Masak Guna Induction Cooker aka Dapur Induksi Philips | Ada beberapa perkara yang saya impikan pada tahun 2020 sudah tercapai dalam bulan ini. Salah satunya adalah untuk menambah koleksi di dapur. Induction cooker atau dikenali juga sebagai dapur induksi (betul ke?) adalah antara koleksi terbaru yang saya hajatkan sebelum ini dan baru saya miliki. Alhamdulillah..
Induction cooker berjenama Philips dipilih memandangkan saya sekeluarga suka makan steamboat. Jadi apa kaitan antara steamboat dengan dapur induksi ni? Sebabnya adalah induction cooker mudah diangkut dan dibawa ke hulu hilir berbanding periuk nasi yang saya gunakan untuk memasak steamboat. Ingat tak saya pernah masak steamboat dengan periuk nasi?
Boleh baca di sini >> Resepi Steamboat Sedap.
Dengan adanya induction cooker, lebih senang saya nak memasak steamboat di atas meja makan selepas ni. Selain merebus, saya juga boleh menggoreng. Hanya perlu tukar periuk atau pan sahaja untuk memasak dan proses memasak juga jadi lebih pantas berbanding menggunakan dapur gas biasa.
Cara Masak Guna Induction Cooker @ Dapur Induksi Philips
Disebabkan kami berdua baru pertama kali menggunakan dapur induksi Philips, makanya berlakulah perkara di luar jangkaan yang menyedihkan. Ameera menyentuh permukaan dapur induksi yang masih panas dan menangis kesakitan!
Aduh..kami ingatkan permukaan dapur tidak terlalu panas selepas memasak kerana tidak menggunakan api, rupanya kami salah faham. Nasib baik hanya merah sedikit sahaja di jarinya. Saya kongsikan video cara memasak menggunakan dapur induksi di bawah. Enjoy watching ya..
Disebabkan induction cooker tidak menghasilkan api semasa memasak, jadi permukaannya tidak panas. Walaubagaimanapun, periuk atau pan yang berada di atas induction cooker tetap mengalirkan haba ke persekitaran menyebabkan dapur induksi akan turut berasa panas. Jadi, sebaiknya jangan sesekali menyentuh permukaan dapur induksi selepas memasak ye.
Kebaikan dan Keburukan Induction Cooker
Ada kelebihan dan keburukan tersendiri apabila memasak dengan menggunakan induction cooker ni. Antara kebaikannya adalah:
- Ia kecil dan ringan jadi mudah diangkut ke mana sahaja.
- Tidak perlukan ruang memasak yang besar.
- Proses memasak lebih pantas.
- Tidak menggunakan gas, hanya plug-in.
Walau bagaimana sempurna pun sesuatu produk tentulah akan ada kelemahan juga kan. Antara kekurangan menggunakan induction cooker adalah:
- Hanya boleh memasak dengan menggunakan periuk atau pan yang diperbuat daripada bahan logam telap medan magnet.
- Hanya boleh memasak jika mempunyai sambungan tenaga elektrik.
- Hanya pan atau periuk dengan permukaan bawah yang rata sahaja boleh digunakan.
Tak sabar saya nak gunakan dapur induksi Philips untuk memasak nanti. Tapi masakan yang menghasilkan percikan kuat seperti sambal mungkin perlu gunakan dapur biasa sahaja untuk mengelakkan dapur induksi Philips aka induction cooker saya ni berminyak nanti. Jika nak bersihkan, hanya perlu lap permukaan dengan kain kering okay. Selamat memasak!
32 Ulasan
Adoo~ sebab tak suka masak tanpa api. Risau terbako. Haha
BalasPadamEh, takde api tak terbako wak sebab takde api..ahahha :D
Padamakak pon teringin tapi suami dah warning toksah duk beli mcm2 dapur kecik tak tau nak letak celah mana dah..hihihi
BalasPadamDapur rumah saya pun sempit kak tapi masih jugak saya sibuk nak tambah koleksi, pastu menyesal sebab taktau nak letak kat mana :D
PadamTeringin jugak induction cooker. Tengok rancangan masak sheila rusly guna induction cooker, senang sangat. Bestnyaaa
BalasPadamSenang tapi kena masak laju2 tanak kasi hangit. Cepat panas ni wak..
Padamtak reti nak guna dapur ni :( ♕ Tiara Sapphire ♕
BalasPadamSamalah, tak reti lagi. Slow2 guna yang penting dah ada kat dapur sendiri..huhu
Padamwahhh.. menarik ni :)
BalasPadamNanti boleh belanja isteri sekotak wak :P
PadamWahh hajat 2020 dah tercapai. Pasni makin rajinlah masak steamboat. heehe bila nak buat rancangan memasak kat youtube?
BalasPadam.
Thanks for the review kakak manees =D
Tak masak lagi pun Hana, nak beli barang buat steamboat entah bila..simpan je la dulu cookernya. Haha :P
Padamboleh selalu makan stimbot lew kalo cemni..
BalasPadamdlu masa dok uni adala beli ni sebab xleh bawa gas.
lepas tu pas kat junior la =)
Wah, zaman kat uni lagi awak dah pakai benda alah ni. Lagi advance oii..
Padamnampaknya orang kaya mampu beli dapur induksi ..
BalasPadamtahniah dan saya tumpang gembira
Belum kaya lagi tapi saya nak aminkan ye. Doa tu..aamiin
Padampernah ada try guna tapi tak reti. hahahahaha. hati rasa tak puas guna >.<
BalasPadamAah, tak puas hati guna sebab tak boleh letak kuali yang tak rata. Kita suka masak dalam kuali lonjong tu, best nak menggoreng..
Padamsalah satu wishlist ni. Belum ada rezeki nak membeli lagi. Teringin ada satu :)
BalasPadamSemoga lepas ni ada rezeki lebih untuk awak beli sebiji induction cooker ni ye. Aamiin..
Padamthat one fascinates me
BalasPadamInduction cooker also good for student Ray..easy to bring.
Padamphilips punya induction mmg terbaik. sy dah guna kt opis punya selama 2 tahun. x menghampakan.
BalasPadamYey! Harapnya cooker saya ni pun dapat bertahan lebih dari dua tahun jugak..
PadamAlhamdulillah milikki kemudahan..bahagia keluarga
BalasPadamIn shaa Allah, terima kasih :)
PadamPaling leceh dengan induction cooker ni part periuk dan pan tu la. Terpaksa beli baru kalau nak pakai induction cooker hihihi
BalasPadamAah kan, limited sangat jenis pan yang boleh pakai. Nak goreng2 yang memercik kuat tu pun tak best jugak..
PadamBoleh tahu jenama apa n size apa yg sesuai?
PadamSalam nak tnya...periuk yg dpt skli dgn induction cooker dh karat..saya beli periuk tefal utk induction cooker philip ni..32cm...tp xboleh pakai..boleh saya tahu periuk jenama apa yg sesuai?
BalasPadamWaalaikumsalam, saya pakai jenama Le Chef tapi kalau check di website macam dah takde jenis yang saya pakai ni. Tapi awak mungkin boleh check periuk kat sini, nampak berpatutan harga dan lebih kurang sama macam yang saya guna >> https://t.productlink.io/a7hoc dan https://t.productlink.io/a5hod
PadamSalam nak tnya...periuk yg dpt skli dgn induction cooker dh karat..saya beli periuk tefal utk induction cooker philip ni..32cm...tp xboleh pakai..boleh saya tahu periuk jenama apa yg sesuai?
BalasPadam