weh memang tak ingat lah kan no model tu hahaha.. tapi boleh je check kat website dorang ni.. beli pun boleh je direct dorang kan senang. a panas pun dorg ade fungsi tu so boleh ah basuh comforter semua.. https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/washer-dryer/washer-dryer.html

      Padam
    8. Saya pun baru je basuh drum mesin semalam, guna panasonic dan beli yang muatan besar. Senang nak basuh comforter tapi takde fungsi dryer macam Ucop. Macam yang dalam gambar saya share kat artikel atas tu harga RM1200 masa beli aritu yushida.

      Padam
  14. aku maintain dari dulu sampai skrg panasonic ja, cuma sekarang ja aku tukar model yg front load washer sebab terinspired dari pinterest..dah beli best gak function2 yg ada..puas hati sebab lepas setiap hbis cucian auto cuci drum yg pusing baju tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yg mcm ni mahal tak eh? berminat juga tapi nak survey2 dulu lah harga, fungsi apa ja ada, up to berapa kg utk cucian.

      Padam
    2. dalam 3000 lebih saya beli..11 kg max..ada fungsi yg dapat hilangkan bakteria guna Ag+..siap ada auto sensor lagi yg boleh detect pakaian kita..

      Padam
    3. ouh mcm mana tu detect pakaian kita pastu ada jenis2 cucian lah kan. apa yg jenis cucian tu. masud awk sejuk dan panas ke?

      Padam
    4. ya dia ada stainmaster+ hot wash..ag+ cold wash.. stainmaster+ kalau dgn bayi atau pun org allergik tu sesuai angt untuk hilangkan allergen..ag+ tu pun best sbb dia bleh singkirkan 99%bakteria..

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail